Monday, May 17, 2010

Tangan APCO Meraba Kedah...

Perang saraf BN/UMNO melalui plot Wakil Rakyat melompat meninggalkan PR dan menukar kerajaan di Kedah nampaknya berjaya menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang peduli politik dan penjawat awam. Ini adalah eksesais baru untuk membina environment haram yang terpaksa diterima sebagai halal jika ia benar-benar berlaku. Ini sebahagian ciptaan APCO yang dilantik sebagai konsultant 1Malaysia BN/UMNO. Kalau nak 1Malaysia, takkan Kedah depa tak mau ambik kot?


Saya nampak eksesais ini adalah turutan (flow) yang dikembangbiak daripada isu soalan Dewan Undangan Negeri tempoh hari. Flow ini juga mempunyai carta aliran yang mencakupi banyak skop lain termasuk gerak saraf di kalangan pegawai tadbir, keselamatan, pelabur dan ahli perniagaan. Ia akan terus dipanaskan dari masa ke semasa, sehingga ada tindak balas yang mereka mahukan. Statement Chong It Chiew tentang pelabur nak lari dari Kulim HiTech Park semalam pun adalah 'buah mulut' APCO.
.
Ceramah pada 22hb Mei nanti bukanlah respon yang diingini. Ceramah tersebut boleh menutup plot lompat selama-lamanya. Sebab itu Ketua Pemuda Gerakan yang kerjanya membuat Sidang Akhbar dan menulis memorandum 'yang ketinggalan keretapi' menyampuk dan campurtangan dalam parti orang lain. Katanya ADUN2 PKR dibuli oleh PAS. Dia mahu ADUN2 PKR jangan pergi berceramah malam itu. Statement ini serentak dengan kenyatan Chong It Chiew.
.
Malam ini, saudara Naidu dari Alor Semadum menelefon saya memaklumkan dia menerima maklumat daripada kawannya seorang anggota keselamatan bahawa pihak BN sedang memasang banner di sekitar Alor Setar mendakwa DUN Kedah akan dibubarkan (lebih kurang begitulah maksud ayat-ayat yang tertera di banner - saya belum melihat kandungannya). Saya tidak pelik kerana memang kerja depa untuk mengkucar kacirkan kerajaan. Bila ada penafian dari pimpinan UMNO/BN tentang kerja buat depa menjatuhkan kerajaan melalui usaha pembelian kerusi, ia wajib dibaca sebaliknya. Pengalaman lalu mengajar kita bacaan terbalik ini.
.
Satu peristiwa baru dalam plot ini ialah perangkap yang dibuat oleh ADUN Bayu terhadap ADUN Kulim selepas sidang DUN baru-baru ini. Dia mengajak ADUN itu ke Hotel Shamila dengan mendakwa ADUN Bukit Selambau juga ikut serta, padahal Adun Bkt Selambau ada bersama saya ketika itu. Saya menerima maklumat dari informer tentang perjumpaan itu, dan saya memanggil Adun Kulim balik segera. Dia memaklumkan bahawa dia dimaklumkan Adun Bt Selambau juga ada di sana, sebab itu dia pergi untuk membincangkan hal ehwal portfolionya dan pelancongan di Baling. Selepas beberapa ketika, dia pun pulang. Itu adalah perangkap untuk menimbulkan kecurigaan ataupun membuat 'dealing', Wallahu a'lam.
.
Saya sedia maklum, Adun Bayu adalah bekas Pegawai Khas tugas-tugas Khas bekas MB (MK). Dia juga kerap mengadakan perjumpaan dengan YB Lunas sebelum Adun itu menjadi katak. Pada satu malam sebelum melompat, saya dimaklumkan dia membawa kereta rasmi exco KBN 333 ke rumah Adun Bayu. Apa yang dipersetujui dalam perjumpaan itu saya tak tahu. Selepas itu, bila tercetus kes pusat penyembelihan babi dirobohkan di Kg Berjaya, YB Lunas pun melompat. Dia rebah bersama pusat penyembelihan itu. Masa ni APCO belum timbul, sebab itu beliau melompat kerana babi! Malu la juga kan?
.
Adun Bayu juga membuat kenyataan diakhbar baru-baru ini bahawa kerajaan negeri kerugian RM200 juta dari pembalakan yang dilakukan di 400 hektar kawasan pembalakan yang salah kompartmen. Katanya pembalakan diluluskan di kompatmen 9, tapi pokok ditebang di kompartmen 8. Oleh kerana itu, kerajaan menanggung kerugian RM200 juta di kawasan seluas 400 hektar itu.
.
Saya ingin memaklumkan bahawa, pemberian kawasan pembalakan secara tander terbuka sekarang ini mendatangkan hasil kepada kerajaan sebanyak RM35 juta (harga paling tinggi ialah RM16 ribu sehektar), berbanding RM6 -RM10 juta (RM500-RM1000 sehektar) di zaman bosnya menjadi MB. Kuota penebangan di Kedah ialah 2,340 hektar setahun. Matematik sekolah mana yang dia belajar hingga kiraannya begitu baik, hingga memberi pulangan RM200 juta di kawasan seluas 400 hektar.
.
Kalau dengan kiraan Adun Bayu, bermakna sehektar kawasan balak berharga RM50 ribu, bermakna zaman bosnya menjadi MB, kerajaan kerugian RM49 ribu sehektar. Kalau 2,340 hektar, kerajaan kerugian berapa? Minta dia tolong kirakan! Kalau begitu mahal kayu balak, mengapa zaman bosnya jadi MB, kerajaan cuma dapat RM6-RM10 juta?
.
Berbalik kepada plot lompatan tadi, saya percaya ada lagi turutan (flow) dari isu-isu yang dicipta yang akan dimainkan oleh BN/UMNO Kedah untuk menggoncang kerajaan sekarang. Sebab itu, UMNO, MCA dan Gerakan menyanyi lagu dan menari dalam rentak gendang yang sama dan serentak! Saya tidak percaya BN/UMNO yang mendapat nasihat dari APCO yang menasihat regim-regim diktator seluruh dunia akan ketandusan akal untuk melawan PR di Kedah. Tapi kalau asyik mendapat nasihat daripada APCO, akal mereka sendiri akan mandul dan tandus. Sebab itu, matematik mudah dalam kes balak gagal diselesaikan dengan baik. Menarilah semua komponen BN dalam irama gendang APCO, kita tengok kaki sapa terpelecok!
.

