Sunday, June 27, 2010

Macam-macam Terjadi - esok apa pulak??

Salam untuk semua, Assalamualaikum wbt.
Sudah lama saya tak menulis, sejak muktamar di Kelantan, jadual kerja terlalu padat. menulis memerlukan maklumat penuh dan pengamatan yang tajam, tanpa unsur itu, tulisan menjadi hambar. Banyak hal yang berlaku dalam bulan ini sejak muktamar tempoh hari.


a) Berdialog dengan Ulama' Hizbullah di Kelantan sempena muktamar - saya bernasib baik pada hari itu kerana dua perkara. pertama dijemput makan kambing bakar, kedua bersua muka dengan Ulama; muda mewakili Hizbullah ke Muktamar PAS. Banyak yang diceritakan tentang ketakutan Israel kepada Islam sekarang, khususnya kenyataan-kenyataan Sheikh Hassan Nasrallah untuk membebaskan Baitul Maqdis dan memerdekakan Pelastin. Ramai tentera Israel lari meninggalkan perkhidmatan sekarang kerana takut berdepan dengan Hizbullah dan Hamas sekali lagi. Israel juga katanya sudah menjadi beban kepada AS dan Britain sekarang, walaupun kewujudannya dulu dirancang oleh dua negara kuffar itu untuk menjaga kepentingan mereka di timur tengah.

b)Ada pihak dalam PAS dijangkiti virus Khalis Jafri menulis dan mengiklan buku menghina dan memperlekeh pimpinan dalam Muktamar. Saya sangat kecewa dengan budaya UMNO yang diserap dalam PAS oleh orang-orang yang tak reti saluran membuat teguran dan memberi pendapat. Ia macam pepatah "marahkan nyamuk, bakar kelambu". Dulu Khalid menulis 50 Dalil, tapi dia gentlement kerana letak namanya sebagai penulis. Tapi buku yang mengtuk MB Kedah tidak ada nama sebenar penulis dan penerbit. Ini kerja 'anak betina'. Kedua-duanya mereka sama, menulis untuk wang. Khalid diupah menjatuhkan Anwar, Andalusia diupah UMNO menjatuhkan Ustaz Azizan.
.
c) Personal - saya jumpa kawan sekolah Mat Jiwa yang tak pernah bersua sejak 20 tahun lalu, Saiful Anuar. Dia tetap baik, humble dan ramah, tubuhnya kurus macam dulu juga, cuma berjambang. Dia komited dengan Islam sejak sekolah. tahniah Saiful yang datang jauh bertemu walau hanya sekali telefon. Ada kawan sekolah yang tak jumpa 20 tahun, saya ke kedainya, dia tak ada. Kami bertiga makan nasi lemak, sebelum pulang saya tinggalkan kad nama kepada isterinya supaya senang dia hubungi... lepas dua hari, telefon pun tidak. macam-macam kawan ada atas dunia ni. Mungkin dia sibuk, kan?
.
d) Semalam YB Nasir telefon, siren tsunami di Kuala Kedah berbunyi, orang ramai kelam kabut. Siapa patut dihubungi? Saya pun tak tahu. kata YB Nasir, polis Kuala Kedah pun tak tahu nak hubungi siapa. Saya telefon SU Sulit, dia sudah tidur. Saya hantar mesej. Pagi dia menjawab. Pegawai Daerah adalah pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah, dialah paling tepat dihubungi. Jadi, kalau kita berhadapan dengan isu keselamatan yang baru buat kita dan masyarakat, hubungilah Pegawai Daerah.
.
e) Ramainya kawan-kawan sekolah yang telah kembali menghadap ilahi di usia yang masih muda. Kemalangan jalan raya, sakit kronik, sakit misteri... Ini mengingatkan saya kepada kematian yang akan menjelma bila-bila masa. Waktu hidup wajib dimanfaatkan sepenuhnya untuk menghadapi mati dan kehidupan selepas mati. Bertaqwalah!!!
.
Sambung lain kali pulak laaaa...mengantuk sangat dah niii
.
Wallahu 'a'lam.
.

No comments:

Post a Comment