Friday, July 31, 2009

Pembongkaran Komplot UMNO/BN dalam Kes Pembalakan Bukit Kachi Untuk Mencemarkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

PENGUMUMAN: SATU SIDANG MEDIA akan diadakan di pejabat Tetuan Rizal & Hafez yang beralamat di No 82, Kompleks Perniagaan Utama, Jalan Sultanah Sambungan, 05350, Alor Setar, Kedah. Tel : 04-7414331. pada JAM 10 PAGI 31 JULAI 2009. (esok)
Saya telah mengambil inisiatif mengadakan pertemuan sendiri dengan beberapa pihak terlibat untuk mengetahui kedudukan sebenar kes yang dibangkitkan dalam saman sivil terhadap sebuah syarikat pelesen membalak, dan beberapa individu termasuk dua orang Pegawai Khas YAB MB Kedah, yang dilaporkan dalam Buletin Utama dan beberapa akhbar. Penemuan saya adalah seperti berikut:

1. CH Lim tidak pernah mengarahkan mana-mana peguam atau mana-mana pihak memfailkan apa-apa kes di mahkamah bagi pihak dirinya dalam kes pembalakan di Lot 1771, Bukit Kachi, Sintok, Kedah.
2. Tandatangan di affidavit yang diikrarkan melalui peguam En. Zul Azri Bin Abdul Khalil Peguambela & Peguamcara dari Tetuan Malek & Associates yang mendakwa mewakili dirinya di hadapan pesuruhjaya sumpah adalah tandatangan palsu yang dibuat oleh pihak lain.
3. Beliau amat terkejut apabila hanya mengetahui kes yang melibatkan dirinya melalui Buletin Utama TV3 pada 28 Julai 2009.
4. Peguam En. Zul Azri Bin Abdul Khalil yang mendakwa mewakili CH Lim dalam kes ini, dan Pesuruhjaya Sumpah yang menyaksikan affidavit yang diikrarkan tidak pernah berjumpa dengan Encik CH Lim. Mereka telah bersubahat dengan pihak-pihak tertentu dengan memalsukan tandatangan untuk menipu mahkamah.
5. Encik CH Lim telah mengikrarkan satu Akuan Bersumpah bertarikh 30 Julai 2009 menafikan penglibatan beliau dalam kes saman ini. (salinan disertakan).
6. Encik CH Lim juga telah membuat laporan polis pada 30 Julai 2009 terhadap pihak-pihak yang menggunakan nama beliau dalam mengemukakan kes ini di mahkamah.
7. Kes tersebut difailkan oleh pihak yang mendakwa mewakili beliau oleh bekas pekerja beliau (Ong Choon Seng) yang telah diberhentikan. Beliau telah membenarkan dirinya dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan buruk sangka dan merosakkan nama baik dua orang Pegawai Khas Menteri Besar yang disebutkan nama mereka dalam akhbar dan Televisyen.
8. Terdapat komplot tertentu yang cuba memberikan persepsi buruk kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB MB dengan mendakwa dua Pegawai Khas beliau terlibat dalam kes ini, didalangi oleh agen-agen parti pembangkang di Kedah.
9. Metro Sunview Sdn. Bhd tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam kerja-kerja pembalakan di Lot 1771, Bukit Kachi, Sintok.
10. En CH Lim telah menyelesaikan pertikaian beliau dengan syarikat AY Trading melalui peguam beliau mengikut klausa-klausa yang terkandung dalam perjanjian antara kedua-dua pihak. Metro Sunview Sdn. Bhd. tidak terlibat sama-sekali dalam pertikaian tersebut.
Sehubungan dengan rancangan jahat ini,saya telah mengarahkan dua pegawai Khas tersebut mengambil mengemukakan tindakan mahkamah (saman fitnah/malu) terhadap pihak-pihak yang terlibat membuat tuduhan fitnah/ menyalahgunakan mahkamah sehingga mendatangkan kesan buruk/mencemarkan nama baik mereka, melibatkan pihak seperti berikut:
1. Peguam yang mendakwa mewakili CH Lim dan mengikrarkan afidavit palsu (En. Zul Azri Bin Abdul Khalil Peguambela & Peguamcara dari Tetuan Malek & Associates). Satu laporan lengkap juga akan dihantar kepada Majlis Peguam untuk mengambil tindakan kepada peguam tidak beretika seperti mereka.
2. Media yang menyiarkan berita/kes fitnah ini - TV3, Sinar Harian, Harian Metro, RTM, Laman Blog "Sungguhkaaa", dam lain-lain.
3. Pesuruhjaya sumpah yang menyaksikan ikrar afidavit palsu.
4. Bekas pekerja CH Lim (Ong Choon Seng) yang mendakwa mewakili/rakan kongsi CH Lim.
Akhir sekali, saya ingin mengingatkan kepada sesiapa sahaja yang berkomplot membuat rancangan ini supaya menghentikan rancangan jahat seperti ini segera. Sekian.




Gambar Atas: En CH Lim (berbaju gelap) sedang memberikan penjelasan kepada saya, Che Had Dhali dan peguam beliau.

