Saturday, March 27, 2010

Alhamdulillah...depa dah rancak membayar

Alhamdulillah..saya dimaklumkan bayaran di kaunter wisma sahaja mencecah RM30,000 sehari sekarang ni. Jumlah minimum RM15 ribu sehari. Sebelum ni kerani kaunter menguap sakan dok tunggu orang, nak dapat tiga ribu sehari pun sakitt, lani tak menang tangan laaa... Kaunter di daerah juga bergerak cergas. Terima kasih kepada semua penghuni PAKR yang terjaga dari buaian mimpi lama.
.
Dua tiga hari lepas, ada kaunter bayaran menerima bayaran sekaligus RM24,000. Selesai!!! semua sekali. Alhamdulillah... tak gadoh dok pi ketuk pintu hantar notis. Masa ibu bapak dapat rumah tu barangkali memang susah, kini anak-anak dah ada keupayaan membayar, pakat-pakat la tolong settle bayaran rumah. Rabu lepas MB maklumkan rundingan sedang dibuat dengan dua buah bank untuk menguruskan kutipan.
.
Minggu lepas saya berceramah di Taman Wira, bila saya umumkan bayaran yang diterima di kaunter-kaunter bayaran Bahagian Perumahan SUK, hadirin bertepuk tangan. Tak dak sapa yang suruh tepuk, tapi depa seronok kerana yang liat sudah mula membayar. Yang tepuk tu tentu yang tak puas hati kerana mereka saja yang bayar, orang lain tak. Bila semua dah pakat bayar, baru lah adil namanya... Ada yang mai bayaq sehari dua kali! Apa ada dalam kepala dia saya tak tau...
.
Inilah langkah yang efisyen dari kerajaan yang efektif. Pemuda yang berdemo hari tu kata kerajaan tak reti buat kerja hingga nak serah kepada bank. Hari ni nak kata apa pulak? Orang ramai hanya perlu sedikit kejutan dan peringatan, mulalah mereka membayar. Terima kasih sekali lagi. Kedah Sejahtera nikmat Untuk Semua!
.
.

Thursday, March 11, 2010

Demontrasi Isu Air... Nak Jadi Hero atau Buka Pekung Di Dada?

