Friday, May 28, 2010

Seksyen 101, Akta kerajaan Tempatan

Berdasarkan Seksyen 101, AKT, saya menyeru, meminta, mengarah, menyuruh seluruh Ahli Majlis kerajaan tempatan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dalam mesyuarat Ahli majlis akan datang mengambil langkah yang dibuat oleh Ahli-ahli majlis PBT di Selangor. (Kalau ini dikatakan suka campur tangan dalam pentadbiran kerajaan, Lantaklahhh!).


Dari KedahLanie....

Beberapa majlis tempatan di Selangor akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, semalam dan hari ini Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat majlis berkenaan, ahli majlis, Latheefa Koya berkata mereka bertindak mengikut Seksyen 101, Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.

Latheefa, yang juga ketua penerangan PKR berkata judi sukan memudaratkan kesihatan mental dan menjadikan sukan sebagai aktiviti yang tidak menyihatkan.

Menurut ahli majlis Selayang, Lee Khai Loon, mereka boleh menghalang aktiviti perjudian dengan mengawal pengeluaran lesen premis perniagaan, yang mensyaratkan jenis perniagaan yang mereka jalankan.

"Premis perjudian seperti Sports Toto menyenaraikan loteri sebagai item perniagaan mereka, justeru, pertaruhan sukan bukan dalam senarai itu.



"Untuk menyenaraikan pertaruhan sukan sebagai antara item perniagaan, pengendali perlu membuat permohonan kepada majlis tempatan dan pendirian kami adalah untuk menolak permohonan seumpama itu,” katanya sambil menambah keputusan mereka adalah sebulat suara.

Malah menurut Khai Loon, yang juga adalah ketua penerangan Pemuda PKR, pihak majlis tempatan tidak akan teragak-agak menutup premis yang menawarkan judi sukan.

"Kita mempunyai 24 ahli majlis dan dengan bantuan orang ramai yang juga akan menjadi mata dan telinga untuk Majlis Perbandaran Selayang," katanya.


SELAMAT MENUNAIKAN AMANAH UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA...
Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua
.

Aku dengar-dengar....

Ni berita baru, tapi cerita lama...

Ada seorang Adun BN yang pernah menghadapi kes mahkamah untuk dimufliskan, akan dihadapkan sekali lagi ke mahkamah Isnin depan bagi kes hutang lain pulak. Kali ini UMNO tak dapat tolong dia sebab tak berduit dan kes dia melibatkan jumlah yang terlalu besar. Sebelum ini dia selamat bila kes 130k dibayar oleh 'bosnya' yang menyimpan hasrat kembali ke kerusi no.1. Bila berlaku pergelutan dalaman untuk kerusi itu dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan, dia pun 'malas' la nak selamatkan Adun seorang ni.
.
Berita ni boleh dipercayai dan sudah diketahui umum. Cuma masa menentukan survival politiknya, kalau mahkamah lambat, dia 'bernyawa' lagi, kalau cepat, cepatlah kubur politiknya digali.
.
Cuma saya gusar bila berita itu juga menyebutkan dia akan meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi DUN sebelum kesnya diselesaikan di mahkamah. Peliknya lagi, dia juga akan mengistiharkan diri masuk PAS. Seorang kawan bergurau berkata kepada saya, dia sudah menempah beberapa helai jubah! Saya jawab, nak masuk PAS, pakai seluar jeans pun tak apa.
.
Saya bertambah tawar dengan berita ini bila pembawa berita ialah seorang yang telah hilang kreibiliti dan dituduh 'sasau' oleh kawan-kawanya sendiri. Si sasau ini pernah mengepalai tunjuk perasaan membantah kutipan hutang sewa rumah di Taman Wira. Tapi saya menyimpan sedikit 'kepercayaan' kerana dia memang bekerja dengan Adun itu sekarang, ke mana-mana dilihat sering berdua, dalam dan luar negeri. Saraf apa pula dia ini main lepas adegan cat merah?
Kita pakat tunggula hari isnin ni kot-kot betoi, maka bolehlah kita kata, oooooo!Kebetulannnn!

