Wednesday, July 28, 2010

Lama Tak Bersua...

Salam semua...ramai sms awat lama tak menulis di blog. Saya jawab kalut, tak dan, ada dah tempat lain boleh baca...Ya memang itulah jawapan sebenarnya.
.
Ada kawan bagitau, (siap email lagi buku tu...) sebuah buku menjawab buku "Azizan Dalam Dosa' bertajuk 'Jangan Dipertinggikan Tempat Jatuh".... Indah sungguh bahasa dan dalam sekali maknanya. Selama belajar bahasa melayu ni, ni kali pertama jumpa pepatah ni. Hebat!
.
Kalau kita berada di atas, satu hari kita mungkin jatuh...maka janganlah buat benda-benda yang menyebabkan kejatuhan kita tu dari tempat terlalu tinggi, sebab hukum graviti kata, lagi tinggi tempat tu, lagi kuat tarikan graviti, dan semakin laju kadar pergerakan jatuhnya itu. Maka, sakitnya juga semakin bertambah. Paling baik sekali, jangan sampai jatuh, kalau tak mau sakit, turun pelan-pelan.
.
Satu makna lagi, kalau sudah jatuh, jangan cari pasal untuk menambah kesakitan akibat kejatuhan itu, umpamanya sambil-sambil jatuh, atau masa dok senget nak jatuh, atau sesudah jatuh....pandai-pandai buat cerita karut pasal orang yang tengah naik atau sedang nak naik. Bila sebab-sebab kejatuhan kita tu dihebahkan orang, maka tinggilah tempat jatuh kita. Apapun, terima kasih pada yg email buku tu. Esok lusa saya cari yang ori...
.
Macam UMNO la ni, tengah dok bergaduh sesama sendiri, bercakaran siang malam, tiba-tiba pasang perangkap pasal perpaduan dengan PAS. Matlamat akhirnya nak habaq kat org PAS tak mau perpaduan...tup-tup org sebut balik kerja buat depa yang bertentangan sama sekali dengan teori dan praktis perpaduan. Terperangkap lah UMNO, dengan mufti tu sekali. Kesian sungguh kat dia. Kesian juga kat UMNO...pasai apa depa pi mempertinggikan tempat jatuh???!! UMNO pun, kalau tak mau sakit, turunla pelan-pelan, melongsoq pun buleh, cepat sikit sampai ke bawah. Khalasss!
P/s: Kawan-kawan bagitau... ada penerbitan baru bertajuk"Kedah La"... menjawab risalah karut "Mai Kedah"...pakat-pakat cari kot-kot jumpa. banyak maklumat dalam tu....
.

Tuesday, July 6, 2010

Ada Orang Tak Dak Khejaaa

Ada kemahiran menulis bukanlah lesen untuk menulis apa saja, lebih-lebih lagi menulis berita palsu untuk meransang kebencian, menghakis maruah dan memfitnah orang lain. Bertambah salahnya bila tulisannya dipercayai orang dan orang yang difitnah menjadi mangsa buruk sangka dari maklumat palsunya. Diakhirat nanti, orang ini akan dibicarakan secara terperinci dan dia akan terima akibatnya. Sila mohon maaf dan buat pengakuan terbuka tentang fitnah anda sebelum anda mati... kalau tidak dimaafkan oleh orang yang difitnah, iina azabi la shadid...
.
Ada satu penerbitan berjudul 'Mai kedah' diedarkan Jumaat lalu yang sangat padat dengan cerita palsu, bohong, rekaan dan cubaan menimbulkan persepsi buruk terhadap tokoh-tokoh dalam kerajaan negeri.
.
Saya telah meminta pihak-pihak yang difitnah oleh penerbitan itu membuat laporan polis dan mengadu kepada Allah untuk diberikan balasan setimpal kepada penulis jahat itu. Saya mengesyaki seseorang, dan syak saya ini akan saya buktikan benar. Ciri-ciri, gaya penulisan, maklumat, telahan dan persepsi yang terkandung dalam penerbitan itu pernah menerjah telinga saya lama dulu. Saya hanya diam dan senyum dengan telahan dan tuduhan mereka yang sedang berbual di depan saya.
Untuk membantu 'meringankan' sikit dosa depa yang terbabit dalam kerja karut tu, supaya tak ramai yang percaya dengan cerita bohong itu, dan supaya tak ada orang terpengaruh, saya ingin menuntut bukti terhadap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan dalam 'Mai Kedah'. Dalam hal tuduhan seperti ini, beban mengemukakan bukti terletak kepada orang yang menuduh dan mereka cerita. Silalah kemukakan, kalau ada! Orang ramai yang membaca tolong jangan percaya kalau tak ada bukti dikemukakan. kalau tidak, si penulis, pencetak, pengedar termasuk pemberi maklumat berdosa besar dengan yang dituduh. Kesian pula kat depa esok!
.
Saya kenal gaya bahasa penulis. Dua tulisannya di akhbar dan memorandum yang dihantar kepada saya seakan-akan sama. Cara dia menghentam semberono tanpa bukti dan fakta, cara dia meluahkan emosi mabuknya, cara dia menggunakan maklumat dari sumbernya, semuanya menyerlahkan susuk tubuh orang itu.
.
SAH! Dia tak dak KHEEJAA......
.