Petang tadi ada kawan foward sms mengajak orang ramai berdemontrasi depan wisma pagi esok atas isu air, kata mereka, Kedah ada 4 empangan besar, tapi air sering tak ada, kotor dan keruh. Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang baru diwujudkan sebagai badan pelaksana/operator di negeri Kedah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) diterjemahkan sebagai "Syarikat Air Dato' Azizan". Maka diseru orang ramai bawa baldi dan timba untuk diserahkan kepada YAB MB esok.
.
Seingat saya, sejak awal mengambil alih kerajaan ini YAB telah mengutarakan isu yang sangat besar untuk diangkat oleh kerajaan dan rakyat Kedah iaitu: Kedah harus dibayar RM100 juta setahun atas pengorbanan kerajaan dan rakyat menyediakan bekalan air bagi kegunaan pertanian di utara semenanjung. Ia disebut Carbon Money atau Payment Of Environment Sevices (PES). Dengan air yang ditakung dalam empangan di Kedah, yang ditadah oleh hutan-hutan yang tidak diusik di negeri ini, maka sektor pertanian khususnya padi dapat ditanam 2 kali setahun di kawasan MADA Kedah dan Perlis hingga Pulau Pinang. Air Kedah juga menjadi sumber kegunaan domestik dan industri di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Hasil dari pertanian dan industri ini kebanyakannya mengalir kepada Kerajaan Pusat dalam bentuk cukai dan penyumbang kepada KDNK.
.
Kedah menjadi jelapang padi kerana tadahan air ini, Pulau Pinang berjaya mengangkat Syarikat Pengurusan Bekalan Airnya ke papan Utama Bursa Malaysia kerana sumber Air Kedah. 63% beras untuk rakyat Malaysia datang dari jelapang padi yang disalirkan oleh air Kedah. Maka, pengorbanan rakyat Kedah untuk negara harus dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan peruntukan RM100 juta setahun. Tapi tak ramai rakyat Kedah bangkit menyokong tuntutan ini. Masa BN memerintah dulupun, tuntutan ini tidak diperjuangkan sepenuhnya, walaupun dari satu bakul politik yang sama.
.
Timbalan Menteri Pertanian & Asas yani dari Jitra yang kurang cermat itu tiba-tiba membuat kenyataan menghentam Kerajaan Negeri akibat isu air dengan berkata walaupun kemarau bertahun-tahun, bekalan air di Kedah tak akan terjejas kerana Kedah banyak empangan. Dia terlupa empangan itu untuk pengairan pertanian yang dibawah kementeriannya. Alangkah malangnya kementerian itu!
.
Minggu sudah, SADA memohon JPS melepaskan takungan dalam Empangan Beris ke Sungai Muda kerana banyak( inlet) rumah pam sudah tergantung kerana air sungai surut kerana kemarau. Akibat kepanasan yang melampau, berlaku banyak kehilangan air proses pemeluapan dan NRW (Non Reveniew Water). Rumah pam dan tangki SADA sudah beroperasi pada tahap maksimum, kalau ditambah lagi pressure ke atas kelengkapan ini, ia boleh rosak sepenuhnya.
.
Ini musim kemarau! Negeri-negeri lain seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan sudah melaksanakan catuan air. Syabas di Selangor adalah antara operator air terbaik negara waktu ini juga menghadapi masalah hingga terpaksa mencatu bekalan air. 20 liter padu pertama air di Selangor adalah percuma.
.
Masalah air di Kedah sekarang tidak ada sangkut paut dengan kelemahan pengurusan kerajaan sekarang ataupun kelemahan 'Syarikat Air Dato' Azizan'. Ia bersangkut dengan musim kemarau panjang di seluruh negara.
.
Johor adalah negeri kelahiran UMNO, kalau parti itu cekap, mengapa Johor juga menghadapi krisis, sedangkan operatornya juga antara yang terbaik waktu ini, dan Johor adalah pembekal air kepada Singapura? Negeri 9 tidak diperintah oleh selain dari BN, tetapi kena mencatu air sekarang. Maka, tak perlulah menyalahkan siapa jadi parti pemerintah sekarang kerana parti tak boleh mengawal cuaca. Kemarau dicipta oleh Yang Maha Pencipta, Pemilik Dunia ini.
.
Kalau nak juga menyalahkan parti juga, saya ingin katakan semua prasarana dan infra air di Kedah sekarang dibuat di zaman BN, dengan jumlah hutang RM1.6 bilion kepada kerajaan pusat. Banyak paip sudah berkarat dan sering pecah. Malah, prasarana dan infrastruktur air yang sepatutnya berada 5 tahun dihadapan unjuran keperluan air domestik, kini sedang berada di belakang! Bijakkah parti dulu itu?
.
Bekalan dan pengurusan air di Langkawi yang diswastakan kepada sebuah syarikat kroni MCA mendatangkan kerugian kepada kerajaan negeri hampir 20 sen bagi setiap liter. Hingga 2020, unjuran kutipan hasil tahunan ialah RM35 juta, tetapi kerajaan kena bayar kepada syarikat itu lebih RM70 juta setahun. Cerdik kah parti yang memerintah dulu itu?
.
Silalah datang berdemontrasi esok dan jeritlah kelemahan kerajaan sekarang kalau mahu didedahkan lagi kelemahan dan kepincangan orang dulu-dulu. Dan berharap lah dengan bersungguh-sungguh timba dan baldi yang dijinjing itu dapat menamatkan musim kemarau sekarang. Jangan dipecahkan pula, nanti baldi itu boleg diguna untuk menimba air yang melimpah ke dalam bilik tidur kerana banjir! Orang Jitra yang jadi Timbalan Menteri tu suruh lepaslah air di semua empangan untuk minum, memasak dan membasuh, sawah bendang tak akan kering kontang, kerana Dato' adalah Timbalan Menteri yang bijaksana! Kerajaan Pusat, bayarlah RM100 juta atas pengorbanan rakyat Kedah, prasarana akan lebih baik, Kedah akan Sejahtera.....

