Friday, February 10, 2012

Saya Hanya Ada Blog Ini- Tiada Yang Lain

Ada pihak cuba memfitnah dengan membuat blog dan menggunakan gambar saya sebagai profilenya. Saya tidak tahu dia siapa tetapi dia cuba menggunakan saya untuk mengutuk dan memfitnah rektor KUIN Prfo Dato' Wira Dr Jamil Osman. Berbagai tuduhan dilemparkan kepada kepimpinan KUIN melalui bolg itu.

Dengan ini saya menafikan penglibatan saya dengan blog itu, dan saya beri tempoh 24 jam bermula jam 8 pagi esok, 10 Feb 2012, untuk pihak yang tidak bertanggungjawab itu berhenti menggunakan gambar saya sebagai profil pemiliknya. Beliau juga dituntut memohon maaf secara terbuka dan segera membetulkan keadaan. saya akan membuat laporan polis dan melapor kepada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi di atas perbuatannya itu.

Sekian.

Prinsip-prinsip Asas Kerajaan Negeri Dalam Isu KUIN- Selari Dengan Buku Jingga




Prinsip2 asas kerajaan negeri dalam kes tindakan tatatertib terhadap 6 pelajar KUIN - 5 di gantung pengajian, 1 didenda.

1. Tidak campurtangan dalam soal pentadbiran institusi/ jabatan yang mempunyai prosedur dan peraturan tetap yang selari dengan kehendak undang-undang yg sedang berkuatkuasa- termasuk dalam kes KUIN...ini juga sebahagian intisari Buku Jingga.

2. Peraturan/ Akta yang terpakai di KUIN bukanlah AUKU yang dinyatakan dalam Bukun Jingga akan dihapuskan bila PR menjadi kerajaan, tetapi adalah undang-undang berikut i. Private Higher Education Institutions Act 1996 (ammended 2009). ii. Perlembagaan KUIN iii. Kaedah2 Tatatertib Pelajar 2007. Kesemua akta dan undang2 ini tidak tersenarai dalam undang2 yg akan di hapuskan bila PR menjadi kerajaan. Maka KUiN dan MB tidak menyalahi sebarang kehendak buku itu.

3. Asas yang mencetuskan demontrasi pelajar di Masjid Sultanah dan asrama Al- Razi adalah satu tuduhan dan sangkaan yang tidak benar - Bathil- tidak ada sebarang arahan dan tindakan daripada pentadbiran KUIN supaya bangunan asama itu dikosongkan oleh pelajar tahiz untuk beri laluan kepada smart school. Sebaliknya bangunan itu dikosongkan oleh ITM kampus kota (city campus) yg berpindh ke lokasi lain.

4. Gangguan yang berterusan melalui beberapa siri demontrasi, penyalahgunaan spreaker corner, kenyataan media, dan memfitnah pihak pentadbiran dalam soal urusan urustadbir universiti tidak sewajrnya diangkat sebagai agenda perjuangn mahasiswa. Pelajar memohon masukmke KUiN untuk menjadi pelajar, bukan sebagai pentadbir.

5. Kes ini telah dibawa ke mahkamah, biar mahkamah memutuskan dalam semakan kehakiman yang dipohon dan di failkan oleh pelajar. Prosedur tindakan tatatertib telah dibuat selaras dengan kehendak akta dimulai dgn penubuhn jawatankuasa siasatan ( bg menentukan adanya prima facie kes) yg diketuai oleh Prof Dr Wan Sulaiman. Jawatankuasa Disiplin melaksanakan prosiding dengn betul di ketuai oleh Prof Dr Muslim dan Jawatankuasa rayuan (diketuai Prof Madya Dr Zakarian Man) telah mempertimbangkan rayuan. - hukuman kekal.

Prinsip dan pendirian ini  ini telah saya sebutkan sewaktu membentagnkan kes ini kepada Lajnah Politik Pas pusat pada hari Rabu, 1 Feb 2012 yg lalu.

Terima kasih

Ustaz Azizan Diserang Lagi.


