Monday, April 25, 2011

VC UUM- Baik Bercakap Benar Dari Berpusing-pusing Akhirnya Membelit Diri.

Populasi pelajar bertambah punca air UUM tidak cukup - Sinar Harian



ALOR SETAR - Bilangan populasi pelajar meningkat hampir sekali ganda dan kegagalan pengurusan Universiti Utara Malaysia(UUM) menaik taraf kemudahan infrastruktur dikenal pasti punca bekalan air universiti itu bermasalah.

Seorang jurutera perunding yang terlibat dalam pembinaan rekabentuk infrastruktur di UUM sekitar tahun 1989 berkata, objektif pembinaan universiti itu pada awalnya untuk menampung kapasiti pelajar tidak melebihi 18,000 orang, bagaimanapun peningkatan bilangan pelajar sehingga hampir 30,000 orang menyebabkan sistem bekalan air sedia ada gagal menampung keperluan mereka.

Beliau yang enggan dikenali berkata, UUM kini menggunakan lebih kurang 350,000 gelen air sehari untuk menampung keperluan pelajar dan kakitangan universiti, walhal jumlah itu sebenarnya kurang separuh daripada kapasiti ideal air yang diperlukan iaitu lebih kurang 750,000 gelen air sehari.

“Selain itu, kegagalan UUM menaik taraf sistem perpaipan, menambah kapasiti tangki air(reservoir), menambah rumah pam,menukar saiz paip penghantaran dan paip retrikulasi(perhubungan) kepada saiz lebih besar supaya mendapat tekanan air sekata dilihat penyumbang utama kepada permasalahan, bukan semata-mata berpunca Syarikat Air Darul Aman(Sada).

“Tindakan menyalahkan Sada tidak wajar kerana masalah bekalan air UUM berpunca daripada kelemahan sendiri dan ianya bukan sahaja dialami universiti itu sahaja, malah turut meliputi sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam(IPTA) di negara ini,”katanya sewaktu ditemui Sinar Harian semalam.

Jurutera perunding itu berkata, sebelum pembinaan Loji Air Padang Sanai, Padang Terap, UUM terpaksa mendapatkan bekalan air daripada Loji Air Bukit Pinang dan mengalami masalah tekanan air rendah memandangkan ianya disalurkan dari kawasan rendah(Bukit Pinang) ke kawasan tinggi(Sintok).

Menurutnya, pembinaan loji air itu pada asalnya bertujuan mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan Changlun dan Sintok, bagaimanapun ianya masih tidak mencapai objektif di UUM kerana sistem bekalan air dan perpaipan lama membataskan kuantiti bekalan air diterima.

“Peningkatan bilangan populasi pelajar sepatutnya seiring dengan peningkatan kemudahan asas dan infrastruktur universiti itu demi keselesaan penghuninya.

“Dalam isu bekalan air di UUM, apabila kemudahan infrastruktur tidak dinaik taraf, saiz paip bekalan air sedia ada tidak cukup dan memerlukan paip bekalan air lebih besar untuk sesuai dengan tekanan air lebih tinggi. Tiada guna Sada meningkatkan penyaluran bekalan air ke UUM sekiranya kemudahan infrastruktur di takuk lama,”katanya.

Menurutnya, UUM bukan sahaja perlu menaik taraf sistem bekalan air, malah perlu meningkatkan kualiti sistem bekalan kuasa, telekomunikasi, perparitan dan pengurusan sisa kumbahan memandangkan penambahan lebih daripada 10 blok bangunan di universiti itu memberi kesan langsung kepada kesemua infrastruktur tersebut.

“Berdasarkan perkiraan saintifik yang dibuat, anggaran RM50 hingga RM70 juta diperlukan UUM untuk menaiktarafkan sistem bekalan air di seluruh kawasan universiti, termasuk kos penyelenggaraan, menambah paip saliran, reservoir dan rumah pam baru memandangkan jumlah sedia tidak mencukupi.

“Manakala, anggaran keseluruhan sebanyak RM150 juta diperlukan untuk membiayai kos menaik taraf keseluruhan kemudahan infrastruktur terbabit untuk memastikan UUM selamat dan selesa diduduki,”katanya.

Beliau turut memberi amaran UUM bakal berdepan dengan masalah bekalan air yang lebih buruk pada masa akan datang sekiranya usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur universiti dipandang sepi oleh pengurusannya.

“Hampir keseluruhan paip saliran air yang digunakan di UUM diperbuat daripada paip asbestos yang kurang tahan lama manakala reservoir yang sedia ada pula hanya mampu menampung separuh daripada kuantiti sebenar air diperlukan.

“Saya minta pengurusan UUM memandang serius perkara ini kerana ianya melibatkan keselesaan pelajar dan kakitangan, lebih-lebih lagi universiti itu dalam usaha menarik pelajar luar negara melanjutkan pelajaran ke sana,”katanya.

Berlumba-lumba Membuat Kebajikan: Pertandingan Sihat Membawa Berkat.

ALQIADAH : TAKLIF LAA TASYRIF

Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS).


Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara' , berpandukan petunjuk Al - Quran dan As - Sunnah.

Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).

عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.

Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
(Riwayat Muslim)

Berasaskan realiti ini , janganlah sesiapa dikalangan ahli parti memanjat tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus. Perhatikan bilah bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain .

Apatah lagi dalam keadaan permukaan anak tangga yang licin dan mudah tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu memperkasakan institusi kepimpinan ini.

 
عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام
"إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه

Maksudnya : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak utk memperolehinya .
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Janganlah kita menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh pidato atau populariti , begitu juga tidak dengan pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah melalui thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli parti berasaskan kelayakan dan keupayaan syari'e.

Thiqah ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan komunikasi kita dengan ahli ( kerana ia boleh dilakunkan aksinya menjelang muktamar yang ada pemilihan ) tetapi thiqah lahir dari kesungguhan berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa.