Wednesday, March 10, 2010



NAMA EXCO & PORTFOLIO

1. YAB. DATO’ SERI USTAZ AZIZAN BIN ABDUL RAZAK
Menteri Besar Kedah Darul Aman
Pengerusi J/K Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi & Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Keselamatan Negeri, Kewangan, syarikat Milik Kerajaan
.
2. YB. DATO’ IR HAJI PHAHROLRAZI BIN HAJI ZAWAWI
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan.
.
3. YB. DATO’ HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Agama, Pelajaran dan Koperasi
.
4. YB. DATO’ IR AMIRUDDIN BIN HAJI HAMZAH
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Industri & Pelaburan, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi. Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga
.
5. YB. DR. HAJI HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Belia & Sukan, Kesenian & Warisan, Kebudayaan
.
6. YB. USTAZAH HJH SITI ASHAH BT HAJI GHAZALI
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat
.
7. YB. DR. ISMAIL BIN SALLEH
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan. Sains & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi
.
8. YB. ENCIK MANIKUMAR SUBRAMANIAN
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam.
.
9. YB. ENCIK LIM SOO NEE
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Perdagangan dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia.
.
10. YB. USTAZ HAJI ABD GHANI BIN AHMAD,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Penerangan, Pembangunan Usahawan.
.
11. YB. TAN JOON LONG @ TAN CHOW KANG
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan.

Sah lah Pencabar Debat Tu Main-main saja.......

Saya kata pokok jantan ni tak berbuah, selalunya berbunga lebat, tapi pokok betina berbuah sakan, di kemereh semula, tunggu bunga tahun depan pula. Kalau pokok betik jantan, boleh la kepak bunga dia tu rebus buat ulam, tapi pahit bedengung, selalunya kalau pokok jantan ni orang tebang tauk buang...perabih baja saja.
.
Padijantan yang membuat cabaran debat saya dengan Sobri Sudin, tiba-tiba tunjukkan kedaifan dia yang sebenar, debat dikatakan juga 'brain stroming'. Dengan kejahilan dalam perkara asas debat ini, maka saya simpulkan padijantan bukan Sobri Sudin, kerana saya tahu Saudara Sobri Sudin lebih bijak dan cerdik dari itu. Betullah kata kawan-kawan, melayan depa ni, termasuk kalaupun dia benar-benar Sobri hanya membuang masa. Masakan debat dengan brain storming pun tak tau. Macam mana nak berdebat??
.
Bila saya minta hubungi Setiausaha Pemuda yang saya percaya boleh mengaturkan debat ini menjadi nyata, dia kata tak ada pun sapa-sapa mai jumpa atau tulis surat atau e-mail dia. Kalau tak bersunggunh, jangan mula mencabar orang, kan?
.
Saya buka ruang comment di blog saya ini untuk kita mula berdebat di alam maya, dengan tajuk kedah sejahtera, tapi dengan hujjah dan bahasa yang bersopan dan bertamaddun. Kalau maki hamun, saya yak akan layan. Saya mula dengan saudara padi jantan dulu, sebab dia tetamu... silalahhhh!. Saya akan jawab bila saya ada masa mengadap ketoi komputer ni..
.

Tuesday, March 9, 2010

Ada orang ajak debat la pulak....