Azizan 'diserang' lagi

 
 
ALOR SETAR - Belum pun reda dakwaan wujudnya konspirasi untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak beberapa hari lalu, kini timbul pula spekulasi mendakwa Azizan akan meletakkan jawatannya dalam masa terdekat.
            Beberapa portal berita malam semalam, heboh memperkatakan konon Azizan sedang menyediakan surat perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar dalam tempoh beberapa jam lagi.
             Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah ketika dihubungi, menafikan spekulasi itu dan menyifatkan ia sebagai khabar angin semata-mata, yang disebarkan pihak tertentu yang tidak menyenangi kelancaran pentadbirannya.
            "Ianya tindakan kebudak-budakan, ini antara usaha menyerang peribadi saya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya.
            Menurutnya, kemungkinan perbuatan itu didalangi musuh politiknya, dan tidak menolak kemungkinan dilakukan kumpulan sama yang menyerang kepimpinannya sejak beberapa minggu lalu.
            "Ini juga petanda PRU13 semakin dekat, apabila pemimpin pakatan mula diserang bertubi-tubi. Saya percaya ianya dibuat untuk jejaskan tumpuan saya mentadbir negeri dengan cemerlang," katanya.
            Azizan berkata, beliau sendiri hanya mengetahui perkara itu apabila dimaklumkan pegawainya lewat malam semalam.
            "Saya pun tak pasti mereka ambil daripada sumber mana. Saya dapat tahu daripada pegawai saya yang membacanya di blog dan heboh apabila ramai yang bertanya mengenai itu. Biar lah mereka nak kata apa pun, lagipun ianya bukan sumber rasmi," katanya.
             Menurutnya, apa yang disebarkan itu tidak sedikitpun menggugat kedudukannya dalam pentadbiran negeri mahupun parti, dan mengambil sikap 'tidak ambil kisah'.
            "Saya sihat dan mampu tadbir negeri buat masa ini. Jadual kerja saya padat. Hari ini saya ada program di Istana pada sebelah pagi, petangnya ada perjumpaan dengan petugas PRU Pas Kedah. Jumaat pula solat bersama Tuanku Sultan dan Sabtu, ada perjumpaan rakyat di Pantai Merdeka. Ahad pula majlis pecah tanah di Langkawi," katanya.
            Azizan berkata, sekiranya dia sakit, tidak mungkin beliau dapat hadir pada semua program yang dirancang, dan meminta pihak luar jangan membuat spekulasi konon beliau masih sakit.
            Mengulas mengenai serangan demi serangan bermula Disember lalu selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara hingga kepada isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin), termasuk desakan beberapa pemimpin berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) terhadap beliau, Azizan berkata, beliau sudah letih melayan pelbagai dakwaan tidak benar mengenai dirinya sejak dua minggu lalu.
"Saya sudah letih layan pelbagai isu tidak berasas itu. Tolong beri saya masa untuk rehat," katanya.
Ditanya mengenai dakwaan sumber dalaman Pas, kononnya PKR Kedah dalang konspirasi mahu menyingkirkan beliau sebagai Menteri Besar, Azizan tidak melenting, sebaliknya mempersoal kesahihan kenyataan itu.
"Sesiapa pun boleh mengaku dia dapat maklumat daripada sumber dalaman Pas. Isu itu sengaja diadakan untuk jejaskan hubungan baik antara PKR, Pas dan DAP. Saya tak ada masalah dengan sesiapa pun walaupun dengan musuh politik saya, saya baik dengan semua orang. Tak tahulah pihak sebelah sana," katanya.
Menurutnya, keseluruhannya hubungan dalam pakatan di Kedah berjalan lancar, dan kemungkinan ini usaha meretakkan hubungan sedia ada.
"Mungkin mereka bimbang dengan kekuatan PR Kedah sekarang dan cuba timbulkan pelbagai strategi untuk goyahkan pakatan, seterusnya rampas Kedah. Walau diserang, saya dapati PR Kedah makin kukuh, malah sokongan rakyat juga baik. Saya anggap ini cubaan untuk kucar kacirkan PR Kedah," katanya.
 