Memberi laluan kepada yang layak memimpin dalam keadaan kita adalah calon popular adalah jauh lebih bermaruah daripada kita terus menandingi jawatan kepimpinan tersebut. Tidak memegang jawatan bukanlah bermakna kita tidak boleh menyumbang kepada Islam dan parti yang memperjuangkannya.

Demikian juga mengambil tanggungjawab sebagai seorang pemimpin setelah mendapat thiqah dari ahli dan jamaah adalah mempamerkan ia sebagai seorang pemimpin yang ada kesungguhan berjuang dan himmah yang berwibawa.

Muktamar parti adalah medan untuk bermuhasabah , mengatur strategi , memperkasakan dalaman parti , membina kader dan memberi amanah kepada yang berhak dan layak . Muktamar jangan sekali kali dijadikan papan percaturan politik peribadi dan kelompok yang sangat dinilai hina oleh syara' .

Perwakilan semestinya matang menilai dan memilih saf kepimpinan yang akan menerajui parti mengharungi badai perjuangan membelah episod cabaran baru dunia global hari ini.

Tidak didorong oleh sebarang sentimen yang asing dari apa yang kita pelajari melalui skima pentarbiyyahan parti , yang kita timba selama ini melalui usrah dan kuliah haraki di pelbagai peringkat.

Calon kepimpinan pula tidak meminta diundi atau dipilih dengan pelbagai penampilan dan lobi yang tidak berasaskan keupayaan dan kelayakkan sebenar. Justeru ia hanyalah hipokritisme yang akan merosakkan parti dan dirinya sendiri.

 
عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)
(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Semoga muktamar PAS tahun ini , yang akan berlansung di Taman Melewar Gombak dan Shah Alam Selangor [Dewan - Dewan] akan menjanjikan satu muktamar yang bukan sahaja meriah pada sambutannya tetapi juga dilihat hebat dan perkasa menggarap perjalanan parti .

Salam perjuangan dari saya

Nasrudin bin Hj Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.

Cukai Tanah Adalah Kewajipan Pemiliknya...

"Tahoon depannn, pak haji datang bayar cukai sebelum 31 haribulan Mei, pak haji tak kena denda lagiii..." Ini ayat dalam iklan di TV masa saya kecik dulu, masa tu di kampung saya tak ada tv warna lagi..gambar hitam putih,  pakai kuasa bateri kereta yang kena cas tiap-tiap minggu. kalau tak cas, gambar tv jadi makin kecik makin kecik, pastu kena tarik la pintu kabinet tv tutup. Bersurailah sekelian penonton.

Sebelum itu, tuan rumah yang ada tv kutip 5 sen sorang untuk duit cas bateri. Rumah keluarga saya tak pernah ada tv sehingga saya di tingkatan 5, tahun 1991. Sebelum masuk sekolah rendah, saya dan adik-adik akan duduk atas pelantar gerek tua dua orang, mak saya dukung sorang pi rumah Tok Cek Tam tiap malam sabtu. Ada Tayangan Gambar Melayu.

Seingat saya di seluruh kampung Sg Pau, hanya ada 4 rumah yang ada TV, tapi keluarga saya hanya menonton di rumah Tok Cek Tam atau kedai Mat. Ada kadang-kadang nampak 'hantu kubota' melintas atas kepala waktu balik tengah malam. Sekarang hantu kubota pun dah pupus. kalau orang sekarang nampak, depa akan kata tahi bintang jatuh!

Bapak saya kerja kampung, semua kerja dia buat, naik petai, cari rotan, jual rebung,   motong getah, tukang rumah, merantau ke belah 'padang' ambik upak 'mukoi' padi. Anak pak saya waktu saya jadi 'bongsu' 7 orang  (1974), waktu dia merantau ke Singapura kerja kontrak tahun 1980, anak yang ditinggalkan di kampung 10 orang. Pada tahun 1988, adik beradik saya bertambah jadi 13 orang, hidup sampai sekarang. Pada satu ketika, bersekolah serentak 10 orang dari yang sulong sampai yang nombor 10. Bayangkan betapa susahnya mak bapak saya berkerja sara anak. Mak saya ambil upah tanam ubi dengan cina Gurun, sehari RM5.50.

Tak ada siapa bagi bantuan apa pun! Tak ada! Nehi! Nehi ho saktha! Satu saja pak saya tak pernah buat...minta kurang cukai tanah! sebelum dia belum jual tanah-tanah yang ada untuk sara anak-anak mengaji.

Seingat saya ada 4 keping tanah yang pak saya terpaksa jual untuk sekolahkan anak-anak. Dua keping tanah pusaka Tok Taib (Muallaf cina yang rajin memugaq tanah) dan tanah mak yang dipusakakan oleh Cheir Mat. Tinggal sikit kebuh getah di belakang rumah dan tapak rumah pak saya lani saja. Dua dari tanah yang terlepas tu akhirnya dibeli balik bila sudah senang sikit 18-20 tahun lepas dijual.

Pak saya orang kampung...susah, miskin dan anaknya ramai. Tapi dia tahu kalau ada tanah, cukai kena bayaq! Tak macam UUM!

Wednesday, April 20, 2011

Isu Cukai Tanah UUM...Perjanjian Rebet Tamat, Bukan naik Cukai!


Sent via BlackBerry from Maxis



Petikan Dari Sinar Harian
 
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri bersedia menimbangkan semula permohonan rebat cukai tanah daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), sekiranya universiti itu berhasrat untuk membuat permohonan baru.

            Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya menerima permohonan UUM untuk menyambung semula rebat pada Jun 2009, namun permohonan itu ditolak pada November 2009 setelah pihaknya merujuk kes terbabit kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

            "UUM ada menulis surat mohon sambung rebat cukai tanah, tetapi setelah dibincangkan dalam mesyuarat Exco, permohonan itu tidak berjaya. Jika UUM bercadang buat permohonan semula, kita sedia timbang," katanya pada sidang media, di Wisma Darul Aman, semalam.

            Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Air Darul Aman (Sada), Datuk Adzmi Din dan Pengarah PTG, Muhamad Nor Rofie. Azizan berkata, setiap tahun Kerajaan Negeri menerima RM31 juta bayaran cukai tanah daripada Kerajaan Persekutuan, merangkumi pelbagai bangunan milik Persekutuan, termasuk UUM.

            "Keluasan tanah milik UUM adalah 2155.2 ekar dan cukai yang perlu dibayar oleh Kementerian Pengajian Tinggi ialah RM1,743,745 setahun atau 20 sen bagi satu meter persegi," katanya.

            Namun setelah Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) ketika itu memberikan rebat selama dua tahun, iaitu 2006 hingga 2008, UUM hanya perlu melunaskan cukai tanah sebanyak RM100,000. 

         "Tindakan itu menyebabkan kita kerugian RM1.6 juta namun kita akur. Kali ini mereka pula kena akur sebab tempoh rebat sudah tamat. Kenalah bayar nilai asal iaitu RM1.7 juta," katanya.

            Azizan berkata, pihaknya sentiasa membuka ruang untuk perbincangan namun kesal kerana pengurusan UUM tidak bersemuka dengannya untuk mencapai kata sepakat, sebaliknya membuat kenyataan tidak tepat pada media.

"Mereka boleh datang bincang dan kita boleh bertolak ansur dalam hal ini, antaranya menawarkan bayaran ansuran dan sebagainya. Sejak dua tahun lalu, mereka boleh bayar tetapi sekarang kecoh pula," katanya.

            Azizan berkata, cukai tanah di Kedah adalah terendah setelah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah memperkenalkan dasar baru penurunan cukai tanah antara 35 hingga 75 peratus sejak tiga tahun lalu.

            "Sejak dasar baru cukai tanah diperkenalkan, Kerajaan Negeri hilang hasil tanah sebanyak RM50 juta. Tak kan pula selepas tiga tahun, nak naikkan pula. Saya harap pihak terbabit faham istilah mengekalkan atau menaikkan cukai tanah kerana fakta awal tak tepat," katanya.

            Mengulas mengenai masalah bekalan air di UUM, Azizan berkata, UUM perlu mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi supaya menaik taraf kemudahan infrastruktur bekalan air dalam kawasan UUM, seperti tangki dan paip kerana tidak lagi sesuai digunakan masa kini.

            "Pertambahan penduduk mencecah 30,000, mana boleh guna infrastruktur lama. Kementerian kena naik taraf kemudahan dalam kawasan UUM kerana bukan bawah bidang kuasa kita. Saya minta mereka contohi UKM, yang membelanjakan lebih RM1 juta untuk menaik taraf kemudahan bekalan air," katanya

            Menurutnya, Sada membekalkan 15 juta liter air ke kawasan berkenaan bagi keperluan harian dan sekiranya infrastruktur dinaik taraf, masalah bekalan air akan dapat diatasi.

            "Loji Padang Sanai juga sudah beroperasi berkapasiti 100 juta liter, namun Tenaga Nasional Berhad (TNB) gagal menyalurkan bekalan elektrik menyebabkan operasi terganggu. Saya harap TNB dapat atasi segera kerana kita sedang mempertingkatkan kualiti perkhidmatan," katanya.

            Kelmarin, Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyifatkan kenaikan 10 kali ganda cukai tanah oleh Kerajaan Negeri membebankan kerana terpaksa membayar hampir RM1.8 juta.

            Menurutnya, UUM turut berdepan masalah bekalan air dan terpaksa memperuntukkan RM80,000 sebulan bagi kos penghantaran lori air.

Nota: Petang ini, 20 april 2011, UUM telah menghantar surat kepada YAB Menteri Besar untuk memohon rebet cukai tanah selama 5 tahun...kalau tuan-tuan jadi Pengarah PTG, apa cadangan tuan kepada MB???



Fw: MB pasir haram


Sent via BlackBerry from Maxis


Serah bukti baru siasat: MB


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang didapati mengeluarkan pasir secara haram di negeri ini.
            Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya sentiasa memantau pengeluaran permit mengorek pasir kerana tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan melakukan operasi secara haram.
            "Operasi pengeluaran pasir diluluskan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG), ada yang lulus dua tahun lepas atau setahun lalu, tetapi kerja-kerja mengorek dibuat tahun ini. Jika ada pihak dakwa ianya beroperasi secara haram, beri bukti pada saya untuk disiasat," katanya.
            Azizan berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Perhubungan MIC Kedah, S Ananthan yang mendakwa berlaku pengeluaran pasir secara haram di tebing Sungai Karangan, Taman Desa Ku, Padang Serai sejak tiga bulan lalu.
            Ananthan juga meminta Kerajaan Negeri menghentikan segera operasi terbabit kerana dibuat dalam skala besar, dan sekiranya tidak mendapat kerjasama, pihaknya tidak teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
            Azizan berkata, sekiranya dakwaan itu benar, MIC diminta mengemukakan laporan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.
            "Kerajaan Negeri akan pastikan semua syarikat terbabit ada permit, dan jika terbukti ianya dibuat secara haram, mereka akan dikenakan tindakan tegas. Kita tidak akan berkompromi dalam hal ini," katanya.
            Menurutnya, setelah pihaknya menerima bukti berlakunya operasi haram, barulah siasatan boleh dibuat kerana tidak mahu memalukan syarikat berkenaan.
            "Serahkan bukti secara rasmi pada saya, dan jika benar, siasatan akan dibuat untuk dakwa syarikat itu. Jika tak ada bukti, macam mana saya mahu siasat. Saya harap MIC berilah kerjasama dan bukannya ugut mahu lapor pada SPRM," katanya. Sinar Harian Edisi Utara



UUM Hantar Permohonan Rebet Cukai Tanah Hari Ini...macam tu la Prof!

