Monday, November 30, 2009

IKHLASKAH BTN???

Pada tahun 1992, saya di tingkatan 6 (bawah) di Sek Men Derma Kangar, Perlis. Saya terpilih mengikuti Kursus BTN di Kem Bina Insan, Bukit Cerakah, Meru, Kelang bersama 5 pelajar lain. Kursus itu dianjurkan oleh BTN dengan kerjasama GPMS, melibatkan pelajar dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Saya sangat mengenangkan kursus itu kerana 'awek yang saya minati' si Azliza, turut terpilih, dan selepas kursus itu, dia memang menjadi awek saya selama 2 tahun.


Antara yang saya ingat sampai sekarang ialah lagu yang kena hafal isitu 'seroja' dan 'bumi dipijak milik orang'. Lagu GPMS saya sudah lupa. Jurulatih yang melatih kami ialah bekas-bekas tentera yang garang dan suka maki hamun. Ramai yang menangis bukan kerana insaf tapi kerana geram dan takut.


Episod 'keinsafan' yang paling berkesan ialah sewaktu kami diarahkan mencantumkan keratan kad yang dipotong-potong dengan arahan yang mengelirukan semua orang. Kami dilarang berhubung dan berbincang dengan kumpulan lain yang masing-masing mendapat sebahagian daripada kad yang dipotong-potong itu dan diarahkan menjaga kerahsiaan kumpulan. Akibat tidak dapat berkomunikasi antara kumpulan, kami dimaki hamun sebagai tidak sayang bangsa, tidak bersatu padu, pentingkan diri, bodoh, tidak kreatif, dan macam-macam lagi tekanan yang diberi oleh fasilitator supaya kami menjadi emosional. Semua peserta menangis (dalam kebodohan orang lain yang disengajakan).


Akhirnya muncul saudara Hafiz Mat Taib dari Kedah merampas mikrofon dan mengarahkan semua ketua kumpulan mengengkari arahan fasilitator dan berkumpul untuk mencantumkan kad itu. Akhirnya ia berjaya dicantumkan dan ayat yang tertulis di kad itu saya sudah lupa. Peserta-peserta lain terutama yang perempuan menangis dan berpelukan, tetapi saya ketawa besar hingga dimarahi. Saya ketawa kerana tangisan 'keinsafan' itu atas sebab yang tidak bersangkut paut dengan bodoh, tidak sayang bangsa, tidak bersatu padu dan sebagainya, tetapi kerana arahan yang diberikan itu memperbodohkan orang hingga memaksa orang meraung tiada punca. (Sekarang baru saya tahu, arahan bodoh untuk memperbodohkan orang perlu dilawan untuk menyelesaikan masalah. Begitu juga tindakan-tindakan bodoh BN sekarang, mesti ditentang, kerana tindakan mereka hampir sama dengan arahan fasilitator BTN 17 tahun dulu)


Saudara Hafiz diambil bertugas dengan GPMS dan menjadi penceramah dalam kursus-kursus BTN selepas itu, (saya tidak pasti berapa lama dia di sana) dan mengulangi modul arahan bodoh untuk membodohkan orang sehingga menangis tanpa sebab yang benar. - (Wajah Hafiz mirip DS Anwar Ibrahim waktu itu - kali terakhir saya jumpa Hafiz kerja di kilang elektronik di Bakar Arang).


