Monday, February 22, 2010

Perarakan Maulid: Baca Tulisan Dr Mohd Asri Zainol Abidin di KedahLanie

Saya sokong sepenuhnya pengamatan tajam Dr Mohd Asri (mantan Mufti Perlis) perihal nasib Melayu Pulau Pinang dan kebisingan sekelompok bangsa saya di sana apabila pararakan maulid tiba-tiba hilang dari kelendar kerajaan negeri.
.
Syarah TG Nik Aziz tentang sambutan Maulid juga terang dan jelas: Maulid bererti mengisi perjuangan dan menjalani kehidupan dengan segala ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dan ia disambut sepanjang tahun.
.
Sambutan maulid pada sesetengan pendapat menyatakan mula diadakan di Baghdad ketika umat Islam lemah dan lesu dilanda tentera Genghis Khan. Dalam keadaan umat Islam mengalami trauma diganyang oleh tentera monggol, pimpinan waktu itu mengajak rakyat mengingati perjuangan Rasulullah s.a.w yang mengangkat Kota Baghdad menjadi sebuah tamadun terulung di dunia berteraskan Islam . Maka hari kelahiran Rasulullah disambut secara besar-besaran. Dari situ perlahan-lahan Baghdad bangkit semula dengan Islam.
.
Di Malaysia, perjuangan ke arah penghayatan Islam dilaksanakan oleh berbilang jemaah Islam dan Parti Islam SeMalaysia PAS. Seruan untuk menjadikan Islam sebagai teras bernegara dan bermasyarakat berkumandang setiap hari di segenap penjuru. Ada yang menerima dan ada yang mencari alasan untuk menolaknya.
.
Yang peliknya, yang menolak itulah yang beria-ia mahu berarak pada tarikh kelahiran Nabi s.a.w. di Pulau Pinang. Di Baghdad, umat Islam dibangunkan dengan gerakan sambutan maulid, di Pulau Pinang umat Islam terhambat dari tanah tumpah darahnya walaupun berarak sakan sejak 50tahun dulu.

No comments:

Post a Comment