Tuesday, May 25, 2010

BN Kedah Akan Lancarkan Perang Saraf Baru dengan 'Tangan APCO'

Setelah psywar lompat dapat ditamatkan malam 22 Mei lalu, startegi baru UMNO/BN untuk melemahkan kerajaan dan membina persepsi buruk terhadap kerajaan Kedah akan memasuki fasa baru.

Kini, pemikir-pemikir UMNO/BN dari ibunegara telah dijemput memberikan idea dan strategi baru yang lebih efektif. Saya telah menulis perihal 'Tangan APCO Meraba Kedah' dalam posting yang lalu. daripada maklumat yang diterima hari ini, hal tersebut memang sudah dan sedang berjalan.
.
Siang tadi seorang Dato' Seri yang pernah menjadi Setiauaha Politik Perdana Menteri menelefon salah seorang EXCO dari PKR yang menyampaikan ceramah malam 22 Mei lalu untuk 'merisik' dan 'meraba'.
.
Akan datang satu 'grand design' dari BN/UMNO untuk menggoncang Kerajaan Kedah... dari segenap penjuru... sama seperti yang pernah dibuat di Kelantan 20 tahun dulu. Kalau waktu itu dikatakan Strategi Ghafar, Di Kedah akan dijalankan strategi APCO. Seluruh rakyat, pemimpin masyarakat, media, penulis, blogger, pemerhati di harap tidak melatah dan berjaga-jaga. Mungkin juga jarum yahudi itu masuk melalui penulisan, rungutan dan kritikan dan pendedahan kita tanpa kita sedari.
.
Untuk mengelak kita jadi talibarut grand design BN/UMNO, semua maklumat sewajarnya harus diteliti dengan cermat. Sebaiknya mendengar dan bertanya terus dengan tuan tubuh atau pihak yang terlibat. Mengkritik tidak salah, salahnya ialah bila kritikan itu menjadi fitnah!
.

Sunday, May 23, 2010

Malam Noktah....

Semua yang hadir sudah jelas dan puas hati. Malam ini adalah noktah dalam isu lompat... tak ada takwil takwil lagi. Lepas ni kalau ada sapa-sapa jadi agen sebar sms atau surat khabar atau bloger yang dok kata ada lagi nak lompat di Kedah, sahlah dia tu pekak dan buta! Di kalangan pembangkang di Kedah, mereka mengharapkan DUN dibubarkan. Kalau bubar ada 'asyukkk! Malam ni tau la ada asyukkk ka tak dak asyukk. Ini kata seorang kawan yang dok sebelah saya tadi.
.
MB umum malam ni, ini tempoh untuk kerajaan take-off, kalau diibaratkan kapal terbang. Hujung bulan ni akan dilancarkan pembinaan rumah kos rendah besar-besaran untuk menyediakan kediaman kepada 23,000 ribu keluarga yang memohon rumah kos rendah. Sana sikit sini sikit, lama-lama cukuplah rumah untukrakyat. Inilah yang menjadi keutamaan kerajaan sekarang. Kita akan mulakan projek SULIHH September nanti. Kita sudah ada pemaju yang sanggup bina rumah kos rendah secara besar besaran. kita sudah dapat lampu hijau untuk memulakan SULIHH. Kita nak pikiaq macam mana kemajuan ekonomi rakyat dapat dicapai. Kita nak fokus taraf kehidupan rakyat dapat ditingkatkan. Pendek kata, masa untuk repair kapal sudah selesai, ini masa membawa rakyat Kedah keluar dari kepungan sistem pemerintahan BN dulu.
.
DUN akan bubar, tapi bubar bila sudah sampai tempohnya..paling tidakpun, bersekali dengan Parlimen di PRU13! Jadi sapa-sapa dalam BN yang dok berangan nak jadi calon, jadi EXCO jadi MB, sabaqlah sat, tak lama dah. Dua tahun saja lagi. Itupun kalau rakyat mau lagi kat BN!
.

Monday, May 17, 2010

Tangan APCO Meraba Kedah...

