Monday, February 7, 2011

Apa!? Gelombang Merah?? SS syok sendiri...

Banyak juga la si mamat SS ni menulis pasal PAS dari kacamata sekular liarnya. Ke langit pun tidak jejak di bumi pun tidak, dia terkepung dalam dunia khayalannya saja. Dia tak pernah kenal PAS seminit pun... Dia menuduh PAS suka fitnah orang, tapi dia sendiri sarat dengan fitnah. Tulisannya   yang menuduh pimpinan PAS begitu begini langsung tak berasas, apa lagi bukti. Dia menuduh PAS buat dosa, tapi dia sendiri bergelumang didalamnya... pada tanggal 2 Febuari lepas, jam 10 malam, dia berada di Kasanova, Danok, Thailand, melayan nafsunya. Ada orang tawarkan gambar mereka di Kasanova 'untuk dijual'.... tapi buat apa melayan orang macam ini... tak ada pekdah. "kalau ada pun tak lebih, kalau tak dak pun tak berkurang"...

Dengar cerita dia ni sasau nak jadi calon..calon bebas! Hah! mai kita pakat mengalu-alukan kesasauannya untuk menjadi calon... boleh la kalau nak tengok sekali lagi calon hilang wang pertaruhan di Kedah macam 13 calon sasau di bukit Selambau dua tahun lepas.

Khabarnya yang dok mengaturkan kesasauannya tu AJK Pemuda Bahagian yang tak ketahuan keluloi. Nak kena pijak dengan Harris la kot.

Dia buat blog Kedah Ti*** bla...bla..maki hamun orang pakai nama samaran, kununnya dia jadi penulis tamu saja.... ada ka orang bengap yang nak percaya kat dia ni? Kununnya dia ni intelektual, menulis ada rujukan itu ini...tengoklah sumber apa yang jadi bibliografi dia... ambik tajuk di kulit saja...dari petikan yang dia buat tu pun orang boleh tau dia baca ka tak baca...pastu nak bagi orang nampak dia intelek? Hah! Heran juga ada orang ingat dia pandai tapi tak tau kata orang tau dia pandai apa... Pastu pandai-pandai suruh orang PAS baca buku politik Islam...dia baca ka? Nak bersyarah pasai Islam ni, suluh la diri tu sama...botol bersepah di kaki bawah meja...ada hati juga nak ajaq orang tentang Islam... pelik! pelik!

Dia menulis bahawa MB dan EXCO makan gaji buta! Atas asas apa dia mengukur gaji tu celik atau buta... kalau buta hati macam dia, mungkin dia sorang saja.Sah la dia ni tak tau apa-apa pasai kerja MB dengan EXCO... orang dok di siam lebih banyak dari dok di kedah, mana nak tau apa kerja orang di sini buat...

Dok tak dok, dia cabar orang cari dia di kedah, kawasan aloq setaq...nak lawan jantan...Eh! Tak dak sapa pernah sebut, tersebut atau tersasul bercakap pasal susuk hidungnya...tiba-tiba cabar orang macam nak gadoh...tak nampak macam mabuk ka tu?

Orang macam ini nak membawa gagasan Gelombang Merah! Nak ambik balik Kedah? Hah! Gelombang apa? Merah apa? Apa yang Merah? Cat di tembok? Kereta Gen 2 Seri Temin? Motor Jaguh Modenas.... Hah dah cat merah? Bayaq dak lagi? Gelombang Merah yang dicetuskan susuk macam ini akan makan tuan... tak caya tunggu...

Kawan-kawan belah sana kena cepat sedaq...ini dipanggil 'sokong membawa rebah'! Ada lagi yang 'lalu' nak baca b log dia...silankan lah...

2 comments:

  1. ha ha awat marah sangat dgn mamat SS tuuu
    alaaaa mamat SS tu maknanya mamat Syok Sendiri
    huah huah huah.....

    ReplyDelete
  2. AS Salam
    Untuk sekadar membantu, dari segi ILMU atau lain2, Pakteh merasakan saudara Sobri Sudin mempunyai kelebihan ILMU berkaitan politik. Itu kita tidak dapat nafikan malah pakteh meminati tulisannya seperti pakteh mengikuti perkembangan blog tuan haji.

    Apa bantuan yang pakteh tawarkan untuk tuan haji?.. membetulkan sedikit kenyataan iaitu berkaitan ADMIN Kedah Times....Setakat hari ini, Sobri Sudin dipihak yang betul iaitu beliau bukan ADMIN Kedah Times malah kenyataan beliau tidak mengenali ADMIN Kedah Times juga betul...

    Hal-hal lain seperti kes ke DANOK tu...bergantung kepada tuan haji dan Sobri Sudin...

    ReplyDelete