Tuesday, May 4, 2010

'Mengkalaikan' NGO dan Parti Yang Sealiran Dengan 'Kegilaan' Kalai

Sekali sekala muncul pun 'gila' sakan si Kalai ni… dia ni antara spesis Ketua Bahagian PKR yang paling awal membuat lompatan kerana duit. Dia berduit dari lompatannya pada pilihanraya Bukit Selambau gara-gara tak dapat jadi calon. Masa dalam PKR pun macam-macam dia tuntut sebaik saja PR menubuhkan kerajaan di Kedah. Dia calon DUN Gurun yang kalah kepada Dr Leong Yong Kong. Kata seorang pengundi Gurun, kalau bukan Kalai, Dr Leong tak akan menang!
.
Kali pertama dia datang ke Pejabat MB minta jadi Senator. Lepas tu dia bawa senarai kawan dan keluarga dia minta jadi ahli majlis. Lepas tu bawa senarai untuk orang dia dilantik jadi ketua kampong (MKK). Antara permintaan dia ialah ‘orang-orang dia' di Gurun minta jadi Ahli Majlis Daerah Yan, kerana MPSPk sudah penuh. Puas juga nak explain kat dia bahawa pembahagian kerusi Ahli Majlis dibuat di peringkat parti, bukan dibuat atas dasar kawan dan keluarga.
.
Lepas tu bawa senarai untuk dilantik ke MKK, antaranya menjalar hingga keluar DUN Gurun, malah sampai ke Dun Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeneri dan Tanjong Dawai. Saya katakan MKK ialah ketua yang dilantik di kalangan orang tempatan yang dikehendaki oleh penduduk kampong itu, tak boleh sama sekali orang Gurun nak jadi MKK di Bukit Selambau.
.
Pernah satu ketika, rombongan dia seramai 50 orang penuh di Tingkat 3, Blok A, Wisma darul Aman, kononnya, ramai orang sokong cadangan dia untuk Ahli Majlis dan MKK….kelammm!
Satu hari tu, saya dah tak dapat melayan meroyan depa, saya minta tunggu di bilik Ust Hasan Razak di sebelah, Bila Ust Hasan datang ke pejabat esok hari, pejabat dia ‘cerah’, termasuk notepad yang dok dalam laci. Saya sungguh tak sangka!
.
Entah macam mana, ada orang-orang dia terlantik sebagai Ahli Majlis, antaranya isteri dia di MPSPk. Ada yang jadi MKK. Bila dia dan kaum kerabatnya istihar keluar PKR masa PRK Bukit Selambau, depa itu pun turut bermasalah.
.
Seingat saya, bukan sekali dia jumpa Menteri Besar untuk minta jadi Senator. MB jawab bukan hak MB untuk tentukan senator dari PKR. Kerusi itu cuma dua, satu untuk PKR satu untuk PAS. Dia kena berbincang dengan PKR Pusat. Dia jadi marah.
.
Kali keempat dia datang, dia minta peruntukan daripada MB untuk memasang peti aduan berjumlah 700 unit di seluruh DUN Gurun. Bentuk dan fungsinya macam peti POS. Kosnya seunit RM300. Saya tergelak sakan, hairan! dari mana dia dapat idea ‘gila’ tu. Sapa nak kutip kertas aduan dalam tu? Saya bertanya. Dia kata dia dah lantik petugas (macam posmen la kot) untuk buat tugasan itu. Saya pun siasat sapa punya idea. Akhirnya YB Arumugam (Exco waktu itu) memberi tajuk filem tamil dan nama heronya sekali yang buat ‘kerja’ tu di layar perak filem tamil. Saya tersemboq Nescafe di bilik YB Aru.
.
Kali terakhir dia datang minta jadi calon Bukit Selambau. MB tak mau jumpa dia membuatkan dia berang. Habis dia maki hamun. Katanya MB sombong dan angkuh kerana tak mau berjumpa rakyat macam dia. Saya katakan bukan kuasa MB untuk tentukan calon PKR Bukit Selambau, ia diputuskan oleh Dato’ Seri Anwar dan PKR Pusat. Saya minta dia ‘melobi’ ke Kuala Lumpur, tempat dia cari makan sewaktu menjadi ‘aktivis masyarakat’. Saya kenal dia sewaktu Gerak dilancarkan di kuala Lumpur pada tahun 1998, dia pakai seluar dan jacket jeans dan pasang tags (batch) penuh badan. Ada kepala lembu, ada ISA, ada suaram, ada macam-macam lagi. Rambut dia….ayo-yo…Alpro maksimum. ‘Maggi pun bukan, sarang tebuan pun bukan…lebih dari itu….
.
Semalam dia muncul lagi. Kali ni dengan idea yang lebih gila dari peti cadangan tepi jalan di Gurun dulu. Nak melucutkan kerakyatan YB Kubang rotan pulak! Aiyo-yo!...
.
YB Firdaus Jaafar masih menyimpan video pengakuan seorang apek tua di Padang Lembu yang memberi RM12 ribu kepada Kalaivanar (pendahuluan) untuk membeli sebidang tanah lot kediaman di Pekan Gurun yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada Kalai (kononnya). Duit tu dikirimkan anaknya yang bekerja di Vietnam atau Kemboja. Kasihan sungguh orang tua itu dikerjakan oleh Kalai. Ada berpuluh cek tendang milik Kalai yang disimpan orang pernah dikenakannya.
.
Sapa-sapa yang tumpang sekaki dengan Kalai kelmarin atau tumpang 'beli' lompatan dia dalam PRK Bkt Selambau memang dalam bahaya. Kalau tak sebodoh kalai pun, tempias kebodohan maksima itu pasti terpalit juaaaa….jaga-jaga ! Rambut saja nampak lain, orangnya tetap sama!
.