Perang saraf BN/UMNO melalui plot Wakil Rakyat melompat meninggalkan PR dan menukar kerajaan di Kedah nampaknya berjaya menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang peduli politik dan penjawat awam. Ini adalah eksesais baru untuk membina environment haram yang terpaksa diterima sebagai halal jika ia benar-benar berlaku. Ini sebahagian ciptaan APCO yang dilantik sebagai konsultant 1Malaysia BN/UMNO. Kalau nak 1Malaysia, takkan Kedah depa tak mau ambik kot?


Saya nampak eksesais ini adalah turutan (flow) yang dikembangbiak daripada isu soalan Dewan Undangan Negeri tempoh hari. Flow ini juga mempunyai carta aliran yang mencakupi banyak skop lain termasuk gerak saraf di kalangan pegawai tadbir, keselamatan, pelabur dan ahli perniagaan. Ia akan terus dipanaskan dari masa ke semasa, sehingga ada tindak balas yang mereka mahukan. Statement Chong It Chiew tentang pelabur nak lari dari Kulim HiTech Park semalam pun adalah 'buah mulut' APCO.
.
Ceramah pada 22hb Mei nanti bukanlah respon yang diingini. Ceramah tersebut boleh menutup plot lompat selama-lamanya. Sebab itu Ketua Pemuda Gerakan yang kerjanya membuat Sidang Akhbar dan menulis memorandum 'yang ketinggalan keretapi' menyampuk dan campurtangan dalam parti orang lain. Katanya ADUN2 PKR dibuli oleh PAS. Dia mahu ADUN2 PKR jangan pergi berceramah malam itu. Statement ini serentak dengan kenyatan Chong It Chiew.
.
Malam ini, saudara Naidu dari Alor Semadum menelefon saya memaklumkan dia menerima maklumat daripada kawannya seorang anggota keselamatan bahawa pihak BN sedang memasang banner di sekitar Alor Setar mendakwa DUN Kedah akan dibubarkan (lebih kurang begitulah maksud ayat-ayat yang tertera di banner - saya belum melihat kandungannya). Saya tidak pelik kerana memang kerja depa untuk mengkucar kacirkan kerajaan. Bila ada penafian dari pimpinan UMNO/BN tentang kerja buat depa menjatuhkan kerajaan melalui usaha pembelian kerusi, ia wajib dibaca sebaliknya. Pengalaman lalu mengajar kita bacaan terbalik ini.
.
Satu peristiwa baru dalam plot ini ialah perangkap yang dibuat oleh ADUN Bayu terhadap ADUN Kulim selepas sidang DUN baru-baru ini. Dia mengajak ADUN itu ke Hotel Shamila dengan mendakwa ADUN Bukit Selambau juga ikut serta, padahal Adun Bkt Selambau ada bersama saya ketika itu. Saya menerima maklumat dari informer tentang perjumpaan itu, dan saya memanggil Adun Kulim balik segera. Dia memaklumkan bahawa dia dimaklumkan Adun Bt Selambau juga ada di sana, sebab itu dia pergi untuk membincangkan hal ehwal portfolionya dan pelancongan di Baling. Selepas beberapa ketika, dia pun pulang. Itu adalah perangkap untuk menimbulkan kecurigaan ataupun membuat 'dealing', Wallahu a'lam.
.
Saya sedia maklum, Adun Bayu adalah bekas Pegawai Khas tugas-tugas Khas bekas MB (MK). Dia juga kerap mengadakan perjumpaan dengan YB Lunas sebelum Adun itu menjadi katak. Pada satu malam sebelum melompat, saya dimaklumkan dia membawa kereta rasmi exco KBN 333 ke rumah Adun Bayu. Apa yang dipersetujui dalam perjumpaan itu saya tak tahu. Selepas itu, bila tercetus kes pusat penyembelihan babi dirobohkan di Kg Berjaya, YB Lunas pun melompat. Dia rebah bersama pusat penyembelihan itu. Masa ni APCO belum timbul, sebab itu beliau melompat kerana babi! Malu la juga kan?
.
Adun Bayu juga membuat kenyataan diakhbar baru-baru ini bahawa kerajaan negeri kerugian RM200 juta dari pembalakan yang dilakukan di 400 hektar kawasan pembalakan yang salah kompartmen. Katanya pembalakan diluluskan di kompatmen 9, tapi pokok ditebang di kompartmen 8. Oleh kerana itu, kerajaan menanggung kerugian RM200 juta di kawasan seluas 400 hektar itu.
.
Saya ingin memaklumkan bahawa, pemberian kawasan pembalakan secara tander terbuka sekarang ini mendatangkan hasil kepada kerajaan sebanyak RM35 juta (harga paling tinggi ialah RM16 ribu sehektar), berbanding RM6 -RM10 juta (RM500-RM1000 sehektar) di zaman bosnya menjadi MB. Kuota penebangan di Kedah ialah 2,340 hektar setahun. Matematik sekolah mana yang dia belajar hingga kiraannya begitu baik, hingga memberi pulangan RM200 juta di kawasan seluas 400 hektar.
.
Kalau dengan kiraan Adun Bayu, bermakna sehektar kawasan balak berharga RM50 ribu, bermakna zaman bosnya menjadi MB, kerajaan kerugian RM49 ribu sehektar. Kalau 2,340 hektar, kerajaan kerugian berapa? Minta dia tolong kirakan! Kalau begitu mahal kayu balak, mengapa zaman bosnya jadi MB, kerajaan cuma dapat RM6-RM10 juta?
.
Berbalik kepada plot lompatan tadi, saya percaya ada lagi turutan (flow) dari isu-isu yang dicipta yang akan dimainkan oleh BN/UMNO Kedah untuk menggoncang kerajaan sekarang. Sebab itu, UMNO, MCA dan Gerakan menyanyi lagu dan menari dalam rentak gendang yang sama dan serentak! Saya tidak percaya BN/UMNO yang mendapat nasihat dari APCO yang menasihat regim-regim diktator seluruh dunia akan ketandusan akal untuk melawan PR di Kedah. Tapi kalau asyik mendapat nasihat daripada APCO, akal mereka sendiri akan mandul dan tandus. Sebab itu, matematik mudah dalam kes balak gagal diselesaikan dengan baik. Menarilah semua komponen BN dalam irama gendang APCO, kita tengok kaki sapa terpelecok!
.

