Sunday, June 27, 2010

Macam-macam Terjadi - esok apa pulak??

Salam untuk semua, Assalamualaikum wbt.
Sudah lama saya tak menulis, sejak muktamar di Kelantan, jadual kerja terlalu padat. menulis memerlukan maklumat penuh dan pengamatan yang tajam, tanpa unsur itu, tulisan menjadi hambar. Banyak hal yang berlaku dalam bulan ini sejak muktamar tempoh hari.


a) Berdialog dengan Ulama' Hizbullah di Kelantan sempena muktamar - saya bernasib baik pada hari itu kerana dua perkara. pertama dijemput makan kambing bakar, kedua bersua muka dengan Ulama; muda mewakili Hizbullah ke Muktamar PAS. Banyak yang diceritakan tentang ketakutan Israel kepada Islam sekarang, khususnya kenyataan-kenyataan Sheikh Hassan Nasrallah untuk membebaskan Baitul Maqdis dan memerdekakan Pelastin. Ramai tentera Israel lari meninggalkan perkhidmatan sekarang kerana takut berdepan dengan Hizbullah dan Hamas sekali lagi. Israel juga katanya sudah menjadi beban kepada AS dan Britain sekarang, walaupun kewujudannya dulu dirancang oleh dua negara kuffar itu untuk menjaga kepentingan mereka di timur tengah.

b)Ada pihak dalam PAS dijangkiti virus Khalis Jafri menulis dan mengiklan buku menghina dan memperlekeh pimpinan dalam Muktamar. Saya sangat kecewa dengan budaya UMNO yang diserap dalam PAS oleh orang-orang yang tak reti saluran membuat teguran dan memberi pendapat. Ia macam pepatah "marahkan nyamuk, bakar kelambu". Dulu Khalid menulis 50 Dalil, tapi dia gentlement kerana letak namanya sebagai penulis. Tapi buku yang mengtuk MB Kedah tidak ada nama sebenar penulis dan penerbit. Ini kerja 'anak betina'. Kedua-duanya mereka sama, menulis untuk wang. Khalid diupah menjatuhkan Anwar, Andalusia diupah UMNO menjatuhkan Ustaz Azizan.
.
c) Personal - saya jumpa kawan sekolah Mat Jiwa yang tak pernah bersua sejak 20 tahun lalu, Saiful Anuar. Dia tetap baik, humble dan ramah, tubuhnya kurus macam dulu juga, cuma berjambang. Dia komited dengan Islam sejak sekolah. tahniah Saiful yang datang jauh bertemu walau hanya sekali telefon. Ada kawan sekolah yang tak jumpa 20 tahun, saya ke kedainya, dia tak ada. Kami bertiga makan nasi lemak, sebelum pulang saya tinggalkan kad nama kepada isterinya supaya senang dia hubungi... lepas dua hari, telefon pun tidak. macam-macam kawan ada atas dunia ni. Mungkin dia sibuk, kan?
.
d) Semalam YB Nasir telefon, siren tsunami di Kuala Kedah berbunyi, orang ramai kelam kabut. Siapa patut dihubungi? Saya pun tak tahu. kata YB Nasir, polis Kuala Kedah pun tak tahu nak hubungi siapa. Saya telefon SU Sulit, dia sudah tidur. Saya hantar mesej. Pagi dia menjawab. Pegawai Daerah adalah pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah, dialah paling tepat dihubungi. Jadi, kalau kita berhadapan dengan isu keselamatan yang baru buat kita dan masyarakat, hubungilah Pegawai Daerah.
.
e) Ramainya kawan-kawan sekolah yang telah kembali menghadap ilahi di usia yang masih muda. Kemalangan jalan raya, sakit kronik, sakit misteri... Ini mengingatkan saya kepada kematian yang akan menjelma bila-bila masa. Waktu hidup wajib dimanfaatkan sepenuhnya untuk menghadapi mati dan kehidupan selepas mati. Bertaqwalah!!!
.
Sambung lain kali pulak laaaa...mengantuk sangat dah niii
.
Wallahu 'a'lam.
.

Thursday, June 3, 2010

Bersua dan Merasa... Keterbuakaan, Toleransi, Timbangrasa...