Barangkali musim ni musim orang mengajak kawan dan lawan berdebat, maka ada pelawat blog saya yang guna nama padijantan pun ajak saya berdebat, istilahnya mencabar saya berdebat! Di Pulau Pinang kelmarin pun ada orang buat laporan polis gara-gara ada orang gantung banner program debat dengan pemuda Pakatan Rakyat, tapi orang tu nak debat dengan ketua menteri sahaja. Depa tak mau kuda KM yang mai.
Berdebar juga saya baca cabaran orang tu, maklumlah padijantan...tapi saya teringat selalunya pokok jantan ni tak berbuah, cuma berbunga saja. Padijantan guna nama Sobri Sudin, orang yang ada dalam gambar yang saya post dalam blog. Dia bersyarah masa mini demo perumahan Awam Kos Rendah Mergong hari tu. Betoi ka ni? Atau orang saja nak kenakan saya dengan Sobri Sudin.
Kalau betul, saya tabik lah kat Saudara Sobri Sudin ni. Sudah penat membela saudara mara yang berhutang dengan bahagian perumahan, nak berdebat tajuk Kedah Sejahtera pula. Demi Apa? Wallahu a'lam. Saya tak berapa kenal hamba Allah ni, cuma dengar cerita budak-budak kolej dan orang pokok sena sikit-sikit pasal dia. Setiausaha Akhbar MB la ni mungkin kenai baik sebab depa sama-sama bekas pelajar kolej. Setahu saya dia lebih tua daripada saya.
Tak apa lah, kalau betul, saudara boleh hubungi Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Di alamat Pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Kompleks PAS Batu 9, untuk aturkan tempat, masa, format dan moderatornya. Harap-harap bintang saudara akan kembali bersinar.

Tuesday, March 2, 2010

Gambar sekitar mini demo kelmarin


Selamat datang ke medan baru politik... payah juga nooo...







Wakil penduduk serah memo... disambut dengan ramah dan mesra

Orang bawah ni nampak garang pulakkk...



Antara banner yang direntang...



Perancang import demontrasi PAKR Mergong.

Demo PAKR ada 30 Orang...dua orang dalang import


Pagi tadi ada 30 orang peserta demontrasi berhimpun di depan wisma nak serah memorandum bantahan pasal kes PAKR Mergong. Mereka ni nampak macam tak pernah berdemo kecuali 2 orang, sorang tu pernah jadi Setiausaha Akhbar MB zaman Syed Razak, sorang lagi anak kepada bekas Setiausaha Kerajaan. Saya pernah menulis tentang 2 tokoh pemuda UMNO ni sedikit masa dulu, sorang tu mengadu kat pak dia suruh saya berhati-hati. Saya jawab kat messenger pak dia, kalau tak mau berlaga dengan saya, jangan main politik, kalau nak juga, bersedialah untuk bertembung. Kalau tak mau bertembung, masuk PAS. Tak kan dah besaq macam tu pun sembunyi bawah ketiak pak juga?

.
Sobri Sudin yang pernah menulis dalam Utusan sebagai penulis bebas menghentam Kerajaan Negeri tiga minggu sudah pun bersyarah sakan pagi tadi…saya tak sangka dia pun dok rumah murah tu, dan mungkin termasuk dalam kelompok orang tak bayaq sewa, kalu tidak, buat apa dia bising sangat. Depa yang sepatutnya ‘kaya’ ni (kononnya) membela penghuni yang tak bayaq hutang rumah, ada antara mereka yang tak pernah bayaq langsung sejak 1986 sampai sekarang. Keengganan mereka membayaq sewa ni menyebabkan kerajaan menanggung tunggakan RM23 juta, RM6 juta dari Mergong sahaja.

.
Bhgn Perumahan sudah berlembut melanjutkan tempoh bayaran dari 25 tahun kepada 30 tahun. Sepatutnya, berdasarkan perjanjian, selepas10 tahun, kadar bayaran dinaikkan dari RM100 kepada RM120, tapi ia tidak dinaikkan untuk beri mereka peluang membayar ikut jadual. Bagi yang sudah selesai menjelaskan, sudahpun diberikan geran rumah, ada yang buat pinjaman semula ke bank, dan bank luluskan pinjaman RM25 ribu atas rumah itu. Lebih daripada 10% dalam kelompok ini.