Episod lain yang saya ingat ialah merentasi hutan rimba Bukit Cerakah dalam kegelapan malam jam 3 pagi. Sampai waktu subuh, baru separuh jalan, subuh pagi itu ramai yang tumbang sebelum tahiyyat akhir, dan saya beri salam lepas doa qunut. Semua ini kerana keletihan yan teramat sangat.
Sepanjang perjalanan setiap kumpulan diuji dengan macam macam perangkap. Kami juga disuruh menangkap belalang! Satu sampul surat yang ada pada ketua kumpulan cuba dirampas oleh fasilitator dengan berbagai cara. Di akhir perjalanan kami disuruh membentangkan pengalaman dan pengajaran yang ditempuhi. Saya sebagai pembentang membuka bungkusan saya dan mengeluarkan beberapa jenis pucuk kayu dan daun yang saya kutip sepanjang jalan. Ini daun cemumaq, orang kampung saya panggil daun seneru, boleh buat ulam dan menghalau hantu....ini terung ceweng, buat peluru senapang main kombat dan buat tambah cacing kerawit... ini umbut tepus, boleg buat ulam buat buang angin... semua orang ketawa!
Penceramah dalam kursus itu mengasak sentimen bangsa dan tanah air, seolah-olah bangsa saya dan tanah air saya hendak dirampas orang. Saya bertanya bukankah ada pemimpin politik yang diamanahkan menjaga bangsa dan tanahair, apa dibuat hingga tanah ini hendak dirampas. Itu sajalah fikiran budak tingkatan enam. Soalan saya tidak dijawab.
Semua yang saya dapat dalam kursus BTN itu cuma bertahan dalam kepala dan minda saya selama 2 bulan...lepas itu semua hilang...yang bertahan agak lama ialah si Azliza saja...2 tahun!
*************************************************************************
Saya ke BTN lagi semasa di tahun 1 di USM. Kali ini ke sebuah kem di Rawang. Penekanan kursus kali ini ialah pemilikan harta dan kenapa orang melayu perlu menguasai ekonomi. Diceritakan ada orang melayu yang ada harta di Australia, dan kita semua perlu mengikut jejak langkahnya....tidak lama selepas itu, MB Selangor ditahan kerana bawa wang tunai berpeti-peti ke Australia...itu yang disuruh contohi?!!
Kali ini pun saya pergi dengan awek yang baru dipikat sekitar 2 bulan rasanya, si Rozi (bukan nama penuh). Saya dilantik menjadi imam di surau. Kerana jadi imam itu, ada makmum yang menegur saya kerana 'couple'. Teguran itu dibuat dengan surat layang melalui saudara Nazri, pelajar HBP.
Surat itu tertulis... "Saudara menjadi imam kepada kami, tetapi saudara berpegangan tangan dengan kekasih... ingatlah saudara! Tangan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim yang bersentuhan akan dibakar oleh bara api neraka yang sangat panas. Ingatlah firman Allah... wala taqrabuzzina..... "dan jauhilah kamu daripada perbuatan yang membawa kepada zina". Ayat ini menikam lubuk hati dan menyalakan semula nur keimanan dan membangkitkan keinsafan yang semerta.
Dunia di depan saya menjadi terang dan lorong yang saya telah lalui terasa gelap gelita.
Terima kasih tidak terhingga kepada penulis dua tiga potong ayat yang tulus ikhlas, telah mengubah haluan hidup saya 360 darjah.
Saya segera mencari buah hati untuk membuat keputusan yang besar...kita putus di sini saja... saya sudah menemui jalan hidup saya, yang saya tahu kamu tak akan mengikutinya. Dia menekup muka dengan tapak tangan dan menangis kebingungan, kenapa ini terjadi??? Setelah diterangkan (saya tidak lagi merenung matanya), dia faham dan redha....
Kerana teguran yang menusuk hati itu, saya memaksa Nazri menunjukkan kepada saya siapa pengirimnya.... selepas diugut untuk dibelasah, Nazri pun memecahkan rahsianya.... penulis surat itu bertudung labuh, dan Dia menulis surat itu kerana meluat dengan gelagat tok imam yang menyeleweng.
Hanya dengan sehelai kertas dengan 3 potong ayat, yang ditulis dengan niat yang mulia, telah merobah hidup seorang manusia seperti saya... kursus 4 hari 5 malam dengan belanja ribuan ringgit itu, tidak memberi apa-apa makna!!! Apatah lagi niat sebenar disebalik kursus itu sekarang menjadi pertikaian besar. Ikhlaskah BTN selama ini untuk mengubah dan membina seorang manusia???
Saya meminta bantuan Kakak Tahun 4 untuk mengenalinya selepas kursus itu. Setelah 3 tahun mencuba, akhirnya dia memberi jawapan....sekarang dia menjadi isteriku!!! Khalas...

5 comments:

  1. Tak syok langsung cita lama. Lagipun bangsa bukan Melayu nak letak kat mana. Bukankah depa rakyat malaysia jugak. BTN dimansuhkan pun baguih juga.

    Hang jangan pi sokong la BTN dimansuhkan sebab disitulah hang dapat bini, disitulah bermula riwayat hidop hang lakibini.. heheheee.

    ReplyDelete
  2. Aku nak habaq buat apa pun dalam bab nak bentuk manusia, rakyat, generasi masa depan...negara-bangsa...kena ikhlas dan berhati mulia! Macam si tudung labuh tu, cuma 3 ayat dan sekeping kertas. Kalau ada agenda lain nak brainwash la, tanam patriotisme, nasionalisme ka tapi yang sesuai dengan UMNO/BN saja...peserta tak dapat apa-apa pun! Berabih beraih ja.

    ReplyDelete
  3. woiii...sanusi...!!!

    aku kenai dgn David Teoh...tokey wayang tu la...

    bagi aku 20%...kita ajes buat filem...masa prk kota siputeh kita buat promosi tayang wayang pacak lepaih tu masuk panggung raya cina ni...amacam? aku rasa mesti 'pecah pejabat'....

    setuju...!!!tak pa ambil tempoh bertenang sat..tapi lama sangat...takut basi...bila dah dapat jawapan hang kontek kat:- tokeypampey@mediapundek.com.my.

    canteeeeekkkkk.....

    p/s:- karaoke...jom!!!...agak2 boleh dapat surat layang dak?

    ReplyDelete
  4. Bab BTN ini,tanya sama Dato' Hassan Ali pun tahu.BTN pemecahbelah kaum nombor satu Malaysia. Merugikan duit rakyat.

    Berapa bilion dah dihabiskan untuk merosakkan minda rakyat.Berapa gagalnya UMNO/BN.

    ReplyDelete
  5. salam mr. sanusi,

    boleh tahan juga hang punya hero bunga ni, dari perlis sampai selangor hang duk mengayat awek saja. Berani juga hang pegang tangan pompuan tu, tah-tah sebelum dapat surat layang tu apa lagi yang hang dah pegang..........kwuang...kwuang...kwuang

    ReplyDelete