Hari ini, selepas 3 hari menghentam dan memprovok pihak Menteri dan Timbalan Menteri serta beberapa pemipin UMNO/BN menyerang Kerajaan Negeri yang dituduh menaikkan cukai tanah UUM 10 kali ganda, pihak pentadbiran UUM menghantar surat memohon rebet cukai tanahnya selama 5 tahun.

Serangan dan kutukan yang dari Kuala Lumpur dan dalam Kedah sendiri terhadap Kerajaan Negeri menyebabkan pihak kerajaan negeri membuat sidang media menjelaskan perkara sebenar. Selepas membuat penjelasan bahawa fakta yang diberikan oleh UUM daN pihak-pihak yang bersimpati dengan UUM itu adalah salah, maka mereka tiada pilihan lain selain membuat permohonan baru.

Sidang akhbar Menteri Besar yang diiringi oleh Dato' Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG)dan CEO SADA yang turut disiarkan di beberapa akhbar hari ini. (posting sblm ini).

Kita tunggu tengok apa reaksi dari PTG kali ini setelah mencadangkan permohonan menyambung rebet pada 2009 ditolak oleh Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri.

Monday, April 18, 2011

RM8 Juta Duit GLC Yang Diguna Untuk UMNO Adalah Jumlah Yang Sedikit...Kata Ketua UMNO Kedah


Saya merujuk kenyataan Pengerusi UMNO Kedah, Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dalam Sinar Harian hari ini muka surat U3.

Saya mengalu-alukan sokongan beliau terhadap siasatan SPRM ke atas penyelewengan wang anak syarikat kerajaan (GLC) sewaktu Barisan Nasional memerintah kedah.

Namun begitu, saya kesal dengan kenyataan beliau yang menyatakan hanya menggunakan ‘sedikit peruntukan syarikat terbabit’ untuk menampung kehadiran pemimpin kerajaan persekutuan adalah tidak salah. Soalan saya ialah atas perkiraan apa wang berjumlah RM8 juta (Ringgit Malaysia: Lapan Juta Sahaja) dikatakan jumlah yang sedikit? Jumlah ini telah dinyatakan dalam jawapan kepada soalan lisan oleh YB Kuala Ketil di Sidang DUN pada 4 April lalu.

Tambahan pula, laporan audit telah menyatakan wang itu digunakan untuk aktiviti parti politik UMNO, antaranya seperti berikut:



Berdasarkan laporan ini, ternyata perbelanjaan wang syarikat Seri Temin Dev. Corp. (M) Sdn Bhd (STDC) tiada kena mengena dengan sambuatan pemimpin kerajaan pusat ke Kedah, sebaliknya adalah perbelanjaan untuk aktiviti parti politik UMNO.

 

Berkaitan kenyataan beliau bahawa kerajaan PR juga melakukan perkara yang sama dengan mereka, ia adalah satu tuduhan melulu semata-mata. Sebagai makluman, Program Sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera pada bulan Mac lalu adalah program kerajaan, yang dibincang dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ia adalah platform menjelaskan dasar-dasar, pencapaian, dan perancangan Kerajaan Negeri, bukan program parti seperti yang didakwa oleh UMNO. Mana boleh samakan perbelanjaan program seumpama itu dengan penggunaan wang anak syarikat kerajaan sehingga mencecah RM8 juta hanya untuk aktiviti parti UMNO?

Sehubungan itu, saya menggesa pihak berwajib menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasrkan peruntukan undang-undang yang ada. Saya juga berharap dengan pendedahan ini, rakyat dapat membuat penilaian dan pendirian dalam isu berkaitan berdasarkan maklumat yang sahih. Inilah keadaan yang ditinggalkan oleh regim lama yang terpaksa diatasi oleh kerajaan sekarang.

MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

Sunday, April 17, 2011

Pencacai Upahan UMNO: Berkokok Berdegar-degar, Ekor Bergelumang Tahi...

Bukan rahsia lagi UMNO dan sekutunya menelan duit GLC macam Seri Temin, malah sejak didedahkan dalam DUN pada 4 April lalu, belum ada pemimpin maupun pencacai UMNO termasuk penulis upahan mereka tampil menolak dokumen beraudit itu. Semuanya tunduk tak berani bersuara, takut nama depa pun ada kat mana-mana dokumen lepas ni.

Ada yang celupar memaki hamun pemimpin kerajaan dan pemimpin PAS kononnya tidoq, main teloq, pemalas, pokka hijau, haramjadah dan seumpamanya. Dituduh tak reti mentadbir, mentaliti pembangkang, perabih duit rakyat, menjahanamkan GLC dan mencari 'maru' bila menjolok di Sidang DUN.

Bila didedahkan tukang maki hamun itupun menerima duit yang tak ketahuan sebab dari Seri Temin dalam jumlah yang banyak, (RM42k pada 2007 dan RM1k pada 2005), maka dituduh kita serang salah orang pulak. 'Pipit' saja kata depa. Hah! Pipit makan besaq macam tu ka...

Persoalan Pokok dokumen yang didedahkan dalam Sidang DUN itu ialah RM 8 juta duit Seri Temin dibelanjakan untuk kepentingan UMNO, pemimpin UMNO, aktiviti parti UMNO dan pencacai UMNO. Ini baru satu syarikat. Tidak mustahil ada banyak syarikat lain lagi yang dilanyak sedemikian rupa!

Ada pencacai UMNO kata saya pulak suka cari salah orang. Betulkah? Dokumen itu sudah siap dua tahun dulu... Tersimpan begitu saja... Bukan tak mahu dedah, dah report SPRM dua tiga kes, tapi senyap begitu saja. Kita sabar sajalah. Mungkin mereka telah bertaubat, dan Allah akan ampunkan mereka.

Tapi bila mereka mula menyerang dan memaki hamun tanpa had, tak sanggup kita baca segala fitnah dan cerita karut yang direka, maka hakikat sebenar yang kita 'lupakan' demi keharmonian dan memfokus masa depan, meronta-ronta untuk dilepaskan. Biar dokumen itu yang menjawab tohmahan jahat mereka.

