Terdesaknya BN...Adoiii!
Saya menulis di fb perihal rencana bergambar di Utusan Malaysia semalam "pemberitaan bertaraf 'babi' oleh anak babi dalam akhbar gerombolan babi"... Ramai yang menyokong dan menokok menambah. Ada juga yang mengatakan bahasa itu kasar dan babi tidak bersalah dalam usaha Utusan melepaskan diri tuannya yang sedak terdesak dan tersepit. Tuannya ialah UMNO dan BN.
Dalam puluhan ribu yang hadir ke konvensyen PR di Stadium Suka Menanti Utusan hanya dapat mengesan 4 orang wanita yang melengung dalam dewan dengan kerusi kosong di belakang mereka. Tajuknya Konvensyen Pembangkang Hambar!
Saya pernah terserempak dengan haiwan bernama babi, di hutan dan di jalan. Babi terkenal sebagai binatang yang tiada 'stereng' gara2 ia dijadikan berleher pendek, tidak mampu untuk menoleh ke kiri atau kanan. Kalau berlari akibat terkejut anjing buruan, atau bunyi tembakan pemburu, ia hanya ada satu lorong lurus, membelah dan melanggar apa saja yang ada di depan. Sama ada arahnya itu ada laluan atau halangan, dia tak peduli. Kalau pokok, dia melanggar pokok, kalau parit dia akan yerjun ke parit, kalau tebing, dia akan langgar tebing, kalau pagar, dia akan melanggar pagar, kalau orang, dia akan melanggar orang. Asal saja dapat lepaskan diri, dia akan terus meredah apa saja. Demikian tabiat babi yang tersepit untuk selamatkan diri.
Babi hutan adalah haiwan perosak bagi petani yng berkebun dan bercucuk tanam. Tabiat merosaknya sangat jahat dan menyakitkan hati. Walaupun dia tidak makan semua tanaman, tapi dia menyondol dan mematahkan anak pokok, apa lagi kalau tanaman itu jenis makanannya. Pagar kawat disondol rebah, pukat disondol koyak, anak getah disondol patal, ubi disondol dan dikunyah, pisang disondol tumbang...makan atau tidak soal kedua, yang utama rosakkan kebun dan tanaman dulu. Dia tak makan getah sekerap, tapi habis cawan dan pancur getah disondolnya...hilang!
Kata orang tua-tua, Babi beranak ikut bulan, kalau awal tahun bulan satu, seekor anaknya...kalau hujung tahun bulan 12, banyak itulah anaknya. Saya kurang percaya, tapi anak babi mengekor saja ke mana mak bapak dia buat. Dia belajar menyondol dari babi tua yang jadi ibu atau bapaknya.
Bagi orang melayu di kampung-kampung, babi bukan sekadar haiwan najis mukhallazah yang haram di makan, ia menjadi bahan maki hamun kerana adat dan budaya melayu menjadikan ia kotor dan menjijikkan kerana sifat dan perangainya. Banyak benda haram lain dikerjakan orang, tapi kalau babi, orang melayu loya dan mau termuntah.
Saya tidak menghina pemakan babi, itu hak yang dibenarkan oleh agama dan adat mereka. Makanlah sebanyak mana yang mereka mau dengan resipi apapun. Ada orang bercerita tentang pelanggan pelacur selepas berzina, dia cari tempat makan yang tidak menghidangkan babi, padahal berzina lebih terkutuk daripada memakan babi. Makan babi tidak termasuk kesalahan dikenakan hudud, tapi berzina YA! Tp bangi masyarakat melayu, babi lebih dijauhi daripada benda haram lain.
Kalau pemberitaan seperti Utusan tulis semalam itu dibabikan, menurut seorang sahabat yang merujuk kepada kisah-kisah dalam Al-Quran masih dikira ringan, kerana padanan yang tepat kepada mereka ialah syaitan!
Pemberitaan melulu, meluru, sesat, melanggar realiti, merosak, tidak menoleh kiri kanan yang sedang memerhati, janggal, pelik, terkeluar dari laluan kebenaran, ia memang bersifat kebabian. Ia adalah sifat2 dari tindak balas babi yang terkejut dan tersepit untuk menyelamatkan diri.
Dengan pemberitaan seperti itu, nampak sangat- sangat 'tuan' Utusan sangat-sangat tersepit dan terkejut dengan sambutan besar-besaran dalam Konvensyen PR Ke-3 sabtu lalu. Anak-anaknya mengekor saja ke mana saja 'ibu' mereka berlari.... Kamu semua sedang menuju ke parit dalam...!
No comments:
Post a Comment