Monday, February 21, 2011

Oohhh! Dia Rupanya.....pakat-pakat pesan laa kat anak cucu

Ini mungkin iklan percuma, tapi saya yakin orang ramai boleh menilai sendiri susuk tubuh dan isi yang terkandung dalam diri mamat SS ni. Saya tidak berhasrat mempopularkan bakal calon bebas ni, tulis namanya pun rasa janggal, tapi membiarkan walau sekerat orang pun termakan fitnah dan rekaan cerita karut dari susuk yang mengangkat diri sendiri sebagai academicion, pemikir, pengkaji, penulis, pengarang, dermawan, ulat buku, bla...bla.. Adalah satu dosa.

Ikutlah "Resmi Padi" kata pribahasa...makin berisi makin tunduk. Tapi gaya mamat yang angkat diri ni ala padi hantu, orang sebelah sini panggil padi angin. Nampak hebat, pokok gemok batang besar buah lebat, tapi hampa, ribut bah pun dia tak rebah, tapi sayang tak dak isi yang berguna. (Mat Kiran dan Pozi Murai boleh cerita semua, Saya tak gamak nak tulissss!)

Ada enam situasi di mana syarak mengizinkan keburukan diceritakan (yang disebut mengumpat), salah satunya mendedahkan keburukan sesorang yang berpotensi mendatangkan kerosakan kepada orang ramai supaya orang ramai tidak terpesong dari kebenaran gara-gara musibah yang dikendongnya, lalu dia mencemarkan yang baik, memuliakan yang buruk. Membawa fitnah ditengah-tengah masyarakat lalu merosakkan segalanya. Ingatan kepada orang ramai mesti diberi supaya pertimbangan akal fikiran berada atas landasan. Inilah sandaran saya untuk menulis tentang susuk ini.

Buat kali pertama dalam hidup saya jumpa susuk macam ini. Kalau sungguh dia bersahabat dengan ilmu dan persekitaran keilmuan, tabiinya tidak separah itu. Bahasanya tentu lebih berakhlak. ilmunya akan menuntunnya lebih dekat dengan Allah swt, dia akan lebih mengahayati sifat tawaadhuq, menjauhi dosa, menghindari fitnah, dan tidak berbohong. Kata Syaidina Ali ra, orang berilmu macam pokok rimbun,berbuah lebat. Bila kamu membaling kayu kepadanya, dia akan berikan buah kepada kamu. Kalau makin berilmu, makin jauh dari Allah, makin rosak akhlak, makin kuat memaki hamun dan mencarut...macam pokok tak berbuah. Boleh tebang lah barangkali?

Kalau buat kebajikan dengan ikhlas, jarang ada orang sebut-sebut untuk mempamerkan kebaikan diri. Tak ada manusia yang boleh beri pahala, pujian mungkinn boleh bagi...tapi tengok gaya la... Dia habaq tu untuk apa? Kalau untuk ikutan orang, alhamdulillah, masih dikira kebajikan, tapi untuk riak dan ujub, pahala tak dapat, Allah laknat lagi pulak. Ikhlas adalah rahsia seorang hamba dengan Allah, hingga dalam surah Al-Ikhlas, tiada kalimah ikhlas.

Ujub ini berasal daripada kalimat عَجَبَ. Erti ujub ialah hairan, takjub atau kagum. Sedangkan ujub dari segi istilah ialah merasa hairan atau kagum terhadap kelebihan diri termasuk kagum terhadap terhadap kecantikn diri sendiri, kagum terhadap kepintaran atau kagum terhadap kekuatan diri sendiri.

Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitab 'Al-Arbai'n' yang dimaksud dengan ujub ialah merasa bangga pada diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri dengan sebab adanya kecantikan dan lain-lain. Yang dimaksud dengan diri sendiri ialah mengenai peribadinya, goongannya. kelompoknya atau apa sahaja yang dianggap erat hubungannya dengan dirinya sendiri.

