Kali ni di PRK Hulu Selangor memang terang-terang duit dan projek berhambur...macam orang tengah makan nasi terbatuk. Tak ada segan silu, tak ada undang-undang pilihanraya tentang rasuah, tanpa had. Rasa macam rakyat Malaysia yang tinggal di luar Hulu Selangor adalah rakyat kelas kedua kerana terlalu banyak yang diberi kepada mereka yang mengundi di sana. Semua tu duit rakyat Malaysia.
Tanpa berselindung lagi, janji ditabur dengan kata dua: BN mesti menang kalau mahu ia ditunaikan oleh kerajaan (Malaysia). Sudah jemu kita mengulangi bahawa ini adalah rasuah politik dan menyalahi undang-undang dan prinsip demokrasi.
Sejak bila kempen politik jenis ini bermula? Bila ia akan berakhir? Apa kita boleh buat untuk menghentikan trend ini? Treng BN ini telah membentuk sebuah masyarakat pengundi yang berkiblatkan projek dan wang, bukan lagi kesedaran yang dibina dengan ilmu dan maklumat. Negara-bangsa (nation) kita akan dibentuk oleh kelompok rakyat yang boleh dibeli - diumpan. Ini sangat bahaya!
Kebijaksanaan, kesedaran, keupayaan membuat pilihan berasaskan akal dan fikiran yang bersandar kepada ilmu dan maklumat tidak lagi diperlukan untuk memilih kerajaan, hanya yang ada kuasa untuk menabur wang negara atau wang sendiri boleh menguasai pilihan rakyat.Ini juga amat bahaya, andainya jika seorang taukeh dadah atau along bertanding dalam pilihanraya!
Menggunakan kedudukan dalam kerajaan dan berkempen atas kedudukan itu untuk memenangkan parti adalah salah. Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Pertama Malaysia mengambil cuti 3 bulan untuk berkempen dalam pilihanraya. Dia bercakap sebagai Presiden UMNO untuk memenangkan Perikatan. Kini PM Najib, Muhyiddin dan semua menteri berkempen, bercakap dan menggunakan peruntukan dalam kementerian masing-masing untuk membeli undi bagi pihak BN. Hal ini sudah banyak disyarahkan, tapi ia terus diulangi dan semakin berkembang. Apa jenis demokrasi ni?
Ia boleh dihentikan! Jangan undi BN dalam PRU ke 13, walaupun BN menghempapkan gunung emas sebesar Bukit Uhud di depan rumah kita. Agama, negara-bangsa, maruah, akal budi, ilmu, kesedaran, kefahaman dan generasi akan datang lebih penting dari segunung emas! Berapa ramai yang mampu menggenggam prinsip ini?? Mari kita teruskan pembinaan rakyat dari kelompok ini!
jangan duk kalot kat rumah tangga orang...
ReplyDeletetengok kat dapoq rumah sendiri, pasai apa sampai la ni duk belengaih lagi.
hehehe...
banyak orang duk pertikai pentadbiran PAS kat facebook "Kedah La Ni".
mukhriz, nawawi, bashah semuanya kawan aku tapi depa nie bodoh macam nak mampos. suara rakyat dipinggirkan, mari kita pakat-pakat undi pas (*ahli umno yang sayangkan pas)
ReplyDelete