tag:blogger.com,1999:blog-1476628599482026859.post9168683955256928664..comments2023-06-07T18:54:57.401+08:00Comments on MUHAMMAD SANUSI MD NOR: Alhamdulillah Sidang Bajet Telah Selesai..Bencana Banjir Tidak MenimpaSANUSIhttp://www.blogger.com/profile/02654842744766251700noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-1476628599482026859.post-77192109723786710952011-11-23T03:48:40.476+08:002011-11-23T03:48:40.476+08:00Pak Teh lebih prihatin soal banjir nampaknya...ter...Pak Teh lebih prihatin soal banjir nampaknya...terima kasih kerana itu. Tapi pak teh kena tahu juga, selama berlaku banjir di mana-mana, PAS lah terkehadapan untuk bantu mangsa termasuk di Johor bila Unit Amal Pemuda PAS mendapat jolokan tentera merah. Tak kira parti, tak kira bangsa... khidmat pemuda PAS sentiasa di depan.

Sekarang inipun, pegawai-pegawai di semua daerah sudah diarahkan menghadapi kursus dan latihan menghadapi bencana itu. MB pun telah mengagihkan sebuah bot khas kepada daerah2 yang kekurangan peralatan itu. Kita pun telah bersedia jika ia datang juga... Petugas parti juga siap menerima arahan dari masa ke semasa...cuma tak masuk TV saja.

Dalam hal negeri kita dilanda musibah tahun lepas, nampak sangat-sangat UMNO bergantung sepenuhnya kepada kerajaan pusat untuk menaikkan imej parti. Dipecahkan belahkan agensi-agensi kerajaan negeri dan pusat, sampai pegawai naik pening.

Untuk makluman, bagi sebuah kerajaan yang dipandu berdasarkan undang-undang dan peraturan - di bawah MKN 20 - prosedur tetap menghadapi bencana seperti banjir, semua agensi kerajaan diletakkan dibawah kelolaan Setiausaha Kerajaan Negeri di peringkat negeri, dan Pegawai Daerah di peringkat Daerah. Bilik-bilik gerakan banjir di peringkat negeri dan daerah di ketui oleh pegawai-pegawai ini. Ini yang dipatuhi oleh kerajaan negeri dan para pegawai.

Tahun lalu, saya saksikan sendiri kerajaan pusat melalui menteri, timbalan menteri dan ketua-ketua parti politik dalam BN membelakangkan sama sekali MKN 20. Pusat dan negeri seolah-olah dua buah wilayah berasingan. Habis kelam kabut sekelian pengarah agensi-agensi bantuan. Di sini MKN 20, di sana bapak dan mak menteri...termasuk yg tidak menghormati MKN 20 ialah Timbalan Perdana menteri

Bilik gerakan dibuka berasingan dan dikelola oleh pemimpin parti, meggunakan dana agensi-agensi kerajaan yang terpecah dua. Apakah contoh teladan yang sedang ditunjukkan ini?

Hanya kerana Kedah diperintah oleh PAS dan PR, bilik gerakan banjir negeri yang dikelola dibawah prosedur tetap MKN tidak dijengok oleh menteri pusat, malah diperlekehkan pulak. Pengarah JKM kedah menghubungi saya mengadu kecelaruan dan belah bagi yang terpaksa beliau hadapi. Saya faham situasinya ketika itu, dan saya serahkan kepada budi bicaranya sendiri apa yang perlu diikuti.

Dalam saat-saat genting seperti itu, Kerajaan Kedah terus bekerja mengenepikan semua sentimen parti dan politik...mereka sebaliknya. Pusat-pusat pemindahan dipantau oleh pegawai daerah dan dikelola oleh penghulu dan agensi yang masih ada pertimbangan. Pemuda PAS dan seluruh jentera memberikan kerjasama penuh kepada pegawai bertanggungjawab. Kita tidak memacak bendera dan melihat warna untuk menghulurkan bantuan.

MB dari pagi sampai tengah malam ke hulu ke hilir melawat, memantau dan mempengerusikan mesyuarat2 penting untuk menghadapi bencana. Rumah saya sendiri dimasuki air sedalam 4 kaki dan saya tak sempat mengambil apa-apa untuk diselamatkan. Mujur anak isteri disuruh balik kampung lebih awal dengan dua buah beg untuk ke Mekah. Rumah MB masuk air separas lutut. Diwaktu kita patuh dan akur dengan peraturan, mereka di sebelah sana sibuk menghentam dan membina tembok memelihara kepentingan... demikianlah yang sedang dimulakan sekarang. Saya akan terus bermunajat untuk Allah menjauhkan banjir daripada kita semua pada tahun ini.SANUSIhttps://www.blogger.com/profile/02654842744766251700noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1476628599482026859.post-69788208501045107302011-11-22T21:13:03.489+08:002011-11-22T21:13:03.489+08:00Tn Hj,
Soal bajet.....pakteh xmo ulas walaupun ad...Tn Hj,

Soal bajet.....pakteh xmo ulas walaupun ada diberikan beberapa info...Tn Hj lebih tahu segala-galanya.

Cuma pakteh tertarik cara Tn Hj ulas isu banjir.
Bersyukur setakat hari ini...masih belum kena. Sepatutnya kita bersyukur TV setiap hari memberikan peringatan berkaitan banjir MALAH kali ini persiapannya yg paling tersusun pakteh pernah lihat.

TV sentiasa memberikan maklumat terkini....

Soal agihan kepada mangsa banjir....Tn Hj sendiri boleh fikirkan dengan hati yg ikhlas....pakteh tahu keadaannya...pakteh juga orang kedah. Ada sanak saudara ada juga yg turut terkena...cerita mereka dari hati mereka...bukan dari mulut orang politik. Terus terang....Pas jauh ketinggalan....mungkin kerana kurang pengalaman menggerakkan seluruh jentera....jadikan itu sebagai pengajaran bukan bersembang ego sombong.

Banjir memang belum sampai...tapi ramalan mengatakan akan banjir.....Kelate, Ganu, Johor dah kena.....sehari dua ni pun memang mendung. Bagus bersolat hajat tapi jangan berdiam diri tidak berusaha malah seperti terleka dengan banjir yang belum tiba.....hati-hati Tn Hj.Paktehhttps://www.blogger.com/profile/16839238390196642442noreply@blogger.com