Dalam sejarah program pemuda seumpama ini, sasaran pada kali ini adalah yang terbesar. Program ini juga akan mencatat sejarah. Setakat pagi ini, sekitar 10,400 pemuda PAS dari luar negeri Kedah sudah memberi komitmen untuk hadir mewakili negeri masing masing.
Semua pimpinan tertingi PAS akan hadir dan memberi amanat dan taujihad kepada pemuda untuk meneruskan perjuangan mulia ini. Para pelajar kita yang diterbangkan dari Mesir dalam Ops Piramid juga telah memberikan komitmen untuk hadir. Jom kita pakat piii... Kita rebahkan 'Mubarak' Malaysia pulak!
Tarikh : 19 Februari 2011
Masa : 8.00 pagi - hingga malam (solat hajat dan Ceramah Perdana)
Lokasi : Kompleks PAS, Batu 9, Kota Sarang Semut.
Perasmian oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizaan Abdul Razak akan berlangsung pada sebelah pagi jam 9.30.
No comments:
Post a Comment