Saturday, March 27, 2010

Alhamdulillah...depa dah rancak membayar

Alhamdulillah..saya dimaklumkan bayaran di kaunter wisma sahaja mencecah RM30,000 sehari sekarang ni. Jumlah minimum RM15 ribu sehari. Sebelum ni kerani kaunter menguap sakan dok tunggu orang, nak dapat tiga ribu sehari pun sakitt, lani tak menang tangan laaa... Kaunter di daerah juga bergerak cergas. Terima kasih kepada semua penghuni PAKR yang terjaga dari buaian mimpi lama.
.
Dua tiga hari lepas, ada kaunter bayaran menerima bayaran sekaligus RM24,000. Selesai!!! semua sekali. Alhamdulillah... tak gadoh dok pi ketuk pintu hantar notis. Masa ibu bapak dapat rumah tu barangkali memang susah, kini anak-anak dah ada keupayaan membayar, pakat-pakat la tolong settle bayaran rumah. Rabu lepas MB maklumkan rundingan sedang dibuat dengan dua buah bank untuk menguruskan kutipan.
.
Minggu lepas saya berceramah di Taman Wira, bila saya umumkan bayaran yang diterima di kaunter-kaunter bayaran Bahagian Perumahan SUK, hadirin bertepuk tangan. Tak dak sapa yang suruh tepuk, tapi depa seronok kerana yang liat sudah mula membayar. Yang tepuk tu tentu yang tak puas hati kerana mereka saja yang bayar, orang lain tak. Bila semua dah pakat bayar, baru lah adil namanya... Ada yang mai bayaq sehari dua kali! Apa ada dalam kepala dia saya tak tau...
.
Inilah langkah yang efisyen dari kerajaan yang efektif. Pemuda yang berdemo hari tu kata kerajaan tak reti buat kerja hingga nak serah kepada bank. Hari ni nak kata apa pulak? Orang ramai hanya perlu sedikit kejutan dan peringatan, mulalah mereka membayar. Terima kasih sekali lagi. Kedah Sejahtera nikmat Untuk Semua!
.
.

1 comment:

  1. Salam, tahniahla kat semua orang wisma dengan peringatan tersebut. Bukan senang nak suruh orang mai bayaq hutang tapi bila lepa mai dengan sukarela tu maknanya sedikit nur dan iman telah kembali ke tubuh badan mereka.

    Aku sendiri juga ada hutang macam-macam tapi orang rumah selalu duk peringat suruh pi bayaq macam tu mana-mana atau sapa-sapa pun yang berhutang.

    Setakat surat lawyer mai rumah nak ambik tindakan tu aku sendiri dah lali dan dengar surat itu jugala aku ikhtiaq cari duit pi bayaq hutang. Tapi dalam kes ini, kalau lepa mai bayaq sendiri tu kira hebatla kerana sendiri sudah sedaq.

    Apa pun tahniah sekali lagi kepada pihak pengurusan tersebut. Allah hu Akhbar

    ReplyDelete