Sunday, May 16, 2010

Ada kah lagi saki baki maruah...

Kata Mukhriz Mahadhir: BN akan ambil balik Kedah dengan bermaruah! Maka saya ajukan soalan di atas bagi mengingatkan bahawa elemen itu sudah hilang dari resepi politik kuasa BN. Kalau disenaraikan pengumuman dan tindakan BN yang menabur wang rakyat untuk memancing undi dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor dan Sibu, maruah politik mereka sudah tidak berbenih lagi.

.

Kalau saya dedahkan pertemuan untuk membuat tawaran-tawaran mereka untuk membeli ADUN2 di Kedah sejak Mei 2008, di banyak tempat, apakah mereka boleh memberi harga kepada nilai maruah? Saki baki maruah itu tersangkut dihujung kasut mereka hanya kerana tawaran-tawaran itu tidak disambut oleh ADUN2 PR yang masih ada. Maruah mereka itu sudah digadai berkali-kali, kekadang tidak tertebus, lelap begitu sahaja.

.

Bloger-bloger UMNO yang menjadi 'pak yit' gerak saraf BN melontar berbagai cerita diluar lingkungan maruah. Antaranya seorang penulis UMNO bertaraf pelacur media membawa cerita ADUN Jeneri akan melompat pada 1 Mei 2010 yang lalu. Waktu berita itu disebarkan, ADUN Jeneri sedang berucap dalam perasmian Mesyuarat Agong PAS Kawasan Sik. Saya 'berani mati' kalau ADUN2 PAS bersedia melompat! Maruah apa lagi yang ada pada pengidap sindrom kalai itu?

.