Sua Rasa TV9 akan berlangsung tanpa penglibatan Kerajaan Negeri.
.
Semalam diputuskan dalam mesyuarat EXCO bahawa Sua Rasa dibenarkan menyewa tapak dan menjalankan aktiviti mereka, tetapi kali ini tanpa penglibatan kerajaan negeri. Dalam program itu sebelum ini, kerajaan menyumbang RM54,ooo.oo dalam program TV9 itu dan mendapat beberapa slot untuk mempromosi dasar-dasar kerajaan melalui YAB MB dan EXCO .
.
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan pembatalan program itu di Kedah tahun ini dan telah disiarkan oleh Harakah. Langkah itu mendapat sokongan ramai sebagai pengajaran kepada Media Prima, pemilik TV9 yang juga pemilik TV3 dan beberapa media utama yang memberi laporan salah berkaitan keadaan kerajaan Negeri Kedah.
.
Pihak TV9 telah merayu berulang kali kepada kerajaan menerusi semua saluran yang ada sejak berita itu disiarkan, untuk menganjurkan program itu di Kedah untuk tahun ini memandangkan semua persiapan dan hebahan telah dibuat.
.
Atas sikap toleransi dan kemanusiaan, setelah mengambil kira persiapan peniaga dan usahawan yang akan terlibat dalam program itu, kerajaan melalui mesyuarat EXCO semalam memutuskan TV9 sebagai penganjur boleh menyewa tapak di perkarangan stadium tetapi kerajaan negeri tidak akan terlibat langsung dengan program itu. Tidak ada sebarang keistimewaan dan pengecualian, termasuk tidak memberi sebarang sumbangan dan tajaan, YAB MB tidak akan hadir, agensi kerajaan tidak akan menyewa ruang niaga/pameran dan mereka perlu membayar sewa tapak dan semua kemudahan yang digunakan seperti penganjur program lain di tapak itu.
.
YAB MB juga tidak mengadakan sidang akhbar selepas mesyuarat EXCO seperti biasa sejak tiga minggu lalu. Selepas ini, semua sidang akhbar di Wisma Darul Aman akan dihadkan kepada media tertentu yang beretika sahaja, media berat sebelum dan memutar belit berita seperti RTM dan TV3 tidak akan dibenarkan lagi menyertai sidang akhbar YAB MB.
.
Diharapkan penjelasan ini menjelaskan kekeliruan orang ramai yang menyokong tindakan kerajaan negeri selama ini. Pihak Predia Prima dan pihak-pihak di sebalik syarikat media itu diharap menghargai sikap toleransi dan bertimbangrasa yang ditunjukkan oleh kerajan negeri, yang hanya mengharapkan laporan yang adil tepat dan benar. Wajarkah sikap keterbukaan, toleransi, timbangrasa kepimpinan kerajaan negeri dibalas dengan adu bomba, berita terpilih, berat sebelah, bohong dan fitnah...lu pikir la sendiri!
.

Tuesday, June 1, 2010

CELAKALAH ISRAEL DAN SELURUH SEKUTUNYA

Berita paling sedih kita baru terima hari ni, konvoi vessel bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang komando Israel, tidak kurang dari 20 orang telah terkorban: Syahid! Termasuk yang ada atas kapal ialah Pak Jamal (Jamaluddin Elias), sahabat saya dan sahabat kita. Saya mula kenal sahabat ni tahun 1995 dan agak rapat mulai tahun 1998. Setahu saya dia aktivis Yayasan Amal Malaysia...tak pernah ketinggalan dalam misi bantuan antarabangsa PAS melalui Yayasan Amal.
.
Jarang orang Malaysia, termasuk yang berada dalam gerakan Islam pernah terbayang untuk bertempur dengan Israel seperti rakyat Palestin sekarang. Pemergian konvoi itu bukan dengan niat bertempur, tetapi menghantar bantuan! Saya agak menyesal kerana tidak sempat menderma banyak untuk misi itu. Hanya kesempatan di Mesyuarat Agong PAS Kawasan Sik, Saudara Tarmizi membuat kutipan...kalaulah hari tu bawa banyak duit???!!
.
Allah hidangkan kesempatan buat peserta misi untuk berhadapan dengan komando Israel. Dan mereka datang untuk membunuh. Maka syahid adalah balasan untuk meeka yang beragama Islam. Saya berharap kita semua dianugerahkan mati semulia mereka. Sesungguhnya jangan kamu menyangka bahawa mereka semua mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka...
.
Di kesempatan ini, marilah kita berbuat sesuatu dalam keupayaan kita yang jauh dari mereka. Bangsa Yahudi Zionis laknatullah telah membunuh saudara-saudara kita yang hanya bertangan kosong di satu tempat yang tiada tanah untuk menyelamatkan diri... senjata paling tajam yang mereka miliki ialah pen dan pensil. Allahu akbar!!
.
Masa ini saat untuk bertindak, bukan sekadar mengutuk! Apa yang boleh kita buat??? Di tanah air kita ini, mari kita lenyapkan ketakutan dan kegerunan kepada mereka dan sekutu mereka. Saudara kembar mereka Amerika Syarikat perlu menjawab kepada dunia atas perlindungan mereka kepada israel selama ini. Maka, mana-mana pihak yang mengambil idea dan nasihat dari sumber Israel atau yang melobi untuk pergi melutut kepada Amerika wajib ditentang habis-habisan. Nyahkan mereka!!! Pemimpin pengecut yang bertuhankan ekonomi dan neo-kolonialisme Amerika sudah tiada tempat lagi di hati ummat Islam. Bakar jambatan penghubung dengan Amerika, bakar juga pembina-pembina jambatan itu.
.
Tiada lagi ayat yang mulus buat Israel, Amerika Syarikat dan gerombolan mereka...CELAKALAH MEREKA SEMUA. Allahu Akbar!!