.
Bagi yang bayar ikut jadual, baki masing-masing hanya sekitar RM8,000 sahaja lagi, yang tak bayar langsung, maaf cakap la kan…tak kan ada keistimewaan khas berbanding orang lain, tak patut la macam tu. Ada 1,970 penyewa unit-unit PAKR di Mergong, sepatutnya semuanya dilayan sama rata. Renovate rumah sakan-sakan, pegang jawatan besaq dalam parti dan kerja pun bauk-baik, awat tak mau bayaq sewa rumah. Cuba pi sewa rumah sapa-sapa dan cuba tak bayaq 3 bulan, tengok jadi lagu mana? RM100 saja sebulan, bil astro pun lebih mahal dari itu, kan?

.
Memorandum depa berasaskan 5 perkara, antaranya menuduh kerajaan negeri lari dari tanggungjawab mewujudkan mekanisme berkesan untuk mengutip sewa! Lawaknya!! Yang orang lari dari tanggungjawab membayar sewa dan hutang, depa pi bela pulak… yang cari jalan kutip hutang depakata lari dari tanggungjawab! Akibat keengganan membayar sewa itu, kerajaan tak dapat guna sumber itu untuk buat lebih banyak PAKR untuk golongan lain yang memerlukan. Terdapat 23,000 permohonan untuk memiliki rumah kos rendah di Kedah… sapa pulak nak bela saudara-saudara kita ni.

.
Memorandum tu juga sebut kerajaan bertindak zalim terhadap orang tua dan OKU yang kais pagi makan pagi, dengan tindakan menyerahkan kutipan kepada bank. Saya ingin tegaskan, bagi golongan yang berada dalam kelompok ini tidak sampai 10% jumlahnya di skim itu. Bahagian Perumahan SUK telah berusaha mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi golongan ini, malah mereka turut dibantu dari segi kewangan. Rumah mereka langsung tiada ubahsuai, tiada Astro, tiada kereta besar…mereka patut dibantu, dan ia memang telah dilakukan.

.
Ada pihak yang menyewakan pulak rumah mereka kepada pelajar Insaniah pada kadar RM300 sebulan, tapi hutang dengan Bhgn Perumahan RM100 sebulan tak pulak dibayar, yang jenis ni nak kata lagu mana? Ada yang tak bayar sewa tu peniaga restoren depan ASK, baru-baru ni ubahsuai kedai dia bukan main hebat, dan dia pun mai demo tadi. Nak kata lagu mana kat orang macam ni?

.
Saya simpulkan bahawa, langkah yang diambil kerajaan itu tepat dan adil, kerana sejak beberapa hari lalu, kaunter bayaran Bhgn Perumahan di Wisma penuh, sibuk dan tak lengang dengan pembayar sewa. Boleh bayaq pulak dah?

.
Kata Pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ini, oleh kerana mereka menuduh kerajaan tidak adil, zalim dan lari dari tanggungjawab, maka semua penghuni yang menandatangani memorandum tadi akan dibawa ke mahkamah, tempat mendapatkan keadilan bagi semua orang…tunggulaaaaa!!! Panggil la orang yang bersyarah sakan pagi tadi jadi ‘pembela’ di mahkamah nanti.

p/s: Maaf laaa, bahasa tak berapa haluih…belajaq kat orang koolaaa…


Monday, March 1, 2010

Depa nak tolong cetak manifesto PAS la Pulak...

