Dia jarang terpalit dengan skandal sepanjang menjadi exco di bawah beberapa Menteri Besar, hanya dalam pengambilan tanah Kg Batin dan pembinaan Tesco Mergong namanya disebut orang. Itupun mungkin kerana dia adalah Adun di kawasan itu dan Exco Kerajaan Tempatan.
Saingannya dalam politik UMNO untuk memimpin Kedah ialah Timbalannya Dato' Mukhriz Tun Mahadhir, bekas MB Dato' Mahdzir Khalid dan seorang muka baru yang masih 'bersih' dari sebarang isu di Kedah.
| Antara cubaan yang GAGAL untuk mencalarkan PAS/PR di Kedah...Demo isu rumah |
![]() |
| Sebahagian senarai salah laku kewangan GLC oleh pemimpin UMNO sewaktu memerintah Kedah... |
![]() |
| Gelak sementara boleh...lepas ni jawab!! |
Sejarah Insaniah bagaikan ditulis semula di buku baru. Kampus baru di Kuala Ketil membuatkan kepala pemimpin UMNO tergeleng-geleng tanpa disedari sambil hati bertanya...Kenapa bukan kita yang buat? Pembalakan menjadi duri yang tertanam di tapak kaki pemimpin UMNO. Kenapa kita dulu tidak mengkayakan negeri, tetapi mengkayakan diri? Kenapa PAS boleh melonjakkan pembalakan hingga melondehkan kebobrokan UMNO? Ini semua pemimpin bawah punya pasal, depa minta duit dan kita perlukan duit untuk mengekalkan kedudukan dalam parti. Duit itulah penyambung hayat semua peringkat kepimpinan UMNO.
Sesekali UMNO melontar bom di daerah pencapaian cemerlang PAS/PR. Insaniah, Aman Central, keharmonian dengan pegawai dan ketelusan pemimpin. Ada riak-riak yang berkocak, tetapi tiada yang tumpah. Insaniah terjawab mudah dengan pengiktirafan 4 bintang oleh MQA dua hari lalu. Aman Central yang disekat dengan Solahiah akan selesai menjelang 19 November nanti.
| MB Ustaz Azizan menjawab mudah isu UUM yang digunakan untuk menghodohkan PAS/PR |
Pukulan paling sakit ialah pendedahan projek sakit dan salah laku kewangan. Muncul satu demi satu calar yang kian menjadi kudis dan bisul, merebak dan menunggu pecah. Laporan pertama kes udang kerpan mengunci mulut beberapa pemimpin. Ada sembilan lagi yang akan dilaporkan, tiap-tiap laporan akan menikam seluruh tubuh UMNO/BN. Paling terdedah untuk tikaman ialah bekas pemimpin nombor satu kerajaan. Paling pedih untuk menghadapinya ialah pemimpin nombor satu UMNO sekarang.
Secara jujur semua itu harus dihadapi oleh UMNO/BN sebagai sebuah pasukan, untuk membuktikan kesatuan mereka sebagai sebuah parti dan pakatan paling ampuh. Hakikatnya tidak! Siapa yang buat dia kena tanggung, kalau tak mahu dibelasah terok, kepala jangan panggong.
Sunyi sepi cyber trooper dan facebooker UMNO yang sekian lama menyerang PAS/PR dengan caki maki dan rekayasa. Hanya isu-isu luar Kedah dibawa masuk untuk menutup satu kudis yang terdedah.
Sebagai ketua, Bashah punya tanggungjawab berat. Dia muncul juga menawarkan kerjasama untuk disiasat, dan di siat-siat. Dia bersedia sebab dia tahu siapa yang akan disiat-siat...bukan aku! Bila dimaklumkan PAS akan buat road show mendedahkan kepincangan itu, dia tidak mampu menjawab isu, tetapi mengalih arah mengatakan PAS hanya tahu berceramah.
Memang PAS mahir menganjurkan ceramah, atas dorongan dan 'sokongan' UMNO juga. Kalaulah media arus perdana memberi ruang yang sama rata kepada PAS, senarionya tentu berubah. PAS tak akan pandai berceramah, tapi UMNO sudah lama masuk kubur.
BN sedia disiasat, katanya. Bashah menyandarkan semua salah silap itu kepada BN, walaupun dia sangat mengerti bahawa pelaku utama adalah pemimpin UMNO. Dia menumpang umbi besar BN untuk mengelak calar besar pada batang UMNO. Apa kata Gerakan, apa reaksi MCA, MIC pula bagaimana?




No comments:
Post a Comment