Tuesday, August 17, 2010

Banjir dan Balak di Sik Part 3 : Menjawab Komen Blog-blog Spesis UMNO

Ni satu lagi komen kaum bengap ka apa ka? Zamani menulis...

...ko ni setpol, kalu nk jd munafik pun jgnla di bulan yg baik ni,dah terang2 lesen tu lulus tahun 2010 ko kata lesen 2009, ko nak tipu org tua sik boleh la,ha! satu g kat mekah banjir berapa kali setahun,berapa ml/y,ni aku nak post lik ko jgn delete lak jgn jd dayus...

http://theflyingkick.blogspot.com/2010/08/terang-terang-pembohong-setpol-menteri.html

Si mamat zamani ni pun satu, saya tulis kawasan pembalakan di Rimba Teloi tu dilulus pada mesyuarat JK Hasil Bumi pada 25 ogos 2005 dan 9 November 2005, dia pi tuduh saya munafik di bulan ramadhan pulak. Dia kata pulak saya tulis lulus 2009...saya cari kat mana saya tulis lulus 2009 tu, sampai la ni tak jumpa.

Saya terima hakikat bahawa nak cerita dengan spesis UMNO bagi depa faham memang payah. Sebab tu depa duduk dalam UMNO juga walau dibentang hujah dan bukti apapun. Depa ni jenis orang yang hanya nampak apa yang ada depan mata, manakala yang tersirat, proses sebelumnya, selepasnya, kaitan dan rentetan sesuatu hal, amat kurang difahami. Sebab itu, dalam hal pelaksanaan Islam, bagi depa Islam hanya lah apa yang telah dibuat depan mata oleh UMNO. Islam yang belum dibuat, belum dilaksana, tak pernah dilihat, yang depa tak belajar lagi , yang tak selari dengan selera depa, depa anggaplah Islam ala PAS. Ini fikrah yg ada di kalangan UMNO di semua peringkat.

Orang yang ada fikrah macam ni menganut satu fahaman tahyul yang kian terhakis sedikit demi sedikit. Tahyul itu ialah, hanya sanya UMNO sajalah yang boleh memerintah di negara ini, orang lain tak boleh. Sebabnya ialah, sejak lahir, depa hanya nampak UMNO dan BN saja jadi kerajaan. Bila BN/UMNO kalah di beberapa negeri, parti lain pun boleh memerintah...tahyul tu mula terhakis.
.
Mereka juga berfahaman sesiapa yang lawan UMNO adalah lawan kerajaan dan menderhaka. Depa tak reti lagi nak bezakan UMNO sebagai sebuah parti politik dengan kerajaan yang menjadi entiti sebuah negara berdaulat. Sebab itu depa selalu merujuk kerajaan negeri Kedah, Kelantan dan Selangor sebagai kerajaan pembangkang. Istilah ini hanya ada dalam kamus UMNO di Malaysia. Orang jenis ini juga bertaklik bahawa hanya UMNO mampu membawa pembangunan dan kemajuan. Bila dihujahkan bahawa di negara-negara maju, hatta di Singapura, Thailand, malah di Amerika dan Australia yang lebih maju dari kita dalam bab pembangunan, tak ada UMNO pun! Depa tetap tak dapat terima kerana tak nampak depan mata. Nak nampak macam mana? Sesetengahnya tak pernah pi mana pun!
.
Sama jugalah macam gambar di papan iklan syarikat pembalakan di Rimba Teloi yang mencatatkan lesen menebang bertarikh 2010, depa tetap mengatakan kerajaan sekaranglah yang meluluskan kawasan itu untuk pembalakan. Padahal, tarikh pada papan itu antara bulan Mac 2010 hingga bulan Sept 2010 ialah tarikh lesen menebang balak itu berkuatkuasa. Sebelum dan selepas tarikh itu, penebangan tak boleh dilakukan. Kenapa lesen menebang dan mengeluarkan kayu balak itu diberikan kepada syarikat itu? Ia adalah kerana syarikat itu telah mendapat konsesi balak kawasan itu yang diluluskan oleh kerajaan BN pada 2005!
.
Dari mana saya dapat tarikh kelulusan pada 2005 itu? Dari rekod dan laporan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Jabatan itulah yang menyimpan semua rekod dan maklumat pembalakan, bukan YB UMNO atau Timbalan Pengerusi UMNO Negeri, juga bukan tukang tangkap gambar yang tak tau gambar apa dia ambil.
.
Rekod jabatan itu juga mengesahkan tiada sebarang kelulusan kawasan membalak di Rimba Teloi yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri PR yang ada sekarang. Tak faham lagi tak tau laaaa...nanti saya scan laporan tu besar-besar, saya muatkan di sini... dan saya bulatkan tarikh kelulusannya...tapi mungkin juga depa tak percaya sebab di atas laporan tu tak ada tertulis Utusan Malaysia ataupun TV3!
.
Kalau susah sangat nak faham biar saya jelaskan begini! Kelulusan kawasan pembalakan kepada syarikat Meng Heng di Hutan Simpan Rimba Teloi oleh kerajaan BN pada 2005 adalah seperti Akad Nikah...manakala lesen menebang pada 2010 adalah seperti proses kerja-kerja buat anak... kalaupun depa 'buat anak' sampai banjir lumpur masuk rumah orang... puncanya kerana ada 'akad nikah' oleh UMNO/BN pada 2005. faham dak lagi? Tak faham jugak? Memang sah UMNO!
.