Cuba teliti dokumen 2 mukasurat itu, ke mana wang itu pergi? Cuba teliti senarai panjang penerima, siapa yang ambil? Itu Laporan Audit dan telah diberi teguran keras oleh Ketua Audit Negara. Kita bukan menyerang orang, tapi hanya memberi jawapan kepada persoalan yang depa juga timbulkan. Kita juga yang salah!?? Ish! Ish! Ish!

Saya seorang ahli PAS, seorang pegawai (setiausaha) yang menanggung satu amanah, seorang pemimpin di peringkat saya, saya berkewajipan mempertahankan pemimpin, jemaah, parti dan majikan saya. Saya wajib bercakap benar, membetulkan fakta dan tuduhan yang salah, memberi peringatan dan menjawab sebarang tuduhan melulu.

Ini skop kerja saya....saya buat kerja saya sebaik mungkin, berdasarkan kemampuan yang ada.

Ada pihak telah membuat laporan kepada SPRM tentang hal penyelewengan ini, kita tunggulah apa hasilnya! Sesuai dengan pencacai yang memaki hamun pemimpin saya, ini pepatah lama... Berkokok berdegar- degar, ekor bergelumang tahi...


















Monday, April 11, 2011

Bohong la pulak????!

Seminggu dua ni, blogger dan penulis pencacai UMNO di Kedah sibuk tembak peluru kapor, manifesto satu pun kerajaan PR tak buat. Oleh kerana kesian dengan depa yang buat dosa kering maki hamun dan fitnah orang lain, saya perturunkan laporan pencapaian manifesto untuk tatapan semua. Siap dengan keterangan dan penjelasan. Yang dah buat, kita kata buat, yang sedang buat kita kata sedang proses untuk buat, yang tak dapat kita kata tak dapat buat. Telus dan terbuka.Tup-tup depa kata bohong pulak! Mereka yang menuduh kita tak buat, bila kita senaraikan, depa kata projek depa la pulak! Aik heran sungguh dengan bengap tahap gaban (BTG) ni (bahasa orang sekarang).

Kita ambik satu contoh BTG depa...polisi sifar rasuah. Ya, kita memang meletakkan sifar rasuah sebagai agenda tertinggi dan terkedepan. Memang tak ada ahli politik dan pegawai disabitkan kesalahan rasuah sejak 3 tahun ini... dan pintu terbuka 24 jam sehari untuk SPRM siasat. Tiba-tiba BTG ni suruh SPRM siasat pelaburan di Papua...kata depa libatkan 4 juta (mana depa dapat angka tu tak tau lah). Persoalannya, itu rasuah atau pelaburan. Depa pun tulis pelaburan. Untuk buktikan ada rasuah, depa kena pi lapor kat SPRM dan kemukakan bukti. Dalam kes ini, beban bukti terletak kepada si penuduh, bukan orang kena tuduh. Kalau setakat nak hemtam tulis ikut suka...sapa pun boleh.

Kita ada 56 item dalam manifesto, 44 item sudah dibuat, 8 item belum dibuat, dan 4 item dalam proses untuk dibuat. Tak payah la pi merawit kepada hal- hal yang tidak tercatat dalam manifesto.

Depa kata satu manifesto pun tak buat, satu pun tak buat, satu pun tak buat...apa dia yang kita tak buat...apa dia. Depa kena senaraikan apa yang terkandung dalam manifesto tetapi tidak dibuat, dengan bukti-bukti bahawa ia tidak dibuat buat. Manifesto parti apa yang depa rujuk?Ini tidak, depa bandingkan apa kita buat dengan apa BN buat dulu-dulu. Itupun depa kena kalah jugalahhhh...terutama bab balak...awat masa hamapa cuma RM 8-9 juta, masa PR boleh sampai RM53 juta....jawab la jawab. Tapi itu bab perbandingan, bukan tajuk manifesto ( nanti kita masuk tajuk tu) Itukan dah lari tajuk....deyy thambi, tajuk kita ialah pelaksanaan manifesto.

kerana tak dapat pertahankan statement mereka bahawa Kerajaan PR tak buat satu pun kandungan manifesto, depa ambik jalan senang...tulis saja...SETPOL MB BOHONG! Macam budak darjah satu...!

Wednesday, April 6, 2011

INI LEBIH CLEAR - MAAF LAH TAK BERAPA PANDAI BENDA-BENDA LAGU NI...

Ini dokumen 'ibu' kepada ringkasan yang diaudit dan diberi teguran 'keras 'oleh Jabatan Audit Negara kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) khsusnya Seri Temin. Ini tahun 2005, masa tu ada Dr. depan nama tu, lani tak dak dah!

Tuesday, April 5, 2011

Pakat-pakat perhati betul-betul...esok jangan kata muhong pulak!


Yang ni sudah clear bangat! Ini bulan januari tahun 2007...kalau ikut staement ni, bayaran tunai la kot. Beda buat beli mercun dan bunga api kat anak menakan, beras pulut kat kawan-kawan, derma anak yatim 100 keluarga...ops silap..itu dari royalti buku...silap..silap...maof! maof laa!

Jumlah ini adalah yang terbanyak dalam helaian ini, dan banyak yang lain diterima oleh UMNO bahagian, puteri, pemuda dan perseorangan.

Ada sumber kata ada kereta Gen-2 sebiji dibeli, tapi dah hilang...tak tau la pulak dari sumber ni ka sumber mana...yang ada sen-sen di hujung ni biasanya barang macam tu lah...cukai ka apa ka...apapun, esok lusa kita ulas sikit. kalau tak dan, balik dari Sarawak nanti.
Sent via BlackBerry from Maxis

Kita perhatikan dokumen ni dulu...esok kita ulas.

Sent via BlackBerry from Maxis

Jenaka Siang Hari...Beruk Naik Nyok... Singkatannya di Indonesia Di Panggil Bay-End!


