Thursday, January 19, 2012

Bersekongkol Dengan Pembohongan...

Ada blogger UMNO Menggunakan nama Pak Teh yang bekerja di perpustakaan sebuah universiti menulis bahawa dia terkejut teramat sangat bila saya menulis posting sebelum ini perihal sifat dan perangai babi. Tergamaknya saya sebagai Ketua Penerangan PAS menukilkan babi sebagai perumpamaan kepada pemberitaan melulu, bohong, terdesak dan menyimpang dari kebenaran...

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/36409_134417373244468_2255067_n.jpg

Dalam komen di fb ada seorang ustaz menulis begini...

... lembu punya hal, sapi dapat nama ... kesian, manusia buat haprak babi dapat nama ... dalam al-Quran ada Allah sebut kebanyakan Jin dan manusia yang Allah lempaq ke dalam neraka jahannam, mereka itu mempunyai hati tak mau pikiaq (tak faham), punya mata tak mau tengok kebenaran, punya telinga tak mau dengaq mana satu haq dan batil, mereka ini kata Allah macam binatang ternakan, bahkan lebih sesat dari itu, sebab mereka ini orang yang lalai ... binatang ternakan boleh kita makan dan jual tapi bila Allah kata lebih dari binatang ...

apa yg kita nak kata ... tidak lain dan tidak bukan ialah syaitan ... dalam surah Al-Baqarah, ayat 14, bermaksud: "Dan apabila mereka bertemu Dengan orang-orang Yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya Kami tetap bersama kamu, sebenarnya Kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang Yang beriman)"... dalam ayat ini Allah sebut, bagi orang2 yang suka olok2, buat cerita tak benar adalah "syaitan2" ... Babi hanya haram dimakan oleh orang Islam sahaja ... yg molek boleh kita guna bagi manusia yg tak guna hati, mata, telinga untuk jalan yang betul paling layak adalah syaitan ... tapi ada juga Nabi sebut dalam Hadisnya bagi orang yang suka minum arak sambil dihiburkan dengan artis macam babi dan kera (القردة والخنازير)... kesimpulanya: yang suka buat kerja mengolok2kan orang, kita panggil syaitan2 dan yang suka minum arak sambil dihiburkan dengan artis (boleh pi tgk di kelab malam, pub, ddisco dan pusat hiburan) kita pangil kera dan babi ...


Mungkin kalau saya gunakan perumpamaan seperti yang dicatatkan oleh ustaz di atas, maka dia akan lebih terkejut berok. Babi dengan syaitan bagi masyarakat kita lebih terok dan jahat syaitan. Apakah sifat dan kerja syaitan...? Semua orang beriman maklum tentang arahan Allah untuk menjauhi syaitan, hasutannya, godaannya, kesesatannya, yg paling berat ialah kekufurannya kepada Allah swt.

Yang menghairankan saya ialah bagaimana seorang pustakawan yang ditimbus buku dan ilmu di tempat yang mulia boleh terjerumus dengan kebathilan dan pembohongan sebuah berita...Paparan di blognya juga tidak lebih baik daripada utusan. Dia berubah dari seorang pustakawan menjadi agen video sex dan gambar lucah. Hingga sekarang pun dia masih mengiklankan khidmat 'cinadol' sebagai pil untuk pening kepala. Saya kira dia lebih buruk daripada utusan dalam pemberitaan dan dalam hal penulisan saya tentang pemberitaan bertaraf babi dia bersekongkol dengan penipuan Utusan. Buku-buku di sekelilingnya yang terkandung berjuta ilmu bagi menyuluh kehidupannya tidak berupaya mendidiknya.... Bersekongkol lahhh!

3 comments:

  1. Assalam, bang,

    Harap sangat Us Azizan tidak terpalit dengan isu KUIN 5 yang heboh diperkatakan sekarang. Isu KUIN 5 sebenarnya mudah, isunya pelajar yang melanggar undang-undang universiti semestinya tertakluk kepada AUKU. Unisel di Selangor pun tertakluk kepada auku. Tak bising pun. Tertakluk pada AUKU dan merestui AUKU adalah dua perkara yang sangat berbeza. Prof Aziz Bari yang sembang kemas tu pun tak boleh buat apa tentang auku selagi PR tak betul-betul perintah Malaysia. Cumanya nak minta bang kalau boleh adjust la dalam harakah supaya Us azizan boleh bagi penjelasan berkenaan isu ni.. Teruk sangat depa dok tibai dia..

    Satu lagi, harap sangat-sangat kerajaan negeri pertimbang semula tarif air. BN senang2 masuk dalam manifesto untuk turunkan semula tarif. Kan baguih kalau kita guna sumber lain untuk bagi subsidi sikit dekat air. Kerajaan negeri boleh buat roadshow hari-hari dekat kedah pasai tarif naik tapi rakyat tetap tak akan terima. Terutamanya rakyat bawahan. Rasanya tak keterlaluan kalau nak kata, kita boleh kalah di Kedah kalau perkara ni berterusan.

    Mengetahui yang Us azizan tu jenis yang sangat-sangat santun dan mendengar kata, rasanya kerja bang tak susah kot. He.. He.. Apapun, sampaikan salam dekat dia dan kami agen parti yang tak rasmi akan terus berdiri teguh di bawah kepimpinan Us Azizan, Insyallah..

    Wassalam..

    Amirul

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tn. Hj.

    Pakteh sependapat dengan MB berkaitan isu KUIN. MB Bertindak bijak menyerahkan agenda memacu pelajar kepada pentadbir KUIN tanpa mengganggu urusan kerja mereka. Pakteh percaya setiap petugas yang diamanahkan melaksanakan kerja mengikut prosedur dan arahan yang telah ditetapkan.

    Ketegasan MB Azizan dalam soal ini akan menaikkan integriti beliau malah membuktikan beliau profesional dalam melaksanakan tugas (dalam kes AUKU vs KUIN vs MB).
    SOP ini juga diamalkan oleh mana-mana penjawat awam atau swasta iaitu menurut arahan selagi tidak membatasi undang-undang. Soal dikutuk ahli parti sendiri tu....hehe...Tun Mahathir, Paklah, Najib juga turut dikritik ahli parti tapi itulah hak bersuara ahli parti...terima jaa...

    Pandangan Pakteh, kes ini berlaku ketika AUKU masih dilaksanakan. Jika dimansuhkan nanti, pakteh percaya MB akan bertindak sebaliknya mengikut undang-undang terbaru.

    ReplyDelete
  3. BETOI KA CERITA MAT HISHAMUDIN RAIS NI? mintak Setpol tolong jelaskan... mat tukar tiub ni audiens blog dia antara tertinggi di malaysia. harap setpol tolong jelaskan... tuduhan kpd ust azizan guna wang zakat rm75ribu utk bayar peguam karpal dlm isu KUIN mmg teruk.

    http://tukartiub.blogspot.com/2012/02/azizan-sudah-jadi-mat-lebong-numbor.html
    http://tukartiub.blogspot.com/2012/02/sila-selidik-duit-bayar-peguam-dari.html
    http://tukartiub.blogspot.com/2012/02/azizan-sudah-mula-dulak-daleh.html

    ReplyDelete