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. glamor atau tidak itu tak penting...
    yang penting sekarang ni pentadbiran PAS di kedah telah di tolak mentah-mentah oleh generasi muda, mereka melihat dan memahami kaedah dan sikap pentadbiran PAS yang indah kabar dari rupa dan trooper2 PAS yang tidak berinfomasi serta beradab ketika membuat kenyataan telah menjelaskan keperibadian Parti PAS sendiri, ini diakui sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad.

    Manakala isu yang membabitkan Adun Jeneri (PAS) YB Tuan Haji Yahya Bin Abdullah (Cikgu Ya) yang di perkatakan oleh Kedah La Ni tidak dapat di nafikan oleh Trooper PAS mahu pun pemimpin PAS sendiri sehingga lah ke hari ini.

    Di Manakah kewibawaan PAS untuk memimpin Rakyat terutama sekali Muslimin/Muslimat 1Malaysia ?
    sekiranya diri sendiri masih ada sifat membangkang, bukannya bersifat memimpin & melaksana.

    ReplyDelete
  3. bro Padi Jantan...Apa crita Cikgu Ya...x tau pon..kalau panas crita la....x kan nak simpan sorg kot...

    ReplyDelete
  4. lunchai tengok kat facebook Kedah La Ni
    Gempaq 1Malaysia tu... modainya Rm 4 Kupang je..

    ReplyDelete
  5. apa masalah cikgu ya...itu kami nak tau...padi jantan.....memANG SAH AHLI UMNO APCO....AKU KATA HANG SORANG SAJA YG DOK KETAHUAN PUNCA....SEBAB KALAH P/R...

    ReplyDelete
  6. TOLAK PEMERINTAH PAS KEDAH ATAU TOLAK UMNO PERINTAH MALAYSIA...AKU GENERASI MUDA TAK PERNAH MENOLAK PEMERINTAH PAS KEDAH.....INILAH SIKAP AHLI UMNO.....YANG DAN JAHIL....MAKLUMAT DAN ANALISIS...

    ReplyDelete
  7. Salam Takziah Bro Sanusi, dengaq habaq nak bungkuih betoi ka ? bila cadangan nak paking barang tu ? kalau nak pakai lori habaq la, kalau byk sgt kita bagi kontena. hehehehe...

    ReplyDelete
  8. padi jantan dengan kalai saling tak tumpah,,,beza cuma warna kulit dan rambut, kepala hotak dan pendekatan politik sama dan serupa. Padi jantan adalah kalai melayu dan kalai adalah padi jantan india.

    ReplyDelete
  9. kalai kalai he3333... Aku pun nak panjat juga wisma darul aman tu minta pingat PJK je nak tunjuk kat cucu hasil sumbangan datuk dia masa idup.

    ReplyDelete