Sebutannya pak - 'bay-end'... awas ya! biar betul pak, , jangan nyasaran, nanti dimarahin 'ma bosnya!   Tapi ini sebutan orang pelosok ajah, Titi Siam, Lorong Siam Jawa Barat, kalo di Kota Jakarta atoo di Kotaraya Pokok Sena, ngak disebut lagi pak... sebuat BN ajah pak ya!...maaf ya pak, canda di siangan ajah pak, ngak ada yang seriiuss!......stop!

Bahasa Melayu kaya dengan perumpamaan. Pejuang dan pendokong parti yang kunun-kununnya berjuang demi memartabatkan bangsa melayu (padahal sebaliknya!) harus lebih faham lagi, kerana bahasa adalah jiwa bangsa. Lenyap bahasa, pupuslah bangsa. Contohnya perumpamaan  'tidak faham bahasa' merujuk kepada orang yang bebal dan tak pedulikan nasihat orang lain. 'Macam lipas kudung' merujuk kepada orang yang berlari dengan pantas bila dikejar. 'Seperti cacing kepanasan' merujuk kepada orang yang tidak dapat berdiam diri lagi atau bahasa orang Kedah 'panas pungkoq'.

Contoh ayatnya - Apabila mereka diberi perumpamaan 'macam upah berok naik nyok' di dalam dewan kerana tindakan tidak bijak yang mereka telah lakukan, mereka seperti cacing kepanasan atau panas pungkoq!

Contoh perumpamaan lain seperti ' beraja di mata bersultan di hati'...merujuk kepada orang yang berbuat sesuka hati seolah-olah dunia ini kepunyaan mak bapak mereka. Contoh ayatnya seperti: Mereka itu dulu beraja di mata bersultan di hati  apabila sewenang-wenangnya membelanjakan wang kepunyaan anak syarikat kerajaan negeri untuk kepentingan parti, kelompok dan kroni mereka. Harapkan pagar, pagar makan padi!

Perumpamaan yang menimbulkan keributan di DUN kelmarin ialah 'macam upah berok naik nyok' - naik saja ada upah, turun tak ada - merujuk Ops Piramid yang menguruskan operasi pulang sahaja, proses dan kos menghantar balik diserahkan kepada Kerajaan Negeri bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat. Bagi negeri BN, kerajaan Pusat tanggung semua. Sesuai benarlah perumpamaan itu.

Ada juga ADUN BN menggunakan perumpamaan 'macam berok dapat bunga' dalam dewan kelmarin, tetapi tidak ada orang yang melenting pun, kerana orang faham bahasa tahu, ia merujuk kepada orang yang dapat sesuatu yang dia tak tahu guna. Orang seperti itu hanya ada di sebelah sana!

Tapi bagi pihak-pihak yang 'tidak faham bahasa' khususnya perumpamaan itu tadi, mereka mendakwa MB menuuduh Kerajaan Pusat  'Berok Naik Nyok'. Perkataan 'macam upah' di depannya tak dipedulikan. 

Kata MB kepada saya petang tadi "awat depa marah sangat dengan perumpamaan tu...aku tarik balik dah perkataan 'berok' tu dalam dewan kelmarin, ganti dengan 'kera'...depa tak faham bahasa orang tua-tua la kot nooo...biaq pi kat depa lah, dah tak faham nak buat lagu mana"! 

...sambung! bay-end pak! ... bay end!... Eh bapak! kok gitu gayanya dikatakan ganteng! Sialan! Bay-end bapak itu ternyata ngak mau kerja lagi, ngapain lagi di sana . Tarik ajah ke bawah pak, untung-untung waktu jatuhnya tu, dibawa nyoknya sekalian!

Peristiwa Penting Sidang Dewan Hari Ni...

Ketua Pembangkang Tunduk Rapat, Syed Sobri Keluar Dewan, Tajuddin Terduduk lalu Bashah terlentang!...

Peristiwa 1.

Cuba memerangkap tapi terjolok sarang tebuan! Ketua Pembangkang  mengemukakan soalan lisan no. 1 tentang kerugian GLC. Katanya 'sudah menjadi pengetahuan umum bahawa banyak GLC telah mengalami kerugian... dan dia menyenaraikan 4 GLC yang disakwa rugi, antaranya Kedah Agro Sdn Bhd dan YIKED Holding. Soalan ini dijawab oleh YB Dato' Hj Amiruddin Hamzah . Dalam jawapannya, yaqng berdasarkan penyata beraudit syarikat terbabit, tiada GLC yang rugi sejak 2008, malah Yiked Holding yang mengalami kerugian pada 2005 dan 2007, telah mencatat keuntungan walaupun kecil sejak 2008 hingga 2010.

Oleh kerana sangkaan tentang kerugian telah salah, maka Ketua Pembangkang yang belum puas hati membuat soalan tambahan mengenai pelaburan PKB di Papua New Genuea...adakah PKB membuat pinjaman off-shore kerana ada kunjungan pegawai kerajaan ke London untuk urusan itu (mana dia tahu ni...barangkali kerap ke London dan terjumpa orang kerajaan negeri di sana). Jawapan Dato' Amiruddin sekali mengecewakan beliau kerana setelah dipertimbangkan, pinjaman tersebut di batalkan oleh PKB.

Peristiwa penting muncul dengan soalan tambahan daripada YB Md Zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil). Soalannya begini: “Berasaskan pengetahuan umum juga, pendapatan GLC sebelum tahun 2008 didakwa telah disalahgunakan untuk kepentingan politik UMNO, adakah dakwaan itu benar? Dato' Amiruddin bangun menjawab dengan merujuk penyata audit syarikat Seri Temin yang jelas bahawa memang benar dakwaan tersebut dengan penemuan-penemuan audit antaranya seperti berikut:



Ada lagi tu... cukup setakat ni. (Bacalah sendiri....! Hebat dak depa dolu-dolu...? Bangkai gajah mana boleh tutup dengan sehelai daun pisang.)