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Kajian Pelaksanaan manifesto, dalam tempoh 23 bulan, pelaksanaan manifesto sudah mencapai 68%. Dalam baki masa yang ada, ia boleh mancapai 95%, dan memang terdapat kandungan manifesto yang tidak boleh dilaksanakan setelah kita menguasai kerajaan. Ini gara-gara ia dirangka sebelum parti menguasai kerajaan, dalam keadaan kita belum tahu kekangan dan halangan yang ada dari berbagai aspek.
.
Contoh hal yang tidak dapat dilaksanakan ialah pemberian cuti bersalin selama 3 bulan kepada kakitangan awam wanita yang melahirkan anak. Hal ini telas dijelaskan oleh YB Ustazah Siti Aisyah Ghazali dalam sidang DUN yang lalu. Pidak kerajaan telah mendapat nasihat dan pandangan dari Pejabat Peguam Negara dan JPA bahawa pelaksanaannya akan menjejaskan skim persaraan dan kadar pencen kakitangan terbabit. Akan berlaku pengurangan kadar pencen yang akan diterima kaitangan tersebut, dan kerajaan negeri harus menampung jumlah itu jika cuti 3 bulan dilaksanakan. Berdasarkan kedudukan kewangan semasa,hal ini belum dapat dilaksanakan di Kedah.
.
Kenapa tiba-tiba saya menulis tentang manifesto? Saya dimaklumkan ada 'orang' yang ada banyak duit (yang tak tau nak buat kerja lain dengan duit tu) akan mencetak manifesto PAS (yang dikatakan manifesto Pakatan Rakyat) untuk diedarkan sebagai bahan 'psywar' (perang saraf). Di setiap kandungan manifesto itu ada ruang untuk orang ramai menanda 'YA"' atau "TIDAK' dalam pelaksanaan kandungan manifesto PR di Kedah. Yang saya tak setuju tu sebab kos kerja buat depa ni ditanggung oleh sebuah agensi kerajaan, duit kerajaan pusat pun duit rakyat Kedah juga. Kalau nak lancar perang kepada PAS atau PR, gunalah duit UMNO/BN.. barulah gentleman.
.
Saya katakan terima kasih lah kerana sering memberi ingatan tentang hal itu, dan kita masih punya masa untuk melaksanakannya mengikut kemampuan semasa. Tapi kalau sudah mencapai tahap 68% dilaksanakan, ia sudah cukup baik.
.
Kata seorang pemimpin UMNO kepada saya, kami dulu hanya akan bercakap tentang manifesto di tahun pertama, laksana atau tidak, di tahun kedua ia akan dilupakan...bezanya masa kami dulu, hampa (PAS) tak tengok benda tu, kami pun senyap laaaa. Tahun kedua dan ketiga kami akan laksanakan langkah-langkah yang mengundang risiko dan kontreversi...benda-benda yang rakyat marah dan pembangkang akan bising.... tahun keempat, kami akan jadi 'baik' dan beri 'gula-gula' kepada rakyat. Mai pilihanraya, kami menang lagi..
.
Saya kata ... Kerajaan sekarang tak akan guna kaedah 'period' seperti itu, kerana setiap hari, setiap bulan, setiap tahun kita menggalas amanah. Kita telus dinilai oleh rakyat sepanjang tahun, sepanjang penggal. Kita tak bermain silap mata dengan amanah rakyat. Yang boleh buat, kita buat, yang belum mampu, kita cuba dari masa ke semasa. Di hujung penggal, biarlah rakyat nilai kita berdasarkan prestasi selama kita jadi kerajaan, bukan hanya ambilkira tahun 'gula-gula' saja. Kalaupun rakyat lupa, tapi Allah s.w.t ada.
.
Yang nak tolong cetak manifesto tu, jimat la duit tu bagilah kat orang susah... kalu nak tolong bayaq sewa rumah kat orang mergong pun baguih juga... boleh tolong YB depa yang buat janji manis dulu tu. Tak payah la dok cetak 'Bulan Retak Seribu ka, 40 dalil ka..yang semua tu akan jadi senjata makan tuan..tak caya try la tengok. Khalasss!
.