Kalau kedudukan sebagai ADUN BN dan Ketua Bahagian diguna sepenuhnya untuk mengkayakan abng ipar dalam projek2 SPNB hingga melanda ke bahagian lain, hingga menutup peluang kontraktor lain cari makan, ada maruah kah? Pemohon skim perumahan rakyat SPNB mesti dapat tandatangan Ketua UMNO Bahagian, kalau tak dapat, tak lulus! Kontraktor yang ingin memasuki tender projek-projek kerajaan pusat mestilah ahli UMNO sahaja, seolah negara ini dan segala kekayaannya hanya untuk UMNO, ada maruah ka semua itu?

.

Malam tadi ada kawan maklumkan ada blog UMNO yang mendakwa berlaku mesyuarat tergempar di Markaz PAS Yan (Jerai) untuk membincangkan langkah membubarkan DUN. Padahal semalam tu ialah pertemuan MKK seluruh Kawasan Jerai untuk taklimat perlantikan semula MKK yang akan tamat September nanti. Tak ada sangkut paut dengan bubar DUN sama sekali. Takkan nak bubar DUN nak bincang seluruh ketua kampung?

Kelakar sungguh bila BN bercakap soal maruah, lebih-lebih lagi para pemimpin UMNO. Sebenarnya, pada mereka maruah bermaksud ringgit dan sen. Dalam pergelutan kuasa politik yang sedang berlangsung sekarang, bertanya tentang rupa maruah dalam kalangan pimpinan BN/UMNO sama seperti bertanya warna kuku seorang puteri UMNO yang kudung kedua belah tangan. Ellekkk!
Oppps! Lupa nak peringat!...... Pimpinan BN/UMNO boleh mendapatkan kembali maruah anda yang telah hilang/tercicir/lelap di pajak gadai bila anda memasuki Pilihanraya Umum ke 13 dengan kekuatan parti lawan parti... harta merdak, jentera dan agensi kerajaan tidak diheret untuk memenangkan BN/UMNO. Waktu itu anda akan tahu rupa paras dan harga sebuah MARUAH! Khalaaaass!


CERAMAH UMUM - DUN KEDAH BUBAR????

YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK - MENTERI BESAR KEDAH
YB HJ AHMAD KASIM - AP KUALA KEDAH
YB S MANIKUMAR
YB LIM SOO NEE
YB TAN CHAU KANG
YB LEE GUAN AIK

.
TARIKH : 22 MEI 2010
TEMPAT : KOMPLEKS PAS KEDAH, BATU 9.
MASA : 9:00 MALAM
.
PAKAT-PAKAT MAI LAAAA...
.

Lompatan yang mengukuhkan PR...

Memang depa sedang mengatur startegi untuk mencipta Perak kedua di Kedah!!! Ini semua orang tahu, tak payah Zol Noordin nak buat gempaq. Arahan pimpinan UMNO/BN ialah walaupun tinggal 5 hari lagi untuk tamat penggal ini, dan PRU 13 akan berlaku, Kedah wajib dirampas seperti Perak! Inipun saya tahu.