Tapi dia canang "satu blog" dia bela anak yatim orang miskin 100 keluarga di kedah ni sejak 3 tahun lepas. Kalau seratus ringgit pun sebulan, dia kena habih RM10 ribu sebulan...mak
oiii...mulianya...kayanya" kalau 500 setiap keluarga sebulan???? Saya sangat cemburu dengan kebaikan ini. Tuan-tuan pun patut cemburu. Tapi Saya rasa Naib Canselor punya gaji pun tak mampu nak buat macam tu, ini pula lecture kena pecat! Semoga Allah melimpahkan lagi rezekinya sekeluarga.

Dia ada offer nak bantu buat master. Oh hebat! Andai ada penyelia macam ini di universiti-universiti kita, saya tak dapat bayangkan kualiti master-master yang dilahirkan dan bergelumang dengan masyarakat, makin parah atau makin meningkat kauliti hidup kita? Ada juga kisah sorang mamat jenih dia ni ambik upah buat thesis PhD orang, pastu pi dedah musim pilihanraya bila kawan tu bertanding di Parlimen Pokok Sena, gara-gara Dia kecewa tak dapat apa dia mintak... mampuih orang tu? Riuh rendah la bila Dato'Mahfuz buka gelanggang cabar calon PhD tu berdebat. Selop kera laaaa....bahaya kan orang macam ni? Kata orang tua-tua: guru
kencing berdiri, murid kencing berlari.... Kencing manis tak pa lagi ada insulin....kalau kencing kawan?

Dia sanggup mandi darah untuk menentang PAS yang katanya munafik, haramjadah, hancurkan Islam...bla...bla...dia apa pulak? Dia! Dia! Dengan semua pendedahan kawan2 dia sendiri,dengan bahasa mencarut, kesat, memfitnah, berbohong, menipu, tunjuk baik, riak, ujub bla...bla...dia apa pulak? Tuduhan itu berbalik kepada sipenuduh jika tuduhan itu tidak benar. Apa ciri-ciri munafik? Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. Riwayat Ahmad


Bab dia tuduh saya deal hal kuari balak dan apa ketuloi lagi di kedai tom yam tu, saya serah kat dia lah untuk jawab depan Allah swt esok. Oooo...baru tau kemarin Kedai tomyam yang ada kereta mini tu nama Norha, saya baru pi dua kali saja, sekali masa kerja penilai dulu...belanja kawan makan sebab dapat bonus kali kedua dengan Kawan2 di SADA...tak kan bincang batu dan kayu dengan orang jaga ayaq?

Saya pulak dikatakan bekas cikgu...sekolah mana pulak? Ada la saya ganti kawan mengajar tiusyen depan USM tahun 97 dulu...tu pun satu slot saja. Lepas grad, saya kerja dengan Cikgu Azmi di CAP dan TERAS dari tahun 98 - 2003. Pastu saya buat NGO dengan Dato' Mahfuz - Institut Pengembelengan dan Pembangunan Komuniti (IMPAK). Pastu kerja dengan syarikat peilaian swasta sampai 2008. Tak pernah la pulak saya jadi cikgu.

Kalau cerdik pandai ahli ilmu, bijak boleh ditumpang oleh orang ramai...kenapa lawan G2 dari 4 calon, dia dapat nombor 4, apa cerita? Takkan perwakilan pemuda bahagian pokok sena tak reti memilai dia... Pastu pecat pulak dari jawatan ketua penerangan pemuda...Malanglah bahagian tu.

Lepas ni saya tak mungkin beri masa melayan mamat ni lagi...dengaq kata UMNO pun nak pecat dia dah...ada arahan supaya bahagian-bahagian menjauhi susuk ini.... Khabarnya Gelombang merah pun tak mampu menguak lagi kalau dia turut meniup. Program di Kuala Nerang ada 13 orang saja. Tak mungkin kita larang dia bercakap atau menulis, itu hak dia..tapi cukuplah orang ramai berwaspada dengan berita dan "kajian ilmiah" dari susuk ini. Alahai dunia!

No comments:

Post a Comment