Suasana jadi panas, Adun BN mula bising...Adun Kuala Nerang bangun cuba memberi penjelasan atas kapasitinya sebagai CEO Seri Temin Sdn Bhd semasa wang syarikat itu digunakan oleh UMNO untuk perbelanjaan politik mereka (mencecah RM8 juta kesemuanya!) Oleh kerana ia tidak dibolehkan oleh peraturan Dewan, maka Speaker tidak memberi laluan. Beberapa ADUN BN yang lain juga cuba bangun dan membuat bising atas pendedahan Dato' Amiruddin itu tapi tidak dibenarkan oleh Spreaker. 'Ini bukan perbahasan Yang Berhormat, ini sesi soalan jawab lisan...tak boleh mencelah'...kata Speaker.


Barangkali kecewa dikambinghitamkan oleh ketuanya waktu itu, dan menanggung akibatnya sekarang, Adun Kuala Nerang keluar meninggalkan Dewan dengan wajah masam mencuka + geram! Dato' Bashah sebagai Pengerusi UMNO Kedah buleh terlentang dengan pendedahan tersebut. Tentu ada lagi perbuatan seumpama ini. Kalau BN tak kalah 2008 dulu, benda ni semua rakyat tak akan tau...sedaplah depa! Sarang tebuan di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, depa semua baru belajar, ketaq menggigil tak lalu makan!

Peristiwa 2

Kerajaan Pusat Macam Upah Berok naik Nyoq! Adun Belantek Mereka cerita....

Dalam soalan YB Mohamad Nasir Mustafa (PAS- Kubang Rotan), berkenaan perbelanjaan kerajaan negeri dalam proses penghantaran pulang pelajar yang dibawa balik oleh kerajaan pusat dalam Ops Piramid, Dato' Taulan Rasul menjawab bahawa kosnya ialah RM2,100 seorang tidak termasuk duit poket RM500 seorang. Kos keseluruhan ialah RM1.82 juta.

Bangunlah YB Tajuddin Abdullah (BN- Belantek) mendakwa kerajaan pilih kasih kerana telah memberi wang poket berdasarkan politik (Hanya budak PAS diberi wang saku...) Contohnya kata Tajuddin “... pelajar bernama Amira Abd Hamid yang pulang dalam Ops Piramid dari DUN Belantek datang menangis-nangis depan saya minta tolong nak dapatkan wang poket 500 tu. Dia sorang saja tak dapat”... Amira menunggu-nunggu tapi tak dapat juga wang saku sampai sekarang,...jelaslah kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi! dakwa YB Tajuddin dengan penuh yakin boleh!!!. (Kononnya dia ada bukti dan testimoni)

(Aik??? Sempatkah kakitangan Yayasan Islam dok pi periksa pelajar tu PAS ka UMNO...yang dapat wang saku 600 orang lebih, Amira saja tak dapat...Amira sorang saja ka pelajar di Mesir anak orang UMNO???)

Soalan ni dijawab oleh MB sendiri bahawa hanya pelajar yang pulang dalam OPS Piramid sahaja diberi wang saku dan dihantar pulang dengan perbelanjaan kerajaan negeri. Yang pulang sendiri sebelum itu, atau pulang kerana makan kenduri kakak kahwin, balik menikah, rindu kat mak, ayah panggil balik dsb tidak dibiayai oleh kerajaan. (Yang pulang dengan Ops Piramid dikenalpasti dengan cop khas imegresen di pasport).

Walaubagaimanapun, kata MB, Kerajaan akan melihat semula isu sekiranya benar ada pelajar yang tercicir dari menerima pembiayaan balik ke Mesir dan wang saku, kerajaan akan ambil tindakan segera untuk membetulkan keadaaan. Kerajaan akan bersikap adil kepada semua pelajar dan ibu bapa!

Masa inilah MB mengherdik Kerajaan Pusat yang hanya pandai bawak balik tapi tak mau hantar balik ke Mesir bagi negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat (Kata DS Jamil Khir yang urus OPS Piramid 'Negeri BN Kerajaan Pusat tanggung, negeri PR terserahlah kat depa' - ini barulah diskriminasi!!)

Kata MB... “Macam Upah Berok Naik Nyok...upah naik 2 biji, turun ikut suka... tak dak upah, nak tidoq atas pokok pun tak pa”. (Upah di bayaq kepada tuan berok untuk naik saja!). Lalu dewan jadi riuh rendah kerana ADUN BN marah kepada MB kerana kata kerajaan pusat macam berok naik nyoq!!! (Padan la pun perumpamaan tu dengan depa!) Oooo kalau beruk tak boleh, saya turunkan sikit...bukan berok, tapi kera!... seluruh dewan ketawa! Ramai Adun BN berdiri tak puas hati dengan perumpamaan itu....

Tiba-tiba sehelai kertas disampaikan oleh bentara dewan kepada MB. MB pun bangun dan menyatakan... Ini saya nak jawab soalan tadi. Saya baru dapat jawapan dari orang dibelakang... Amira Bt Abd Hamid Pulang sebelum OPS Piramid. Dia dari Kg Belantek, Sik dan bapanya orang kampung panggil Hamid Matloh!(Muallaf). Lain kali check betoi-betoi sebelum mai bercakap dalam dewan ini. Ini satu cubaan menfitnah kerajaan negeri dan berbohong di dewan yang mulia ini oleh Adun Belantek! Brraaauuuu!!!...Para penyokong kerajaan dan EXCO menepuk meja...Tajuddin terduduk kerana berbohong! Up! Ap! Up Ap! Eh errr! Saya tanya saja...takkan tak dapat kottt! Kata Tajuddin cuba 'cover line... “cover waterface.”

Tajuddin memalukan orang Belantek! Anak Bang Mid takkan menangis untuk RM500!

