Friday, December 21, 2012

Dongeng Bersumpah Laknat: Air Baja dan Air Selut Mudik Ke Hulu Demi Bermadu Asmara Dengan Air Tasik Pedu...



Tapak Ladang Agrotourism yang menjadi punca Utusex mencabar sumpah laknat bahawa satu hari nanti di bawah kerajaan PR, air, racun dan baja yang terlarut resap akan 'ragaih' bukit mudik ke hulu untuk masuk ke Tasik Pedu

Saya tidak pernah terbayangkan sepanjang hidup saya satu hari nanti,  saya akan menempuh satu zaman di mana masalah geografi, topografi tanah dan rajah geometri yang saintifik perlu dipertahankan dengan sumpah laknat! Tapi ia telahpun muncul hari ini di akhbar milik UMNO Utusan Malaysia. Setelah lebih sedekad menyajikan ummat melayu Islam dengan cerita sex, liwat dan porno, hingga mempopularkan sumpah laknat untuk membuktikan dubur Saiful Bukhari telah ditusuk sembilu tumpul.

Saya sering diingatkan bahawa cerita bohong yang diulang-ulang akan disangka benar secara psikologi paksa. Berita Tasik pedu akan kering kontang dan dasarnya merekah keras 'kong' gara-gara projek agrotourism kerajaan PR Kedah akan mengancam nyawa seluruh penduduk Malaysia akan ditulis selepas pembohongan ini berjaya - sekiranya rakyat Kedah buta mata dan buta huruf - mujurlah TIDAK!

Air lari dari kawasan projek akan membawa segala baja dan racun tenaman menerpa masuk ke tasik dengan kaedah mudik ke hulu dan meragaih permatang jalan setebal 300 meter dengan keadaan tercungap-cungap keletihan. 

Permatang pemisah (disebut jambatan konkrit dalam plan JKR) T.E.K.I.H (Trans Eastern Kedah Interland Hiway) direkabentuk dengan perkiraan saintifik menangani kedudukan paras air selepas 100 tahun - termasuk membuat unjuran pencairan glasier di kutub urata dan kutub selatan bumi dan kadar hujan tahunan yang bakal mencurah.

Hakikatnya ialah aliran air parit dan air lari dari tapak projek menghala ke arah bertentangan dengan Tasik Pedu, bercantum dengan satu sungai yang menjadi 'outlet' - aliran keluar- (BUKAN INLET- aliran masuk) takungan tasik pedu jika paras air melepasi paras tertentu, terus menghala ke Sungai Pedu, lajak lagi ke Sungai Terap. Air sungai2 ini tidak pernah mudik ke hulu untuk memadu asmara dengan air di Tasik Pedu.

Untuk tidak memanjangkan 'kekaguman tahap gaban' kepada Utusex dan pemuda UMNO, termasuk pimpinan nombor satu dan dua UMNO Kedah, yang berpot-pet tanpa fakta, saya perturunkan laporan teknikal dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang telah disyarahkan oleh YAB Menteri Besar pada sidang DUN 20-22 Nov lalu. Kerana sudah dibentangkan di DUN, maka dokumen ini saya kira sudah menjadi dokumen awam yang boleh mencerdikkan pemuda UMNO yang berdemo di depan wisma  semalam dengan kekuatan ketumbukan sebesar 30 orang. 

Maklumat dari jabatan juga menyatakan laporan ini akan dibentangkan kepada Mukhriz pada esok (21 Disember 2012) setelah dipanggil pada hari ini. Sebelum mendapat laporan yang akan mengunci mulutnya dan menambahkan lapang di kepalanya, dia pun bersyarah sakan di TV3 malam ini, mempelawa MB menaiki helikopter meninjau kawasan itu. Adusss!!! 

1.0       LATAR BELAKANG


1.1 HUTAN SIMPAN PEDU
Hutan Simpan Pedu adalah hutan jenis darat dimana berkeluasan 15,537 hektar dan terletak di bahagian utara Negeri Kedah. Ia telah diwartakan pada 11 September 1952 (No. Warta: F297). Terdapat 52 Kompartmen hutan di dalam Hutan Simpan Pedu di mana kompartmen tersebut adalah berbukit-bukau. Kawasan bertasik yang terdapat didalam kawasan hutan simpanan kekal ini telah menempatkan sebuah empangan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan simpanan air bagi kegunaan pertanian. Ketinggian tertinggi di hutan simpan ini adalah 582 m apl.


1.2 PEMBAHAGIAN DAERAH HUTAN DAN DAERAH SIVIL
Hutan Simpan Pedu adalah terletak di Daerah Hutan Kedah Utara dan Daerah Sivil Padang Terap.