Tujuannya ialah supaya semua jentera dan perkakas kerajaan negeri boleh dikudakan untuk memenangkan BN di Kedah. Tanpa memperalatkan jentera kerajaan, PAS dan PR di Kedah tidak akan tumbang! Kerana apa? Kerana BN/UMNO di Kedah sekarang sangat lemah dan lesu. Pendorong mereka, 'Vitamin M" sangat kurang dan susah diperolehi.
.
Oleh kerana nyawa perjuangan mereka bergantung sepenuhnya dengan 'Vitamin M', maka perang saraf kejatuhan Kerajaan PR dilancarkan habis habisan....dengan harapan Vitamin M akan dibekalkan sebanyak mungkin untuk menggerakkan jentera parti bagi menjayakan matlamat Perak 2 di Kedah.
.
Bagi menyediakan 'suasana'/environment kejatuhan yang 'terpaksa' diterima oleh rakyat akibat lompatan wakil rakyat PR, maka khabar angin lompatan si anu dan si anu dimainkan tiap-tiap hari. Enviroment ini mustahak supaya kegawatan di Perak dapat dikekang lebih awal...maka takkan ada orang yang sanggup tidur di depan kereta raja di Kedah. Kononnya mereka nak bina peralihan haram yang terkawal.
.
Sejak November 2008 hingga sekarang, tidak kurang daripada 7 kali perang saraf jenis ini dilancarkan, dan walaupun ada lompatan WR yang termakan umpan, Kedah tetap teguh dan kukuh. Lompatan 2 WR sebelum ini adalah proses tapisan dan pemutihan, yang tinggal adalah ADUN PR tegar dan bersih. Bahkan, mereka menerima satu pukulan paling perit di Kota Siputeh yang tak tersangka-sangka. Melengkapkan keperitan mereka ialah ADUN Gurun bercuti dari MCA kerana memprotes stail kepimpinan MCA Pusat dan negeri.
.
Sekarang tinggal 20 ADUN PR yang tak tergugat, berbanding 12 ADUN BN tercungap-cungap macam ikan sepat atas darat gara-gara kurang vitamin M, 2 ADUN 'bebas' yang tak tentu arah dan satu ADUN yang bercuti daripada parti. Siapa lebih kukuh? Perlukan saya ucapkan makasihlaaaa....noooo.... kerana membantu membina kekukuhan PR di Kedah kepada pihak belah sana?
.
Saya nasihatkan UMNO/BN lupakan saja niat dan matlamat memperalatkan jentera kerajaan untuk menang dalam PRU 13, kerana semua kakitangan awam di Kedah sekarang sudah ada pilihan sendiri. Mereka sudah diperlihatkan sebuah kerajaan yang jauh lebih baik, apabila mereka dibebaskan dari kepungan akujanji paksa di zaman BN. Apa mereka lupa...hakikatnya ialah BN dan UMNO Kedah tumbang disaat mereka menguasai semua aparatus kerajaan negeri dan pusat dalam PRU 12 yang lalu.
.
Usaha merampas Kedah secara haram sejak November 08 hanyalah kerana bekalan Vitamin M, ia langsung tiada kena mengena dengan ketuanan melayu atau survival politik melayu... ketagih vitamin M hanya dialami oleh pengidap barah 'materialistik terlampau' yang merebak luas dalam UMNO/BN sekarang. PR masih bebas dari virus barah itu....
.