4 comments:

  1. assalamualaikum,
    bagi saya pihak UPNO ni memang ketandusan idea dari segi pengambilalihan kuasa..sepatutnya depa fikir semasak-masaknya camna nak take over secara bermaruah (konon kata mukhriz)..
    benda tak susah sebenarnya, (boleh la pihak wakil2 PR ambil sebagai informasi)..tajuk utama dalam berita utama pon tak perlu susah2 nak pertikai kemasukan pelabur atau nak bubar DUN.
    Yang pasti isu kelemahan wakil2 PR di sesetengah kawasan menangani isu jalanraya yang tidak diselenggara dengan baik di dalam kawasan kota setar seperti simpang kuala hingga alor mengkudu serta kawasan kuala kedah hingga sungai limau pun sudah memadai untuk mendapat perhatian khusus rakyat.
    kawasan perumahan2 di sekitar parlimen kuala kedah/adun kubang rotan contohnya mengharapkan turapan sepenuhnya jalan2 di kawasan perumahan juga kini harapan tinggal harapan (sebab tu pakat pangkah PR, sebab puak UPNO tak pernah nak turap..bila nak turap nak komisen lebih sampaikan jalan sepanjang 100meter pun di claimnya rm200ribu)..
    tidak dinafikan ramai yang puas hati dengan kepimpinan MB Kedah yang buat masa sekarang rasanya penduduk tempatan rasa selamat dan tenang..cuma ini yang menjadi satu topik panas yang membolehkan suasana di kedai kopi tegang bila sebut bab tak bubuh jalan tat baru lama sangat...
    mungkin perkara ni di anggap remeh oleh abang setpol sebab tidak melibatkan si katak atau bubar dun..tetapi percayalah cakap saya kali ni, antara sebab kami mula bertukar arah mengundi pihak PR kerana mengharap dapat tengok jalan2 di selenggara dengan baik..sebab dah jemu dengan pihak UPNO bila nak turap jalan mesti timbul ayat seratus meter jumlah turap RM200ribu..ingat buat tat lembut nak lumba lari ka hapo?

    wassalam

    ReplyDelete
  2. TQ al amin, luahan saudara akan dibawa kepada YB yang jaga JKR. Seingat saya Tahun ni dalam budget kita peruntukan 9 juta utk JKR, ada utk mantainance, jalan baru, naik taraf dan macam2 lagi yang dirancang oleh JKR. Kalau ada termasuk jalan ke tempat saudara, Alhamdulillah, kalau belum harap masuk tahun depan.

    ReplyDelete
  3. terima kasih lagi sekali abang setpol kerana memberi perhatian luahan saya, bukan apa..penduduk setempat mula mengomel, mentuturkan kata2 yang saya sendiri kurang sedap di dengar..bila berdepan dengan isu jalan kawasan perumahan terutama perumahan yang saya diami memang saya tidak mampu memberi atau membackup pihak kerajaan negeri kerana memang saya ketandusan maklumat mengenai perkara tersebut.
    dan adakalanya penduduk setempat ingin membuat permohonan lanjut agar pihak berkenaan dapat menurap jalan kawasan perumahan..saya telah lakukan permohonan dahulu sebelum pilihanraya dan di bawa ke mesyuarat Majlis Bandaraya oleh Cikgu Din (calon BN kubang rotan) dan khabarnya telah pun diluluskan walaupun dengan harga yang kureng munasabah bagi saya, tapi bila PR mengambil alih kerajaan negeri, terus menyepi perkara tersebut..sehinggakan saya sendiri di pandang sinis oleh penduduk setempat yg tahu peranan saya ketika pilihanraya yang lalu.
    apa2 pun saya berharap perkara ni dapat perhatian walaupun perlaksanaan tak semestinya tahun nih jugak. at least bagi satu sinar dan harapan buat penduduk setempat.
    terima kasih lagi sekali abang setpol..jasa mu di kenang..

    ReplyDelete
  4. abdullahchik68@yahoo.comMay 21, 2010 at 12:21 AM

    saya bukan orang politik tetapi perkembangan politik kedah tetap saya baca..jika pendekatan yang diambil oleh MB kedah saya rasa kita tal perlu risau kerana ...orang orang yang duduk buat kacau dalam pentabiran MB bukan apa depa takut kalau PR 13 nanti malaysia diperintah oleh PKR,DAP,PAS terbongkar segala bentuk kerja jahat mereka selama ini.

    ReplyDelete