Tuesday, July 6, 2010

Ada Orang Tak Dak Khejaaa

Ada kemahiran menulis bukanlah lesen untuk menulis apa saja, lebih-lebih lagi menulis berita palsu untuk meransang kebencian, menghakis maruah dan memfitnah orang lain. Bertambah salahnya bila tulisannya dipercayai orang dan orang yang difitnah menjadi mangsa buruk sangka dari maklumat palsunya. Diakhirat nanti, orang ini akan dibicarakan secara terperinci dan dia akan terima akibatnya. Sila mohon maaf dan buat pengakuan terbuka tentang fitnah anda sebelum anda mati... kalau tidak dimaafkan oleh orang yang difitnah, iina azabi la shadid...
.
Ada satu penerbitan berjudul 'Mai kedah' diedarkan Jumaat lalu yang sangat padat dengan cerita palsu, bohong, rekaan dan cubaan menimbulkan persepsi buruk terhadap tokoh-tokoh dalam kerajaan negeri.
.
Saya telah meminta pihak-pihak yang difitnah oleh penerbitan itu membuat laporan polis dan mengadu kepada Allah untuk diberikan balasan setimpal kepada penulis jahat itu. Saya mengesyaki seseorang, dan syak saya ini akan saya buktikan benar. Ciri-ciri, gaya penulisan, maklumat, telahan dan persepsi yang terkandung dalam penerbitan itu pernah menerjah telinga saya lama dulu. Saya hanya diam dan senyum dengan telahan dan tuduhan mereka yang sedang berbual di depan saya.
Untuk membantu 'meringankan' sikit dosa depa yang terbabit dalam kerja karut tu, supaya tak ramai yang percaya dengan cerita bohong itu, dan supaya tak ada orang terpengaruh, saya ingin menuntut bukti terhadap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan dalam 'Mai Kedah'. Dalam hal tuduhan seperti ini, beban mengemukakan bukti terletak kepada orang yang menuduh dan mereka cerita. Silalah kemukakan, kalau ada! Orang ramai yang membaca tolong jangan percaya kalau tak ada bukti dikemukakan. kalau tidak, si penulis, pencetak, pengedar termasuk pemberi maklumat berdosa besar dengan yang dituduh. Kesian pula kat depa esok!
.
Saya kenal gaya bahasa penulis. Dua tulisannya di akhbar dan memorandum yang dihantar kepada saya seakan-akan sama. Cara dia menghentam semberono tanpa bukti dan fakta, cara dia meluahkan emosi mabuknya, cara dia menggunakan maklumat dari sumbernya, semuanya menyerlahkan susuk tubuh orang itu.
.
SAH! Dia tak dak KHEEJAA......
.

2 comments:

  1. Aku pun tak dak khejaaa. Dah lama tunggu khejaaan tapi belom sampai2 lagi sejak 2 ton dulu. Dulu kera jaan kedah wujud Jawatankuasa Hal Ehwal Khas Masyarakat Siam Kedah tapi takdak pa pon. Barisan ahli jawatankuasa pon tarak, meeting lagi la tarak. YB Aru dulu walaupun dia tak ngaji tinggi2, dia ada juga ahli jawatankuasa, dia ada juga buat meeting dan dia ada juga luluskan peruntukan sebanyak RM43k. Sejak YB Money Kumar ni, langsung tak ada apa2 perkembangan. peruntukan pula, dia hanya recycle peruntukan yg YB Aru bagi dulu.

    Susah betoi kalau tak dak khejaaa.

    ReplyDelete
  2. hampa jaga elok2la rakyat hampa jangan dok buat peghangai bagi depa maghah bukan senang nak boleh merentah dah lebih 50 taun dah dok buat pilihan ghaya nila baghu menang,oghang umno ni hampa tau sajala kalau tak buat kacau tak boleh dok senang mesti kena ada pekagha yg depa nak kacau depa ni nama saja islam tapi peghangai tak ikut islam tu yg payah nak bekegha dengan depa tu.

    ReplyDelete