Amira Abdul Hamid adalah pelajar cerdik dari Kg Belantek, bapanya Abdul Hamid Ali adalah seorang kontraktor yang berjaya sejak tahun 80-an lagi. Anak-anak beliau semua cerdik dan bijak seperti Dr Rosnani dan Zahari. Dua beradik ini bersekolah bersama saya di Sek. Sultan Mohamad Jiwa (Sek. Men. Sains Kedah – sekolah berasrama penuh). Zahari class mate saya tingkatan 1 hingga 3, (untuk rekod, ada 6 orang saja pelajar dari Sik berjaya masuk SSMJ tahun 1987 termasuk Zahari dan saya). dia berjaya sambung belajar ke Jepun dan bekerja di sana sebelum pulang dan berkhidmat dengan sebuah bank internasional. Dia kemudian berhenti dan meneruskan perbiagaan seperti bapanya. Rosnani kakaknya menjadi doktor dan ada klinik di Jeniang.

Sebenarnya Bang Mid yang prihatin dan dermawan. Sebelum kerajaan memutuskan untuk bawa rakyat Malaysia pulang dalam OPS Piramid, kerana bimbangkan anaknya di Mesir, beliau telah membawa pulang anaknya dan membiayai 3 pelajar lain atas keprihatinannya itu. Saya rasa anak Bang Mid (Amira) takkan menangis depan Tajuddin hanya kerana RM500 itu. Rasanya eksploitasi dan 'cerboh' (cerita bohong) Adun Belantek ini telah memalukan Bang Mid dan anaknya...serta seluruh orang Belantek...Apa raaaa!

Bersambung dengan Peristiwa 3 dan Peristiwa 4 dalam posting akan datang!!!

Sunday, April 3, 2011

Isu Demo Pelajar Maahad Tahfiz - Ini Jawabnya.

Isu Demo Pelajar Maahad Tahfiz - Ini Jawabnya.

Menteri Besar Arah Siasat
Yakin Demonstrasi Didalangi Pihak Tertentu

ROSLINDA HASHIM- Sinar Harian

ALOR SETAR - Tiada surat pekeliling dikeluarkan mengenai pemindahan pelajar tahfiz Kuliyyah Al-Quran, Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bagi menempatkan Sekolah Bestari di bangunan Maahad Tahfiz Negeri Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak merangkap Pengerusi Kuin, berkata, kemungkinan penyebaran maklumat palsu itu didalangi pihak tertentu yang berkepentingan kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan Kuin.

"Tidak ada dalam mana-mana mesyuarat peringkat fakulti atau universiti, kita memutuskan untuk pindahkan pelajar itu ke tempat lain. Saya pelik daripada mana mereka dapat maklumat itu, mungkin ada pihak sengaja mahu buat kacau," katanya, ketika diminta mengulas tindakan lebih 100 pelajar tahfiz mengadakan demonstrasi membantah penempatan Sekolah Bestari di bangunan Maahad Tahfiz, kelmarin.

Menurutnya, tindakan itu seolah dirancang bagi mencetuskan suasana tegang antara Kerajaan Negeri dan rakyat Kedah termasuk pelajar terbabit.

"Kita sedang mencari siapa dalang di sebalik kekalutan ini. Saya akan arahkan pengurusan Kuin untuk menyiasat perkara ini dan jika ada pihak yang terbukti bersalah, mereka akan dikenakan tindakan," katanya.

Azizan bagaimanapun menyerahkan pada pengurusan Kuin untuk menjalankan siasatan termasuk ke atas pegawai dan tenaga pengajar Kuin yang turut serta dalam demonstrasi terbabit.

"Setiap universiti ada peraturannya, mana boleh pegawai sertai demonstrasi. Kakitangan tertakluk pada undang-undang, berbeza dengan pelajar," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Timbalan Dekan Kuliyyah Al-Quran Kuin, Mohd Idrus Ismail kononnya pandangannya sebelum ini tidak diendahkan, Azizan berkata, pihaknya tidak pernah dihubungi untuk membincangkan isu berkenaan.

"Saya kesal apabila saya dan rektor Kuin, Profesor Datuk Dr Jamil Osman dituduh tidak ambil berat masalah pelajar itu, sedangkan mereka tidak pernah suarakan masalah itu," katanya.  

Mengenai hasrat pelajar menyerahkan memorandum lapan perkara itu kepadanya dalam masa terdekat, Azizan berkata, sepatutnya mereka datang bersemuka dan berbincang terlebih dahulu, bukannya mengadakan demonstrasi tanpa mengetahui kedudukan sebenar.

"Patut hantar memorandum dahulu dan bincang. Jika dakwa Kuin tidak betul dalam hal ini, rundingan adalah jalan terbaik, bukan tunjuk perasaan. Saya kesal kerana ada pihak sebar cerita tidak benar mengenai Kuin," katanya.

Azizan turut kecewa apabila pentadbiran Masjid Sultanah Bahiyah turut masuk campur isu berkenaan dan cuba mengeruhkan lagi keadaan.

"Jika mereka mahu ambil alih pengurusan pelajar tahfiz itu, silakan. Tetapi jangan keruhkan keadaan. Perkara ini hanyalah salah faham yang digembar-gemburkan untuk memburuk-burukkan Kuin," katanya.

Menurutnya, pada era pemerintahan Tan Sri Sanusi Junid, Kerajaan Negeri mewujudkan dua buah institusi pendidikan berdekatan masjid berkenaan bagi tujuan mengimarahkan masjid, iaitu Tahfiz Al-Quran dan pengajian jarak jauh Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Bangunan sebelah yang kosong sejak UiTM pindah, kita berikan pada Sekolah Bestari manakala sebahagiannya dalam proses baik pulih dengan peruntukkan RM250,000. Kita buat pun untuk keselesaan pelajar," katanya.

Menurutnya, pelajar diminta bersabar kerana mereka akan dipindahkan ke kampus induk di Kuala Ketil yang lebih selesa dan lengkap infrastrukturnya yang kini sudah siap 20 peratus.


Sent via BlackBerry from Maxis