5 comments:

  1. xbulih ka 'akad nikah' yang tuan setpol kata diLULUSkan oleh UMNO tu ditarik balik???? jangan bagi alasan xdak kuasa nak buat.... kami rakyat KEDAH dah bagi kuasa untuk mentadbir negeri KEDAH DARULAMAN kat kerajaan sekarang ni... dan saya (mungkin sebahagian yang lain) dah muak dengan alasan 'bangau oh bangau'yang selalu diberikan, 2thn lebih dah... buleh teqa tu??? agak2 brani dak nak approave komen saya ni?

    ReplyDelete
  2. kuasa memang ada tapi dalam hal ini aku rasa x boleh ditarik balik..kerana kerajaan negeri akan menerima bahananya...ada benda yg boleh ditarik balik dan ada benda yg tidak boleh ditarik balik..kerajaan kelantan adalah contoh terbaik...pasal-pasal balak ni....aku tak yg kapueka mengundi PR tempoh hari...

    ReplyDelete
  3. keputusan-keputusan seperti ini mengikat (bind)kerajaan sebagai pihak berkuasa negeri, ia tidak mengikat individu sebagai MB atau EXCO. Ia sama seperti perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh mana-mana kerajaan didunia. Membatalkan kelulusan yang dibuat mengikut undang-undang sedia ada akan mengakibatkan kerajaan menghadapi tindakan undang-undang. Lihat kerajaan neg Pahang dijatuhkan hukuman bayar gantirugi RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan walaupun ia adalah kes lama sebelum DS Adnan Yaakob menjadi MB. Begitu juga kelantan yang diarahkan oleh mahkamah membayar kpd sebuah syarikat dr singapura walaupun dealing itu berlaku diwaktu BN memerintah Kelantan.

    Kes serupa berlaku kepada sebuah kuari di Singkir yang menghadapi bantahan penduduk akibat banjir lumpur. Kerajaan harus bersedia menghadapi tuntutan puluhan juta jika membatalkan kelulusan kuari tersebut.

    Sebab itu, semua tindakan dan urusan kerajaan harus mengambilkira kesannya apada masa hadapan. Umpamanya kes Kedah Marble di Langkawi, Walaupun telah menutup operasi, tetapi perjanjian dan kelulusan kepada syarikat itu masih berkuatkuasa. Mereka menuntut RM50 juta jika kerajaan berhasrat memberikan kelulusan operasi marble Langkawi kpd syarikat lain.

