Azizan 'diserang' lagiALOR SETAR - Belum pun reda dakwaan wujudnya konspirasi untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak beberapa hari lalu, kini timbul pula spekulasi mendakwa Azizan akan meletakkan jawatannya dalam masa terdekat.Beberapa portal berita malam semalam, heboh memperkatakan konon Azizan sedang menyediakan surat perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar dalam tempoh beberapa jam lagi.Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah ketika dihubungi, menafikan spekulasi itu dan menyifatkan ia sebagai khabar angin semata-mata, yang disebarkan pihak tertentu yang tidak menyenangi kelancaran pentadbirannya."Ianya tindakan kebudak-budakan, ini antara usaha menyerang peribadi saya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya.Menurutnya, kemungkinan perbuatan itu didalangi musuh politiknya, dan tidak menolak kemungkinan dilakukan kumpulan sama yang menyerang kepimpinannya sejak beberapa minggu lalu."Ini juga petanda PRU13 semakin dekat, apabila pemimpin pakatan mula diserang bertubi-tubi. Saya percaya ianya dibuat untuk jejaskan tumpuan saya mentadbir negeri dengan cemerlang," katanya.Azizan berkata, beliau sendiri hanya mengetahui perkara itu apabila dimaklumkan pegawainya lewat malam semalam."Saya pun tak pasti mereka ambil daripada sumber mana. Saya dapat tahu daripada pegawai saya yang membacanya di blog dan heboh apabila ramai yang bertanya mengenai itu. Biar lah mereka nak kata apa pun, lagipun ianya bukan sumber rasmi," katanya.Menurutnya, apa yang disebarkan itu tidak sedikitpun menggugat kedudukannya dalam pentadbiran negeri mahupun parti, dan mengambil sikap 'tidak ambil kisah'."Saya sihat dan mampu tadbir negeri buat masa ini. Jadual kerja saya padat. Hari ini saya ada program di Istana pada sebelah pagi, petangnya ada perjumpaan dengan petugas PRU Pas Kedah. Jumaat pula solat bersama Tuanku Sultan dan Sabtu, ada perjumpaan rakyat di Pantai Merdeka. Ahad pula majlis pecah tanah di Langkawi," katanya.Azizan berkata, sekiranya dia sakit, tidak mungkin beliau dapat hadir pada semua program yang dirancang, dan meminta pihak luar jangan membuat spekulasi konon beliau masih sakit.Mengulas mengenai serangan demi serangan bermula Disember lalu selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara hingga kepada isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin), termasuk desakan beberapa pemimpin berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) terhadap beliau, Azizan berkata, beliau sudah letih melayan pelbagai dakwaan tidak benar mengenai dirinya sejak dua minggu lalu."Saya sudah letih layan pelbagai isu tidak berasas itu. Tolong beri saya masa untuk rehat," katanya.Ditanya mengenai dakwaan sumber dalaman Pas, kononnya PKR Kedah dalang konspirasi mahu menyingkirkan beliau sebagai Menteri Besar, Azizan tidak melenting, sebaliknya mempersoal kesahihan kenyataan itu."Sesiapa pun boleh mengaku dia dapat maklumat daripada sumber dalaman Pas. Isu itu sengaja diadakan untuk jejaskan hubungan baik antara PKR, Pas dan DAP. Saya tak ada masalah dengan sesiapa pun walaupun dengan musuh politik saya, saya baik dengan semua orang. Tak tahulah pihak sebelah sana," katanya.Menurutnya, keseluruhannya hubungan dalam pakatan di Kedah berjalan lancar, dan kemungkinan ini usaha meretakkan hubungan sedia ada."Mungkin mereka bimbang dengan kekuatan PR Kedah sekarang dan cuba timbulkan pelbagai strategi untuk goyahkan pakatan, seterusnya rampas Kedah. Walau diserang, saya dapati PR Kedah makin kukuh, malah sokongan rakyat juga baik. Saya anggap ini cubaan untuk kucar kacirkan PR Kedah," katanya.CAPTION:AZIZAN
Friday, February 10, 2012
Ustaz Azizan Diserang Lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment