Tuesday, November 29, 2011

Banjir Tak Jadi Tahun Ni ...InsayaAllah!

Nak jawab sikit komen Blogger Pak Teh yang  lebih prihatin soal banjir daripada perkara besar dalam Bajet Negeri Kedah 2012. Terima kasih jugalah kerana itu. Tapi Pak Teh tentu tahu juga, selama berlaku banjir di mana-mana, PAS terkehadapan untuk bantu mangsa termasuk di Johor bila Unit Amal Pemuda PAS mendapat jolokan tentera merah. Tak kira parti, tak kira bangsa... khidmat pemuda PAS sentiasa di depan.

Bukan saja banjir, apa saja bencana yang menimpa, pemuda PAS atas nama Unit Amal, Yayasan Amal, Sukarelawan  dan tanpa apa-apa tanda akan sentiasa di hadapan tanpa mengharapkan publisiti di TV, radio akhbar, apalagi upah dan elaun.
Sekarang inipun, di Kedah, pegawai-pegawai di semua daerah sudah diarahkan menghadapi kursus dan latihan menghadapi bencana banjir. MB pun telah mengagihkan sebuah bot kepada daerah2 yang kekurangan peralatan itu. Kita pun telah bersedia jika ia datang juga... Petugas parti juga siap menerima arahan dari masa ke semasa...cuma tak masuk TV saja.
Dalam hal negeri kita dilanda musibah tahun lepas, nampak sangat-sangat UMNO bergantung sepenuhnya kepada kerajaan pusat untuk menaikkan imej parti. Dipecahkan belahkan agensi-agensi kerajaan negeri dan pusat, sampai pegawai naik pening.
Untuk makluman, bagi sebuah kerajaan yang dipandu berdasarkan undang-undang dan peraturan - di bawah MKN 20 - prosedur tetap menghadapi bencana seperti banjir, semua agensi kerajaan diletakkan dibawah kelolaan Setiausaha Kerajaan Negeri di peringkat negeri, dan Pegawai Daerah di peringkat Daerah. Bilik-bilik gerakan banjir di peringkat negeri dan daerah di ketui oleh pegawai-pegawai ini. Ini yang dipatuhi oleh kerajaan negeri dan para pegawai.

Belum sempat tumit kasut basah, Menteri yang datang cepat-cepat mengutuk kerajaan negeri yang dituduh lambat dan lemah. Padahal, pegawai dan agensi yang sepatutnya berada di bawah arahan SUK dan Pegawai Daerah selaras dengan kehendak MKN 20, dipecah belahkan untuk berada di bawah UMNO dan pemimpinnya.

Tahun lalu, saya saksikan sendiri kerajaan pusat melalui menteri, timbalan menteri dan ketua-ketua parti politik dalam BN membelakangkan sama sekali MKN 20. Pusat dan negeri seolah-olah dua buah wilayah berasingan. Habis kelam kabut sekelian pengarah agensi-agensi bantuan. Di sini MKN 20, di sana bapak dan mak menteri...termasuk yg tidak menghormati MKN 20 ialah Timbalan Perdana Menteri.

Bilik gerakan dibuka berasingan dan dikelola oleh pemimpin parti, meggunakan dana agensi-agensi kerajaan yang terpecah dua. Apakah contoh teladan yang sedang ditunjukkan dalam negara yang menerima pakai sistem federalisme ini?

Hanya kerana Kedah diperintah oleh PAS dan PR, bilik gerakan banjir negeri yang dikelola dibawah prosedur tetap MKN, tidak dijengok oleh Menteri Kerajaan Pusat, malah diperlekehkan pulak. Pengarah JKM Kedah menghubungi saya mengadu kecelaruan dan belah bagi yang terpaksa beliau hadapi. Saya faham situasinya ketika itu, dan saya serahkan kepada budi bicaranya sendiri apa yang perlu diikuti.

Dalam saat-saat genting seperti itu, Kerajaan Kedah terus bekerja mengenepikan semua sentimen parti dan politik...mereka sebaliknya. Pusat-pusat pemindahan dipantau oleh pegawai daerah dan dikelola oleh penghulu dan agensi yang masih ada pertimbangan. Pemuda PAS dan seluruh jentera memberikan kerjasama penuh kepada pegawai bertanggungjawab. Kita tidak memacak bendera dan melihat warna untuk menghulurkan bantuan.

rumah saya pada hari pertama..air naik separas pinggang di hari kedua...
MB dari pagi sampai tengah malam ke hulu ke hilir melawat, memantau dan mempengerusikan mesyuarat2 penting untuk menghadapi bencana. Rumah saya sendiri dimasuki air sedalam 4 kaki dan saya tak sempat mengambil apa-apa untuk diselamatkan. Mujur anak isteri disuruh balik kampung lebih awal dengan dua buah beg untuk ke Mekah. Rumah MB masuk air separas lutut. Diwaktu kita patuh dan akur dengan peraturan, mereka di sebelah sana sibuk menghentam dan membina tembok memelihara kepentingan... demikianlah yang sedang dimulakan sekarang. Saya akan terus bermunajat untuk Allah menjauhkan banjir daripada kita semua pada tahun ini. Seluruh ahli dan pimpinan PAS juga begitu. Cuma beberapa kerat pemimpin yang sedang 'kering' segala hal berharap air melimpah untuk mereka menangguk di air bah!!

(Asalnya tulisan ini ialah komen saya di bawah posting sebelum ini)



2 comments:

  1. Maaf la tuan haji, tak jenguk komen tuan haji yg tujuan sedikit sebanyak menjawab persoalan pakteh, mujur juga dijadikan tajuk dan dapatlah pakteh baca. Maklumla...hujan2 ni nak tebang buluh pun belengaih.

    Tuan Haji,
    Buat masa ini ada agensi dikawal oleh Kerajaan Negeri dan ada yang dikawal oleh Pusat. Mungkin Pas perlu memerintah lebih lama di Kedah untuk lebih arif dalam menangani isu rakyat dan mengembeleng kuasa secara bijak malah dapat menangani masalah dari kerajaan pusat.

    Kelantan pernah banjir tetapi mungkin pengalaman lebih 20 tahun menjadikan mereka bijak menguasai agensi pusat.

    Apapun tahniah kerana telah bersiap siaga. memang tak masuk TV kerana saluran kini dikawal oleh BN.

    Adil atau tidak?. Tepuk dada tanya naluri tuan haji kerana tindakan Pas memerintah Kedah juga sebegitu. Agensi yang dikawal Pas juga terpaksa mengikut kata telunjuk Pas..itulah adatnya...mengikut kata tuan. Nakkan bukti...xperlu rasanya kerana Tuan Haji sendiri tentu sedar.

    Alhamdulillah..selamat kaum kerabat pakteh dan rakyat Kedah. Kita mendoakan agar banjir tak sebesar seperti yang diramal.

    Namun begitu peringatan harus diberikan dari masa ke semasa agar rakyat tidak terleka. Di Kelantan sudah ada mangsa banjir....
    Ibu-bapa harus lebih prihatin tentang bahaya banjir. Kes jatuh tali air ketika mandi sepatutnya tidak berlaku jika semua berhati2.

    Tuan Haji,

    Pakteh cukup prihatin semua soal dalam bajet Kedah 2012.....tapi pakteh takmau ulas kerana soalan pakteh untuk bajet 2011 yang tuan haji janjikan dulu nak jawab pun belum terjawab.

    ReplyDelete
  2. Pakteh sertakan bukti janji tuan haji di blog pakteh.

    ReplyDelete