Tuesday, May 4, 2010

'Mengkalaikan' NGO dan Parti Yang Sealiran Dengan 'Kegilaan' Kalai

Sekali sekala muncul pun 'gila' sakan si Kalai ni… dia ni antara spesis Ketua Bahagian PKR yang paling awal membuat lompatan kerana duit. Dia berduit dari lompatannya pada pilihanraya Bukit Selambau gara-gara tak dapat jadi calon. Masa dalam PKR pun macam-macam dia tuntut sebaik saja PR menubuhkan kerajaan di Kedah. Dia calon DUN Gurun yang kalah kepada Dr Leong Yong Kong. Kata seorang pengundi Gurun, kalau bukan Kalai, Dr Leong tak akan menang!
.
Kali pertama dia datang ke Pejabat MB minta jadi Senator. Lepas tu dia bawa senarai kawan dan keluarga dia minta jadi ahli majlis. Lepas tu bawa senarai untuk orang dia dilantik jadi ketua kampong (MKK). Antara permintaan dia ialah ‘orang-orang dia' di Gurun minta jadi Ahli Majlis Daerah Yan, kerana MPSPk sudah penuh. Puas juga nak explain kat dia bahawa pembahagian kerusi Ahli Majlis dibuat di peringkat parti, bukan dibuat atas dasar kawan dan keluarga.
.
Lepas tu bawa senarai untuk dilantik ke MKK, antaranya menjalar hingga keluar DUN Gurun, malah sampai ke Dun Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeneri dan Tanjong Dawai. Saya katakan MKK ialah ketua yang dilantik di kalangan orang tempatan yang dikehendaki oleh penduduk kampong itu, tak boleh sama sekali orang Gurun nak jadi MKK di Bukit Selambau.
.
Pernah satu ketika, rombongan dia seramai 50 orang penuh di Tingkat 3, Blok A, Wisma darul Aman, kononnya, ramai orang sokong cadangan dia untuk Ahli Majlis dan MKK….kelammm!
Satu hari tu, saya dah tak dapat melayan meroyan depa, saya minta tunggu di bilik Ust Hasan Razak di sebelah, Bila Ust Hasan datang ke pejabat esok hari, pejabat dia ‘cerah’, termasuk notepad yang dok dalam laci. Saya sungguh tak sangka!
.
Entah macam mana, ada orang-orang dia terlantik sebagai Ahli Majlis, antaranya isteri dia di MPSPk. Ada yang jadi MKK. Bila dia dan kaum kerabatnya istihar keluar PKR masa PRK Bukit Selambau, depa itu pun turut bermasalah.
.
Seingat saya, bukan sekali dia jumpa Menteri Besar untuk minta jadi Senator. MB jawab bukan hak MB untuk tentukan senator dari PKR. Kerusi itu cuma dua, satu untuk PKR satu untuk PAS. Dia kena berbincang dengan PKR Pusat. Dia jadi marah.
.
Kali keempat dia datang, dia minta peruntukan daripada MB untuk memasang peti aduan berjumlah 700 unit di seluruh DUN Gurun. Bentuk dan fungsinya macam peti POS. Kosnya seunit RM300. Saya tergelak sakan, hairan! dari mana dia dapat idea ‘gila’ tu. Sapa nak kutip kertas aduan dalam tu? Saya bertanya. Dia kata dia dah lantik petugas (macam posmen la kot) untuk buat tugasan itu. Saya pun siasat sapa punya idea. Akhirnya YB Arumugam (Exco waktu itu) memberi tajuk filem tamil dan nama heronya sekali yang buat ‘kerja’ tu di layar perak filem tamil. Saya tersemboq Nescafe di bilik YB Aru.
.
Kali terakhir dia datang minta jadi calon Bukit Selambau. MB tak mau jumpa dia membuatkan dia berang. Habis dia maki hamun. Katanya MB sombong dan angkuh kerana tak mau berjumpa rakyat macam dia. Saya katakan bukan kuasa MB untuk tentukan calon PKR Bukit Selambau, ia diputuskan oleh Dato’ Seri Anwar dan PKR Pusat. Saya minta dia ‘melobi’ ke Kuala Lumpur, tempat dia cari makan sewaktu menjadi ‘aktivis masyarakat’. Saya kenal dia sewaktu Gerak dilancarkan di kuala Lumpur pada tahun 1998, dia pakai seluar dan jacket jeans dan pasang tags (batch) penuh badan. Ada kepala lembu, ada ISA, ada suaram, ada macam-macam lagi. Rambut dia….ayo-yo…Alpro maksimum. ‘Maggi pun bukan, sarang tebuan pun bukan…lebih dari itu….
.
Semalam dia muncul lagi. Kali ni dengan idea yang lebih gila dari peti cadangan tepi jalan di Gurun dulu. Nak melucutkan kerakyatan YB Kubang rotan pulak! Aiyo-yo!...
.
YB Firdaus Jaafar masih menyimpan video pengakuan seorang apek tua di Padang Lembu yang memberi RM12 ribu kepada Kalaivanar (pendahuluan) untuk membeli sebidang tanah lot kediaman di Pekan Gurun yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada Kalai (kononnya). Duit tu dikirimkan anaknya yang bekerja di Vietnam atau Kemboja. Kasihan sungguh orang tua itu dikerjakan oleh Kalai. Ada berpuluh cek tendang milik Kalai yang disimpan orang pernah dikenakannya.
.
Sapa-sapa yang tumpang sekaki dengan Kalai kelmarin atau tumpang 'beli' lompatan dia dalam PRK Bkt Selambau memang dalam bahaya. Kalau tak sebodoh kalai pun, tempias kebodohan maksima itu pasti terpalit juaaaa….jaga-jaga ! Rambut saja nampak lain, orangnya tetap sama!
.

Monday, May 3, 2010

Ketua Kelab Penyokong sokong soalan YB Nasir

Dipetik dari www.wartakedah.net

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Soalan 'panas' yang dikemukan oleh ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa adalah wajar bagi menjelaskan kepada umum mengenai bidang kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuangku Sultan yang mutakhir ini dilihat telah diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu sepertimana yang dipaparkan di akhbar.

