Dok tunggu keputusan mahkamah...mula kata nak mula sidang jam 2.30... pukul 3 boleh tau laaa...tup-tup Dato' Speaker kata mahkamah tangguh sidang, pukul 4 baru nak mulaaaa....letih dan berdebar juga.
Geng belah sana pun dok bedebaq jugaaa..takkkan dah tukaq hakim pun kes nak kalah jugaaa... waktu aku dok tulih ni, jam dah 4.02... tunggu sat lagi laaaa kot...
Dengaq kata depa nak buat heboh dalam dewan macam jadi kat Perak...betoi ka? Kita tunggu esok pula la yang tu...
keputusan yang mendebarkan...takut depa kilaih bagi selamat depa ja...
ReplyDeleteorg takut kat bayang2 macam tu laaa.....
ReplyDeleteDUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong
ReplyDeleteKerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.
Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.
Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.
Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.
Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.
Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.
Sementara itu, mahkamah menolak permohonan lisan pihak responden untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan hari ini.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan Jumaat untuk mendengar permohonan formal untuk menangguhkan keputusan mahkamah.
- Alhamdulillah.. Jom berkampung Di sana Pulak....:)
Awat depa loklak sangat..awat keputusan tadi tak formal ka?
ReplyDeleteIsh kak gheti dengan bangsa putaq alam ni..