1.3 KAWASAN HUTAN TADAHAN AIR

Hutan Simpan Pedu telah dikelaskan kepada dua (2) iaitu Hutan Pengeluaran dan Hutan Tadahan Air. Semua kompartmen hutan di kawasan Hutan Simpan Pedu adalah dikelaskan sebagai kawasan hutan tadahan air kecuali kompartmen 1, 2, 3, 4, 48, 50, 51 dan 52.


1.4 KEADAAN MUKA BUMI

Terdapat beberapa batang sungai yang mengalir di sekitar Hutan Simpan Pedu antaranya Charok Chabang Dua, Charok Chik, Charok Batang Padi dan Charok Tipek. Aliran sungai-sungai tersebut tidak mengalir ke kawasan empangan sebaliknya aliran sungai tersebut mengalir ke charok-charok sungai kecil sejauh lebih kurang empat (4) km ke Sungai Pedu seterusnya ke Sungai Padang Terap.

Disamping itu beberapa bukit juga terdapat di dalam hutan simpan tersebut antaranya Bukit Merah yang berkitinggian 361 m apl dan Bukit Jani yang berketinggian 315 m apl.


1.5 KAWASAN PENEMPATAN PENDUDUK
Kawasan Projek Agroforestry adalah kawasan yang terletak jauh daripada daripada penempatan penduduk. Walaubagaimanapun, kawasan penempatan penduduk yang dikenalpasti berhampiran iaitu lebih kurang 4 hingga 7 kilometer dengan kawasan projek. Kampung-kampung tersebut dan jarak antara kampung-kampung tersebut dengan kawasan projek pembangunan adalah seperti berikut:-

1) Kg. Tok Chai - ± 4.0 km

2) Kg. Pinang - ± 4.0 km

3) Kg. Datin Fatimah - ± 4.5 km

4) Kg. Tong Pelu - ± 6.5 km

5) Kg. Tangjung Luar - ± 7.5 km

Penduduk kampung tidak bergantung kepada bekalan air masyarakat sebaliknya menggunakan bekalan air yang disediakan oleh pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA).

1.6 AKTIVITI MASYARAKAT SETEMPAT
Masyarakat setempat telah menjalankan beberapa aktiviti untuk menjana pendapatan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengusahakan perladangan getah di sekitar kawasan penempatan dan dusun buah-buahan.

1.7 KAWASAN TADAHAN AIR MASYARAKAT

Tinjauan dan rekod jabatan menunjukkan tiada penggunaan air masyarakat di sekitar kawasan projek. Kawasan penempatan penduduk terhampir juga telah menggunakan air yang dibekalkan oleh kerajaan melalui pihak SADA. Kegunaan air yang dibekalkan oleh SADA ini adalah untuk kegunaan domestik.


1.8 GAMBARAN KASAR KAWASAN SEKITAR KAWASAN EMPANGAN DAN KAWASAN PROJEK

Kawasan yang diusahasil dan Empangan Pedu adalah dipisahkan oleh permatang bukit dan berjarak lebih kurang 300 meter daripada tebing empangan. Sehubungan dengan itu, adalah mustahil bagi air atau mendapan daripada kawasan lesen balak bergerak menaiki permatang secara langsung ke Empangan Pedu.

Gambaran kasar di kawasan usahasil paling hampir dengan kawasan Empangan Pedu adalah seperti berikut:-


2.0 ADUAN BERKAITAN HUTAN SIMPAN PEDU MELALUI MEDIA

Siri aduan awam melalui media telah diterima oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Maklumat mengenai aduan tersebut adalah seperti berikut:- (Tidak termasuk pembohongan di Utusex dan TV3 hari ini yang akan berulang esok dan luasa hingga PRU13)

Media
Tarikh
Tajuk
Malaysiakini
18 Julai 2012
Huge Tracts Of Virgin Forest Being Cleared In Kedah
The Star
16 Ogos 2012
“Logging Intensified In Pedu:
Tree Felled In Former
High Conservation Value Forest
Despite Protests”
MNS: Kedah Is “Short-Sighted”
TV3
19 November 2012
Hutan Di Tasik Pedu Semakin Terancam
New Straits Times
19 November 2012
Alarm Bells Over Rampant Logging
Berita Harian
19 November 2012
Tasik Pedu Terancam
Berita Harian
20 November 2012
Kami Nak Buka Agrotourism
Ekosistem Tasik Pedu Boleh Terjejas
Kosmo
20 November 2012
Azizan Tidak Peduli Kajian EIA
Sinar Harian: Edisi Utara
20 November 2012
Projek akan diteruskan: Azizan

Gambar kawasan projek yg disiarkan Utusex yang dipertahankan dengan ""sumpah Laknat"...lawak betoii!!