ADUN Bandar Baharu, YB Ustaz Yaakub Hussin menjelaskan bahawa YB Mohd Nasir ada hak untuk mengajukan soalan yang dikatakan mempertikai kuasa KDYMM Tuanku Sultan oleh pembangkang (BN).

"Jika diteliti dan fahami betul-betul, soalan ini hanya memerlukan penjelasan serta maklumat agar ADUN lain tak campur tangan bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan dan perlu dihormati oleh semua pihak di Kedah mahupun luar Kedah.

"Sekarang ini kita dapat lihat sudah ada tanda-tanda seperti yang tersiar dalam akhbar, kuasa KDYMM Tuanku Sultan telah dicampur tangan dan jika ianya dibiarkan, semakin bertambah, maka ia akan merosakkan hubungan baik antara kerajaan dengan istana," jelas beliau yang juga merupakan Ketua Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kedah.

Tambah beliau, pembangkang (BN) sengaja mencetuskan kontroversi agar soalan ini tidak jawab bagi menyembunyikan isu sebenar perihal campur tangan mereka dalam pentadbiran agama Islam negeri Kedah.

"Saya tak fikir soalan yang mudah ini tak difahami oleh mereka (BN), jika soalan ini dibenarkan oleh YB Dato' Speaker mungkin mereka menerima tamparan daripada jawapan itu.

"Dari awal lagi mereka cuba cari jalan untuk pintas daripada soalan ini dijawab agar tidak dibangkitkan dalam dewan, sebab yang terlibat adalah daripada pihak mereka (BN) yang mana mereka membuat provokasi agar imam-imam tidak mengisi borang M4," ujar beliau.

Salah guna kuasa oleh kerajaan dulu

Wartakedah 27 April 10

Oleh Azman Ahmad

Alor Setar – “Kos anggaran pembinaan logi air sebenarnya lebih murah, ianya tidak sebagaimana di nyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Pantai Merdeka. Kos yang sebenarnya hanya RM1 juta untuk loji yang kapasitinya dapat menampung 1 juta liter air,” kata YB Dato’ Amiruddin Hamzah semasa menjawab soalan tambahan dari ADUN Pantai Merdeka YB Haji Abdullah Jusoh (PAS – Pantai Merdeka).

Abdullah bangun untuk mendapatkan penjelasan berkenaan kos pembinaan loji pembersihan air Padang Sanai Baru. Kapasiti loji berkenaan yang dianggarkan mempunyai kapasiti 50 juta liter air sepatutnya berharga RM100 juta sebagaimana kos anggaran RM2 juta bagi setiap kapasiti 1 juta liter air, tetapi kos sebenar pembinaan loji Padang Sanai Baru yang memcecah lebih RM155 juta.

YB Dato’ Amiruddin kemudian menjelaskan bahawa kos anggaran sebenar bukanlah RM2 juta tetapi hanya RM1juta bagi loji yang mampu menampung kapasiti 1 juta liter air.

“Kerajaan tidak dapat memberi penjelasan kenapa kos pembinaan loji Padang Sanai Baru meningkat sehingga lebih RM155 juta. Mungkin pihak di sebelah sana (pembangkang) dapat menjelaskannya kerana dahulu mereka yang menjadi kerajaan.

"Peningkatan kos pembinaan Loji Padang Sanai kepada RM155 juta menjadikan kos asas menjadi RM3 juta untuk kapasiti 1 juta liter air."jelas YB Dato’ Amiruddin.

"Projek pembinaan Loji Padang Sanai ini adalah melalui tender rundingan terus oleh kerajaan terdahulu" jelasnya lagi

Loji berkenaan, katanya, sudah hampir siap dan dijangka akan beroperasi sekitar bulan Mei setelah selesai kerja-kerja elektrik di loji berkenaan.

YB Dato’ Seri Mahadzir Khalid sempat mencelah menyatakan ketua kerajaan yang sebelumnya yang terbabit membina loji tersebut

****************************************

Kalau kos asal RM50 juta, lagi RM100 juta sapa ambik?

Tok Det kata ketua kerajaan dulu dah bersara dari politik.... hahahhaha