CAPTION:
AZIZAN

Fwd: Aman Central: Apa Kata Penasihat Undang-undang Negeri Kedah


Subject: Aman Central: Apa Kata Penasihat Undang-undang Negeri Kedah


 
ALOR SETAR - Pengambilan tanah bagi membangunkan projek Aman Central adalah mengikut prosedur dan dibuat melalui perundangan yang sah.
            Walaupun terdapat dua kes mahkamah yang dikaitkan dengan pembangunan projek bernilai RM500 juta itu, namun kes pertama yang difailkan oleh Tunku Yaacob Holdings sebelum ini sudah selesai Disember lalu, manakala kes kedua difailkan oleh ahli jawatankuasa Madrasah Salihiah masih belum diputuskan.
            Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, Datuk Anas Ahmad Zakie berkata, pada 27 Disember lalu, Peguam Negara membantah kebenaran untuk mencabar keesahan prosiding pengambilan tanah di Lot 150 dan 151, milik Tunku Yaacob Holdings.
            "Dalam kes itu, Peguam Negara membantah permohonan kebenaran yang dipohon Tunku Yaacob Holdings terhadap Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Pentadbir Tanah Kota Setar dan Kerajaan Negeri. Kes ditolak, kita tak perlu kemukakan hujah kerana kebenaran tidak diberikan," katanya.
            Menurutnya, pada masa sama, Tunku Yaacob Holdings memohon injunksi interim tetapi ianya tidak didengar ekoran kes itu sudah ditolak lebih awal.
"Mereka memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan namun belum ditetapkan tarikh. Kes ini membabitkan dua lot tanah bersebelahan, di mana salah satunya terdapat binaan dan sebahagian tapak kosong," katanya.
Penjelasan ini sekaligus melenyapkan dakwaan kononnya projek Aman Central dibangunkan tanpa melalui proses pengambilan tanah yang sah, apabila sebelum ini, heboh diperkatakan ianya mendapat tentangan pemilik tanah, termasuk pihak Istana.
Mengulas kes kedua membabitkan pengambilan tanah wakaf yang menempatkan Madrasah Salihiah, Anas berkata, apabila pengambilan tanah dibuat, pampasan akan dibayar kepada yang berhak.
"Mengikut prosedur, setelah pengambilan tanah dibuat, disusuli pampasan. Pentadbir Tanah akan memberi surat pengosongan kepada pemilik premis. Dalam kes ini, madrasah menerima notis kerana ia bawah Majlis Agama Islam Kedah (Maik) selaku pemegang amanah tanah wakaf," katanya.
Menurutnya, sekiranya pampasan sudah dibayar, bermakna semua prosedur sudah lengkap dan hak milik asal terbatal.
"Mungkin timbul kekeliruan di sini apabila Maik keluarkan surat tangguh pengosongan madrasah, yang mungkin disalah tafsir pihak tertentu," katanya.
Anas yang mewakili Kerajaan Negeri dan Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dalam kes ini, berkata, pihaknya menerima writ saman daripada peguam mewakili ahli jawatankuasa Madrasah Salihiah pada 8 Januari, pihaknya kemudian memfailkan permohonan saman dalam kamar untuk mengetepikan writ saman itu pada 16 Januari, bagi membantah serahan saman itu kerana pihak yang sepatutnya menerima saman ialah pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
"Peguam mereka hantar writ saman ke alamat penyampaian yang tidak tepat, iaitu pejabat Penasihat Undang-Undang, maka saya berhak bantah," katanya.
Menurutnya, pada 29 Januari, pejabat SUK Kedah menerima satu saman dalam kamar bagi permohonan injunksi interim yang pertama kali disebut kelmarin (6 Februari).
 Pada masa sama, Maik melantik Tetuan Omayah, Nawal and Partners bagi memfailkan permohonan terhadap plaintif, membantah writ saman yang difailkan.
"Difahamkan, peguam Maik mengemukakan alasan, kes berkaitan wakaf perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah dan bukannya mahkamah sivil. Kelmarin, semua pihak memfailkan afidavit jawapan masing-masing sebelum 21 Februari ini," katanya.
Kelmarin, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ooi Sheaw Yean, memaklumkan  plaintif diwakili peguam, Ahmad Rusydi Md Nor dan Adnan Seman alias Abdullah, bercadang membuat permohonan meminda writ saman dan penyata tuntutan.
Anas berkata, pihaknya turut bercadang untuk memfailkan permohonan membatalkan writ saman yang difailkan sebelum ini, namun akan mengemukakan alasan yang berbeza daripada Maik.
            Kelmarin, Mahkamah Tinggi Alor Setar menetapkan 21 Februari ini sebagai tarikh akhir plaintif kes Madrasah Salihiah menyerahkan afidavit balas terhadap afidavit yang dikemukakan dua defendan sebelum ini.
 
CAPTION:
 
PIX1
ANAS