Gambar yg saya ambil semasa membuat tinjauan, ini adalah jalan pemisah antara kawasan projek dengan tasik setinggi dan selebar 300 meter

Gambar yg saya ambil dari tasik pedu menghala ke kawasan projek. Tembok di hadapan ialah lebuhraya TEKIH.
 Lakaran gambarajah topografi tanah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan

Sehubungan dengan itu, beberapa siri laporan juga telah dihantar kepada Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi menjawab isu berkaitan perkara yang dibangkitkan.


3.0 KELULUSAN PROJEK AGROFORESTRY (PERHUTANAN TANI)

Kertas cadangan awal projek pembangunan Agroforestry seluas ±400 Ha di Charok Genting Bunga, Pedu telah dikemukakan oleh PKNK melalui Jawatankuasa One Stop Center yang diPengerusikan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri, UPEN. Antara agensi yang terlibat dalam jawatankuasa tersebut adalah seperti Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Alam Sekitar, Pentadbir Tanah serta agensi-agensi awam lain yang berkaitan. Semua maklumbalas terhadap penubuhan projek Agroforestry telah dikemukakan oleh semua agensi termasuklah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

Pihak UPEN telah mengangkat kertas kerja projek tersebut untuk pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK). Pada peringkat permulaan perlaksanaan projek, MMK Negeri Kedah pada 2010 (Kertas No 6 (E) 300/2010) telah bersetuju meluluskan permohonan Kompartmen 52, Hutan Simpan Pedu bagi maksud Projek Agroteknologi. Walaubagaimanapun, pada 1 Jun 2011, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah sekali lagi bersidang dan telah bersetuju meluluskan pembetulan kompartmen 52 kepada Kompartmen 48 dan 50, Hutan Simpan Pedu bagi maksud Projek Agroteknologi kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Cabutan Keputusan Majlis kertas No 6 (E) 223/2011 adalah seperti di Lampiran 3.
MMK membuat keputusan dimana PKNK telahpun diberi kelulusan tanah bagi menjalankan projek pembangunan Agroforestry. Kawasan ini akan dibangunkan dengan projek pertanian untuk tujuan pengeluaran produk hiliran dari sumber buah-buahan. Oleh itu, pengusahasilan kawasan ini adalah secara tebang habis.

Susulan daripada kelulusan tersebut, Kerajaan Negeri melalui JKTHB yang bersidang pada 25 Ogos 2011 telah meluluskan kawasan pembalakan di Hutan Simpan Pedu tersebut untuk tujuan penubuhan Projek Agroforestry.

Daripada empat (4) kawasan yang telah diluluskan, sehingga kini hanya tiga (3) kawasan yang telah dilesenkan. Status kawasan usahasil adalah sebagaimana berikut:-

Kompt
Luas (ha)
Pelesen
No Lesen
Tarikh Kuatkuasa Lesen
Kemajuan (%)
50 A
97
Shan Hap Enterprise
Dalam Proses Perlesenan
-
0
50 B
87
PMBKed
KU01-(P)-05-2012
10/4/2012-9/10/2012
100
48 A
92
Kumpulan Ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd.
KU01-(P)-06-2012
23/4/2012-22/10/2012
100
48 B
92
SP Kayu Emas Trading
KU01-(P)-14-2012
20/6/2012-19/12/2012
95
                            

Kawasan usahasil di kompt 48 dan 50 adalah di kelaskan sebagai Hutan Dipterokarpa Pamah di mana ketinggian di kawasan tersebut adalah diantara 100 m apl hingga 300 m apl.

4.0 LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR (EIA)

Menurut cabutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman bertarikh 5 September 2012, rujukan: Kertas No. 6(F) 283/2012 dalam [PSUK (K) 14-1423 JLD 3], MMK telah bersetuju meluluskan projek pembangunan Agroforestry kepada PKNK dan pihak jabatan telahpun meminta PKNK menyediakan laporan EIA bagi projek tersebut.

Kekeliruan timbul bagi penyediaan EIA disebabkan keputusan MMK memberi projek pembangunan ladang (tanah) kepada PKNK manakala kelulusan pembalakan diberikan kepada pengusaha pembalakan di Negeri Kedah.

Pada masa sekarang pihak PKNK sedang menyediakan laporan EIA bagi projek tersebut.


5.0 KEMAJUAN PROJEK PENGUSAHASILAN

Kemajuan projek agroforestry dibahagi kepada 2 iaitu kemajuan dari segi kerja-kerja usahasil yang dijalankan dikawasan projek dan kemajuan kerja-kerja penubuhan ladang Agroforestry. Kemjuan-kemajuan tersebut adalah seperti yang dipaparkan dalam jadual dibawah:-

Kompt
Luas (ha)
Pelesen
No Lesen
Tarikh Kuatkuasa Lesen
Kemajuan Usahasil (%)
Kemajuan Penubuhan Ladang (%)
50 A
97
Shan Hap Enterprise
Dalam Proses Perlesenan
-
0
0
50 B
87
PMBKed
KU01-(P)-05-2012
10/4/2012-9/10/2012
100
0
48 A
92
Kumpulan Ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd.
KU01-(P)-06-2012
23/4/2012-22/10/2012
100
0
48 B
92
SP Kayu Emas Trading
KU01-(P)-14-2012
20/6/2012-19/12/2012
95
0

Pada masa sekarang, jabatan telah mengarahkan kerja-kerja penebangan pokok dalam kawasan usahasil dihentikan sehingga laporan EIA dikemukakan.