    Kes yang sama juga berlaku dalam kes penswastaan bekalan air di Langkawi kepada Teleworks sdn bhd. Walaupun kerajaan terpaksa top-up bayaran kepada syarikat itu puluhan juta setahun, perjanjian penswastaan itu tidak dapat ditamatkan sehingga tahun 2020. Perjanjian di zaman UMNO memerintah kedah ini mengakibatkan negeri terpaksa membayar hingga 70 juta kepada syarikat itu walaupun kutipan mereka hanya 32 juta. Inilah kerja kerja di zaman UMNO yang mengikat kerajaan sekarang walaupun telah bertukar partii memerintah.

    Pihak kerajaan negeri sekarang sedang mencari kaedah terbaik untuk memperbetulkan perjanjian yang mengikat kerajaan tetapi hanya menguntungkan syarikat dan merugikan rakyat.

    Ada banyak lagi senario seumpamanya, sebab itu BN tidak boleh dibenarkan lagi menang dan memerintah negeri ini...kalau rakyat tidak mahu terbabit dalam tindakan yang merugikan.

    ReplyDelete
  4. Kalau dah bangang tu bangang jugak la...jawab pi lah macamana pun..buat lah apa pun..macam tu juga lah depa nanti dok maintain kebangangan berlapis-lapis tu! ( InsyAllah, tak batal kut posa aku..Fakta>>> Badar Al-Kubra berlaku dalam bulan posa )

    Wahai kapueka 'the swinging bowl'(amboii..sedap hang kata kat orang 'bangau' no..)..kalu ikut logik kepala hang, ditakdirkan lah hang bercerai dgn bini hang...konpom! hang nanti tinggai anak2 hang kat janda hang....nafkah sekepiang pun hang x hulur biar janda hang kelupur cari makan sendiri bela anak2 hang atau pun bekas mertua hang nanti kena runtun...yang hang tau..sedap buat anak ja...jenis tak reti makna tanggungjawab dan amanah.....!! hampehhh punya jantan!( jawab mcm ni kut2 hang buleh paham sikit kut...dah jawapan Supol(sanusi)yang straight forwad dan berfakta hang x buleh nak paham2)

    Hang Tuah kata ( kalu betui la), "Tak akan Melayu hilang di dunia"..tapi yang aku pasti bukan jenis Melayu bangang macam hang la kapueka!( dan yang sewaktu dengannya)..spesis macam hang ni adalah saki baki yang aku rasa tinggai x berapa hari dah nak lenyap ditelan zaman.

    "Zaman dah berubah, dunia dah maju,..kapueka and the gang????"

    ReplyDelete
  5. Lama tak komen dalam blog setpol mb ni. bukan apa, tahun ni nekad nak perabeh teraweh bagi cukup full. apa yang dijawab setpol dah sah dan complete dengan fakta, dok tak faham lagi ka.Sepatutnya sebelum kita nak komen, kena pikiaq dua tiga kali dulu, ni dak, tau dok hentam orang buat semua tak kena, depa saja yang kena, ni lah perangai melayu umno yang sudah dilatih supaya tidak mau terima kebenaran. depa buat semua elok, tapi anak bini dirumah tak pakai tudung tak mau nak tegoq, zaman moden kunun, walhal dia tak tau, nanti diakhirat rambut anak bini dia tu dibakar api neraka.Begitu juga hal bah di sik, baling tu. boh muka depan kunun kerajaan pr kedah tak tau tadbir negeri. apa yang kena?. Last last puak-puak pemuda aloq setaq bebai, bukan pasai apa , pulus punya pasai lah.tok sah dok ligan sangat dunia ni, nanti tak dan pijak kaki bumi.pikiaq secara rasional apa yang orang buat untuk kebaikan rakyat negeri kedah.

    ReplyDelete