Perumahan Awam Kos Rendah... Dosa Parti Itu...

Selepas 2 hari keluar di TV cerita Perumahan Awam Kos Rendah di Mergong, saya dapat banyak sms menyokong tindakan kerajaan mengambil langkah yang sudah diputuskan. Terima kasih kepada Pendekar Gunung Kriang dalam posting yang saya baca (dan salin) dari KedahLanie.

Pegawai yang bertanggungjawab dalam hal perumahan awam di Kedah memaklumkan, di PAKR Mergong sahaja, tunggakan bayaran berjumlah RM6 juta, dan di seluruh negeri tunggakan berjumlah RM23 juta. Yang tak bayaq hutang ni...bila mati esok lagu mana tuan? Beliau bertanya dengan geram. Kita nak depa sejahtera, bukan atas dunia sahaja (sebab dapat duduk rumah free) tapi lepas mati pun kena ambil kira jugaaaa...

Ada satu trend di kalangan penghuni yang keluar TV malam tu… ramai yang sms saya menyatakan perkara yang sama… cara mereka bercakap dan penampilan mereka membawa imej sebuah parti melayu… malas la nak tuduh, tapi ramai yang berpandangan begitu. Mungkin inilah jenis pentadbiran parti itu waktu dulu… janjikan rumah percuma kepada penyokong dan pengundi mereka, tapi kerajaan yang tanggung beban. Hal ini perlu dihentikan! Sudahlahhhhh…

Kata YAB MB, kita mahu buat lebih banyak rumah kos rendah untuk rakyat dengan bayaran yang diterima dari penghuni sekarang. Dengan RM23 juta, kita boleh bina lagi 1,277 unit rumah awam kos rendah… bayangkanlah berapa ramai yang boleh mendapat kemudahan asas ini, kalau depa semua faham… kalau 5 orang dapat berteduh di sebuah rumah, 6,388 orang akan dapat manfaat.
.
Pendekar Gunung Kriang menulis...........