Walaubagaimanapun, kerja-kerja pengeluaran kayu masih diteruskan bagi mengelakkan susut nilai pada kayu yang telah ditebang seterusnya mendatangkan kerugian kepada Kerajaan Negeri.


6.0 KESAN KEPADA ALAM SEKITAR

Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kedah sentiasa serius dalam pengawalan ke atas alam sekitar khususnya kawasan Hutan Simpanan Kekal. Berikut adalah tindakan langkah-langkah pengawalan yang telah diambil bagi mengawal pencemaran alam sekitar di kawasan Projek Agroforestry:-

Langkah-langkah mencegah hakisan di kawasan Projek Agroforestry yang telah diambil antaranya pembinaan jalan hutan termasuk jalan-jalan sekunder bagi pengeluaran kayu balak adalah mengikut prosedur dan spesifikasi jalan hutan seperti yang terkandung di dalam Garis Panduan Jalan Hutan 2010 yang telah di keluarkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Garis panduan tersebut juga meliputi aspek pembinaan jambatan, perangkap lumpur (Sump), dan parit lintang (Cross-Drain) dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal.

Pihak Jabatan juga telah mengsyorkan kepada pemaju agar menanam spesies kekacang penutup bumi di kawasan terbuka bagi mengelakkan hakisan tanah dari berlaku.

“Check Dam” atau perangkap lumpur yang berbentuk takungan perlu disediakan bagi mengatasi mendapan lumpur sekiranya berlaku hujan lebat yang berterusan.


7.0 PERBINCANGAN

Aktiviti pengusahasilan yang diamalkan oleh jabatan adalah berdasarkan Sistem Pengurusan Hutan Secara Berkekalan iaitu merupakan sistem yang digunakan bagi memastikan sumber semulajadi tersebut masih boleh di usahasil pada masa akan datang.

Pada pandangan kerajaan, Pembangunan Projek Agroforestry ini akan menyediakan pusat perlancongan baru (alternatif) kepada Tasik Pedu dan ianya mampu menjana pendapatan baru terhadap penduduk kampung sekitar secara tidak langsung.

Pembangunan ladang hutan adalah projek yang dilakukan dikawasan hutan miskin. Kawasan yang dipilih adalah terdiri daripada kawasan hutan simpan yang dikelaskan sebagai kawasan hutan pengeluaran. Disebabkan kawasan hutan yang miskin, pembangunan ladang hutan ini telah dijalankan bagi meningkatkan nilai guna tanah di kawasan hutan tersebut. Selain daripada itu, cadangan pembangunan ladang hutan ini akan mendatangkan kebaikan kepada penduduk tempatan dalam menyediakan peluang pekerjaan, kemudahan perniagaan, peningkatan kemudahan infrastruktur, perkongsian teknologi terkini penanaman.

Secara keseluruhannya, sekiranya berlaku hujan yang berterusan aliran air tidak akan mengalir ke kawasan empangan dan tidak menimbulkan kesan alam sekitar mahupun pencemaran air terhadap penduduk kampung. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan kepentingan Tasik Pedu sebagai takungan air bagi tujuan pengairan pertanian (sawah padi) dan domestik, oleh itu aduan media yang menyatakan Tasik Pedu terancam adalah tidak berasas memandangkan aktiviti pembanguanan tidak memberi kesan secara langsung kepada Empangan Pedu.

Kawasan pembangunan Projek Agrotourism dijalankan mengikut perancangan pembangunan oleh PKNK dan sentiasa dipantau bersama oleh pihak jabatan. Dengan adanya Lebuhraya TEKIH, projek ini dilihat akan menjadi tambah nilai (value added) kepada tarikan pelancongan selain Tasik Pedu yang sememangnya terkenal sebagai dsetinasi pelancongan.

Lakaran kedudukan tapak Projek Agrotourism dan Tasik pedu yang dipisahkan oleh Lebuhraya TEKIH. ( apl- atas paras laut).





1 comment:

  1. Tekih d buat utk ujudkan kegiatan ekonomi d kwasan pdg terap sik dan baling molek dh la tu cuma yg memilukan hati umno sbb tak dan buat sblm 2008 maka jd lah umpama hantu raya tak d jamu telor mengamuk satu kampong tp tak pa bomo dok pisah nak tangkap masuk dlm botol dh

    ReplyDelete