Thursday, February 25, 2010

Siapa masuk siapa keluar ?

Siapa masuk, siapa keluar..Tajuk sinar hari ni....


Rombakan EXCO adalah adalah bidang kuasa dan hak eksklusif MB. Setelah nama-nama baru dan lama dipersembahkan kepada Tuanku Sultan untuk perkenan baginda, barulah ia boleh diumumkan. Memang kelmarin, selepas Mesyuarat EXCO, MB sebut tentang hal ini apabila ada wartawan bertanya. Jadi kita tunggulah dengan sabar... MB punya alasan dan sebab musabab untuk berbuat demikian.

.

Cara MB bekerja membina ketenangan dan keselesaan, ini yang tidak berlaku di negeri-negeri PR yang lain....Dalam tempoh 25 tahun di Kedah, zaman Ust Azizan jadi MB adalah tempoh paling aman antara orang politik dengan pegawai tadbir... kami syok buat kerja dengan aman.... kata seorang pegawai kanan kerajaan kepada saya beberapa hari lalu.


Saya jawab MB menjaga hubungan dengan semua orang, semua kelompok dan semua pihak, hingga kadang-kadang mendapat kritikan daripada penyokong parti. MB menjaga hubungan dengan Istana, dengan KCS, dengan kerajaan Pusat dan dengan orang ramai. Dengan menolak konfrantasi dan membina hubungan baik dengan semua orang, prestasi boleh ditingkatkan dan potensi boleh berkembang.
.
Hingga pada satu ketika MB menegaskan mana-mana orang yang dilantik ke mana-mana tempat dalam kerajaan ataupun GLC yang tidak boleh mengikut cara beliau bekerja bolehlah berhenti... Khalas!








Monday, February 22, 2010

Mari Berarak Ke Semporna: Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Puteranya

Mesyuarat Perhubungan UMNO Kedah hujung bulan ini dijangka diadakan di Sabah di bawah Bayu, khusus di daerah Pengerusi Perhubungan sekarang, Semporna. Dikhabarkan juga mesyuarat ini yang terakhir bersama Pengerusi Perhubungan yang Afdhal lagi Sempurna ini, kerana sebulan dua lagi, jawatan itu akan berpindah tangan. Siapakah gerangan tokoh UMNO Kedah yang akan menggalas jawatan berprestij itu?

.

Dalam UMNO, Pengerusi Perhubungan biasanya adalah Menteri Besar ataupun bakal MB. Sudah tentu ia menjadi idaman dan rebutan. Hanya dua negeri sahaja di melenium baru ini yang gagal menobatkan Pengerusi Perhubungan sebagai MB gara-gara berkelahi dengan Istana; Terengganu dan Perlis. Di Kedah, sejak dulu ia datang berpasangan, dulu atau kemudian sahaja. Tapi di kedah, jawatan itu 'panas' kerusinya. Tak ramai yang mampu menahan kepanasannya. yang agak lama ialah Tan Sri Osman Aroff. Yang terakhir sebelum ini MK, dua tahun saja.

.

Kita tunggulah Pengerusi akan datang nanti, berapa lama dia mampu bertahan..... jangan kalah dalam pilihanraya sudah laaaa...belum ada yang mencatat rekod itu Dato'!!.


Perarakan Maulid: Baca Tulisan Dr Mohd Asri Zainol Abidin di KedahLanie

Saya sokong sepenuhnya pengamatan tajam Dr Mohd Asri (mantan Mufti Perlis) perihal nasib Melayu Pulau Pinang dan kebisingan sekelompok bangsa saya di sana apabila pararakan maulid tiba-tiba hilang dari kelendar kerajaan negeri.
.
Syarah TG Nik Aziz tentang sambutan Maulid juga terang dan jelas: Maulid bererti mengisi perjuangan dan menjalani kehidupan dengan segala ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dan ia disambut sepanjang tahun.
.
Sambutan maulid pada sesetengan pendapat menyatakan mula diadakan di Baghdad ketika umat Islam lemah dan lesu dilanda tentera Genghis Khan. Dalam keadaan umat Islam mengalami trauma diganyang oleh tentera monggol, pimpinan waktu itu mengajak rakyat mengingati perjuangan Rasulullah s.a.w yang mengangkat Kota Baghdad menjadi sebuah tamadun terulung di dunia berteraskan Islam . Maka hari kelahiran Rasulullah disambut secara besar-besaran. Dari situ perlahan-lahan Baghdad bangkit semula dengan Islam.
.
Di Malaysia, perjuangan ke arah penghayatan Islam dilaksanakan oleh berbilang jemaah Islam dan Parti Islam SeMalaysia PAS. Seruan untuk menjadikan Islam sebagai teras bernegara dan bermasyarakat berkumandang setiap hari di segenap penjuru. Ada yang menerima dan ada yang mencari alasan untuk menolaknya.
.
Yang peliknya, yang menolak itulah yang beria-ia mahu berarak pada tarikh kelahiran Nabi s.a.w. di Pulau Pinang. Di Baghdad, umat Islam dibangunkan dengan gerakan sambutan maulid, di Pulau Pinang umat Islam terhambat dari tanah tumpah darahnya walaupun berarak sakan sejak 50tahun dulu.

Saturday, February 6, 2010

Salam hormat untuk semua...

Saya tiada dipejabat hingga 11 Febuari 09. Harap maklum. Akan kembali dengan cerita terbaik ...tungguuuu