Saya sebenarnya nak tulis posting ini sejak malam tadi lagi, sebaik saja tertonton berita 9 malam di TV3. Tapi malangnya sibuk sangat malam tadi, hingga tiada ruang waktu untuk menulis. Pagi tadi pun tak sempat menggarap ulasan terhadap apa yang bermain-main di kepala saya itu, kini baru ada sedikit masa untuk menulis.
.
Ia mengenai satu berita di TV3 malam tadi. Kononnyua kisah duka penduduk-penduduk Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Mergong yang rasa sangat sedih kerana pengumuman terbaru Kerajaan Negeri Kedah yang akan menyerahkan urusan mengutip balik tunggakan hutang PAKR Mergong kepada pihak bank. Kata mereka yang diwawancara bahawa habislah mereka kali ini, kerana pihak bank tentu bukan seperti Kerajaan Negeri yang bertolak ansur dalam bayaran balik hutang penduduk. Dulu semasa urusan membayar balik hutang diurus sendiri oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri, sama ada mereka hendak membayar balik atau tidak, Bahagian Perumahan buat tidak peduli sangat. Tapi jika urusan mengutip balik hutang ini diserah kepada bank, mereka takut bank akan bertindak tegas merampas rumah yang mereka jarang-jarang bayar balik hutang itu atau tak pernah langsung bayar balik pinjaman selama bertahun-tahun.
.
Seorang penghuni yang diwawancara berkata, jika dia diusir, ia adalah perbuatan zalim kerana dia telah menduduki rumah itu sangat lama (barangkali tanpa pernah bayar balik pinjaman!). Seorang lagi berkata, bukan mereka tak mahu bayar balik pinjaman, tapi meereka orang susah, kadang-kadang ada duit lebih, kadang-kadang tak ada duit lebih, macam mana nak bayar balik hutang kepada Kerajaan Negeri?
.
Sebenarnya apa yang Kerajaan Negeri Kedah buat itu bukanlah suatu polisi baru. Sudah banyak Kerajaan Negeri yang menyerahkan urusan mengutip balik bayaran hutang PAKR di negeri masing-masing. Semasa saya berkhidmat di Perlis dahulu, Kerajaan Negeri yang tidak tahan dengan tunggakan PAKR penghuni-penghuni yang terus enggan membayar balik hutang mereka yang berjumlah jutaan ringgit itu, akhirnya telah menyerahkannya kepada pihak bank untuk menguruskan kutipan bayaran balik. Langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perlis itu adalah menuruti tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang ketika itu di bawah BN yang mempelopori langkah yang serupa yang terbukti sangat berkesan dalam memdapatkan balik hutang yang tertunggak.
.
Di Perlis dulu, banyak kisah pelik dalam kes keengganan penghuni membayar balik pinjaman PAKR ini. Ada yang berpuluh tahun tak pernah bayar, ada yang tidak pernah bayar langsung dan bila meninggal, rumah itu diwariskan pula kepada anak cucu yang juga tidak pernah membayar balik hutang. Itulah yang menyebabkan jumlah tunggakan mereka meningkat dan jika dicampur-campur semua sekali tunggakan semua penduduk, ia menjadi puluhan juta ringgit.
.
Yang Kerajaan Negeri pula membina rumah-rumah PAKR ini bukannya dengan peruntukan mereka sendiri. Mereka mendapat pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan dengan kadar faedah 4% setahun. Tapi bila ramai penduduk PAKR yang tidak membayar balik pinjaman, ia telah menjadi satu bebanan besar kepada Kerajaan Negeri, yang terpaksa menanggung hutang yang banyak dengan Kerajaan Persekutuan. Akhirnya apabila hendak membuat pinjaman baru, Kerajaan Persekutauan 'liat' untuk meluluskan pinjaman baru, kerana hutang lama pun belum dijelaskan. Bagaimana Kerajaan Negeri hendak jelaskan kepada Kerajaan Persekutuan, jika sumber bayaran dari penghuni PAKR sukar diperolehi?
.
Akhirnya Kerajaan Negeri menyerahkan urusan mendapatkan balik bayaran hutang itu kepada pihak bank. Pihak bank tidak seperti Bahagian Perumahan yang kakitangan penguatkuasaannya sentiasa tak cukup itu. Pihak bank, jika lambat bayar terus beri amaran dan lepas itu rumah disita dan jika masih berdegil kes itu dibawa ke mahkamah. Itu yang membuatkan sebahagian penghuni PAKR yang telah lali tinggal percuma puluhan tahun itu sakit hati.
.
Sesuatu yang penghuni-penghuni PAKR yang enggan membayar balik pinjaman ini lupa, sikap mereka yang enggan membayar balik hutang itu menyebabkan rakyat berpendapatan rendah lain dinafikan hak mereka untuk mendapatkan rumah. Kerana mereka enggan membayar balik hutang, menyebabkan Kerajaan Negeri pula yang terpaksa menanggung hutang dengan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan pula enggan menyalurkan peruntukan baru kepada Kerajaan Negeri atas alasan hutang lama masih banyak yang tertunggak. Bagaimana tidak tertunggak jika ada penghuni yang tinggal percuma puluhan tahun dan menganggap mereka berhak mendapat rumah percuma kerana mereka orang susah? Sedangkan di luar sana, masih ramai lagi yang susah, malah ada yang tinggal di gerobok buruk atau di bawah jambatan!!
.
Kadang-kadang kita ingat orang lain zalim, tapi kita lupa kita juga telah menzalimi saudara-saudara kita yang dinafikan hak mereka untuk mendapatkan rumah kos rendah. Semuanya kerana kita liat untuk membayar balik pinjaman!!

~ pendikar gunung kriang