Thursday, July 19, 2012

KCS dan Politik Kedah: Ada Grand Design?

Eh! Terbaca Utusex pulak... Ada apa yang menyentuh rona mata... Ada..Tajuk KCS dan Politik Kedah. Jom selongkar sikitt...




Zaini Hassan sebelum ini dalam satu majlis ketika memberi ucapan  kepada wartawan, mengutarakan satu etika baru kewartawanan iaitu berita yang dilaporkan harus dispin supaya memberikan imej buruk kepada pembangkang (PR) dan membersihkan imej kerajaan Barisan Nasional. Seorang wartawan berita portal (Malaysiakini) dihalau keluar gara- gara melaporkan ucapannya itu.


Dalam utusan semalam, ketika menulis tentang KCS dan Kerajaan Negeri Kedah, dia menonjolkan etika barunya itu, diperelokkan lagi dengan menyandarkan premisnya kepada penulis upahan UMNO yang terhambat dari UUM, En Sobri Sudin.


Dari segi sejarah, saya menerima hakikat bahawa KCS adalah jentera utama yang memacu perkembangan, malah telah membina sejarah dan masa depan Negeri Kedah. Dalam sistem kenegaraan kita, KCS berada dikumpulan eksekutif yang dipandu oleh legislatif dan terikat dengan judiciary (dibawah bumbung persekutuan) KCS tiada kuasa mutlak, dasar-dasar diputuskan oleh pembuat dasar di Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan adalah kuasa tertinggi eksekutif. Mereka dibaluti undang-undang dan peraturan yang diputuskan oleh kerajaan dari masa ke semasa.


Kenyataan Zaini bahawa KCS menaungi BN selama ini adalah janggal. Mereka adalah jentera kerajaan, bukan payung kepada parti yang membentuk kerajaan. Saya boleh terima kalau dikatakan BN yang menaungi mereka, kerana kuasa kerajaan adalah mengatasi kuasa pegawai yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Sobri Sudin membelit Zaini Hassan dalam hal ini, dan spin Zaini mengikut lilitan Sobri. Di sebalik semua itu, Sobri sebenarnya hanya menyulam tali milik orang lain.


Idea ini terlontar ditengah-tengah KCS dan politik Kedah sejak sebulan lalu. Ia adalah hipotesis baru dalam usaha beberapa orang dalam KCS membina idea dan teori bagi menghasilkan persepsi - namun masih tidak berupaya menjelmakan hakikat- di kalangan KCS supaya memusuhi pemimpin kerajaan negeri. Hipotesis ini sebenarnya amat janggal, seperti kata bidalan seorang penulis 'tidak berupaya menakung air'.


Permusuhan ini direkacipta apabila ada dalam kalangan KCS yang disiasat SPRM akibat kes-kes lama dan baru tetapi belum dituduh di mahkamah, belum dibuktikan bersalah dan belum dihukum. Kesempatan dalam isu yang bersipongang dalam KCS sekarang ini digunakan untuk membina persepsi bahawa politik dan kerajaan  harus diubah untuk menyelamatkan KCS yang sedang dimusuhi oleh pemimpin politik kerajaan sekarang. Ada bau seperti masakan dari resepi UMNO/BN pula idea ini. Tentu ada pertemuan sesama mereka...!


Pencipta idea dan teori ini datangnya dari pihak-pihak yang rasa terancam dengan siasatan SPRM, lalu cuba mempengaruhi pendapat umum bahawa mereka diiniaya oleh orang politik. Kalau bukan Sobri yang mencipta idea ini, saya tahu siapa yang memberi tutorial kepadanya, orang lain juga tahu. Belum pernah ada sebarang mesyuarat parti di mana-mana pun yang membincangkan hal ini seperti yang dituduh oleh tukang spin dalam rencananya. Sobri Sudin pun tak pernah hadir dalam mana-mana mesyuarat PAS kerana dia super-UMNO, dia hyper-kelentong.


Jawapan YAB Menteri Besar sangat jelas dalam tuduhan bahawa dia mengarahkan SPRM menyiasat untuk mengenakan KCS terbabit. Saya bukan Perdana Menteri! SPRM di Kedah tidak patut menerima arahan politik untuk menyiasat atau tidak menyiasat setiap laporan kerana mereka  undang-undang yang perlu dikuatkuasakan. Seluruh rakyat mengharapkan SPRM bebas melaksanakan tanggungjawab mereka. 


Menteri Besar tiada sebarang kepentingan pribadi untuk melindungi atau mengarahkan siasatan itu daripada berlaku. Kepentingan politik Menteri Besar ialah melaksanakan polisi bebas rasuah, belanja berhemah, berjimat cermat, tingkatkan hasil untuk membina Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Kepentingan ini dikongsi oleh seluruh rakyat Kedah termasuk pegawai dan ahli politik. Oleh itu, seluruh pelaksana dasar dan penguatkuasa undang-undang patut bekerja ke arah itu. Mana mungkin pelanggaran undang-undang seorang dua pegawai diperbetulkan dengan membina persepsi bahawa adanya satu grand design yang sangat menakutkan sedang menanti seluruh KCS! Ia dicipta oleh PAS, maka UMNO saja yang mampu menyelamatkan kita semua! Bukankah ini satu percubaan membantutkan kebijaksanaan dan kematangan KCS yang mewarisi sejarah yang panjang itu?


Grand design yang didakwa wujud itu adalah palsu! Grand design sebenarnya sedang dilancarkan oleh beberapa individu melalui Sobri Sudin berkudakan tukang spin di Utusan Malaysia. Jawapan paling tepat terhadap dakwaan Zaini Hassan saya dapat waktu makan tengahari tadi. Ia adalah kenyataan seorang pegawai tinggi KCS seperti berikut: KCS bukan bodoh! Buat apa depa membuka pekung di dada dan membuka ruang supaya orang menempelak kita... Itu masalah mereka, politik mereka, bukan masalah KCS. Kami tiada masalah untuk bekerja dengan sesiapa sahaja yang menjadi goverment of the day. 

1 comment:

  1. Assalamualaikum,'Tn haji..
    lama tak menulis disini..

    Satu pendedahan yang amat pelik dari Utusan dan memang wajar dipertikaikan. Tulisan Sobri Sudin ada yang benarnya namun artikel di Utusan memberi gambaran yang negatif kepada KCS.

    Saya penuh yakin Tn Hj Tahu bahawa MB Kedah lebih mempercayai KCS berbanding exco2 beliau. MB Azizan walaupun dicerca oleh ahli parti dan musuh parti bertindak bijak dalam soal kewangan apabila menyerahkan keputusan kepada KCS sebelum diserahkan ongkos kepada exco.

    Mungkin dalam soal ini akan timbul rasa tidak puas hati dari kalangan exco bilamana MB lebih mempercayai keputusan profesional berbanding keputusan politik. percayalah...setakat maklumat yang Pakteh dapat....walaupun ada pegawai KCS yang menyokong UMNO...kerja mereka profesional dan bekerja demi rakyat rakyat Kedah.....malah MB Azizan tahu tetapi beliau mengiktiraf sikap profesional mereka......seperti juga kerajaan UMNO/BN mengiktiraf beberapa tokoh hebat yang dilantik walaupun keahlian mereka ialah PAS/DAP/PKR

    ReplyDelete