Gambar bawah: En CH Lim sedang menandatangani Akuan Bersumpah menafikan penglibatan beliau dalam kes ini di hadapan Pesuruh Jaya Sumpah.
Akuan Bersumpah En CH Lim.

Wednesday, July 29, 2009

Pembangunan Negeri kedah perlukan sistem nilai dan kayu ukur baru

Amat besar tanggungjawab dan cabaran untuk mengagaskan satu rupa bentuk dan tanggapan baru sebuah pembangunan negeri di celah-celah sistem dunia yang sudah berkongsi satu sistem nilai dan weltangsheung (tasawwur) yang satu.


Corak dan bentuk pembangunan dunia sudah dikuasai sepenuhnya oleh teori dan praktis kelompok fahaman modenisme, pragmatisme, kapitalisme dan gerombolannya. Dunia sudah menjadi satu. Paksaan sistem barat ke timut sudah berjaya sepenuhnya menjadi universal sifatnya. Teori W.W.R Rostow tentang halangan dualisme dan 5 tahap pembangunan negara bangsa sudah melepasi tahap ahkir matlamat pembangunan dunia moden.


Maka apakah keperluan untuk meruntuhkan sistem nilai dunia kini untuk mendirikan sebuah pembangunan yang mampu ditanggapi dalam nilai dan norma yang lain daripada yang diterima dunia sekarang? Saya katakan, kembalilah kepada teori dan praktis Pembangunan Berteraskan Islam.



Dunia sudah dikuasai pembangunan yang diukur dalam bentuk meterial, gaya hidup, konsumerisme, penghapusan ciri-ciri tradisional, penafian fungsi agama, dan matlamat akhir pembangunan ialah mencapai tahap kepuasan hidup semaksima mungkin.



Apakah sistem yang ada kini tidak boleh dipersoalkan? Apakah sistem ini tidak boleh dikatakan salah dan tersasar? Apakah bentuk ini boleh dipertahankan atau mampu diubah? Ya, boleh! Tetapi kita perlukan kekuatan luar biasa untuk mencabar prespektif ini. Saya katakan, kita sudah ada kekuatan itu, yakni Membangun Menurut Prespektif Islam. Bagaimana Islam melihat dan memandu pembangunan? Ikuti posting berikutnya tentang Pembangunan Berteraskan Islam!

Friday, July 24, 2009

Betulkan Kepala Mentari Dalam Bab Federalisme

Payah nak beri tanggapan yang baik kepada ahli politik yang dilantik jadi menteri, kemudian membuat keputusan yang pelik-pelik menyalahi hukum hakam politik. Memang Keputusan Eksekutif Menteri dalam bidang kuasanya tidak boleh dicabar di Mahkamah, tetapi rakyat boleh menghakiminya dengan kuasa undi.
Zahid Hamidi pernah membuat arahan ini, kini ditiru pula oleh Noh Omar. Pegawai Kerajaan Pusat tidak boleh hadir dalam mesyuarat dan kursus yang dianjur oleh Kerajaan Negeri yang diperintah oleh PR. Alasannya kerana negeri-negeri tidak memberi dana untuk melaksanakan apa-apa projek pertanian. Bunyi arahan inipun pelik, apatah lagi bila dilaksanakan. Aduh! Terasa bodoh mengulas isu Noh Omar ini!
Dalam konsep federalime yang dipersetujui dalam penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (kemudiannya Malaysia) telah disenaraikan bidangkuasa dan tanggungjawab Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Dalam penubuhan agensi-agensi kerajaan, ada senarai kerajaan pusat, senarai kerajaan negeri dan senarai bersama. Polis, SPRM, tentera, Bomba, LHDN, dll antara yang termasuk dalam senarai kerajaan pusat. Jabatan seperti JKR, JKM, Jab Pertanian, adalah senarai bersama. Pejabat tanah, Pejabat Daerah, jabatan bekalan air, jabatan agama adalah senarai negeri. Ini saja jabatan dan agensi dibawah kuasa dan menjadi sumber hasil yang boleh dibelanjakan terus oleh negeri. Dalam senarai bersama, jika pegawai itu daripada pusat, gajinya dibayar dari kewangan negeri di mana dia bertugas. Tugasnya ialah membangunkan negeri tempat dia berkhidmat dalam ruang lingkup tanggungjawab jabatannya.
Semua kutipan cukai dan lain-lain bayaran seperti denda, saman, sewa, dll melalui agensi-agensi kerajaan pusat ini wajib dikembalikan kepada rakyat melalui geran wajib tahunan, peruntukan kementerian kepada jabatan dan projek-projek pembangunan. Pusat tiada hak menyimpannya sebagai umpan pilihanraya.
Yang dibuat oleh Noh Omar ni umpama Kedah melarang kutipan cukai LHDN negeri Kedah menghantar kutipannya kepada kementerian kewangan. Simpan saja di Kedah, bagi kepada pegawai Kewangan Negeri. Ataupun semua kutipan di kaunter JPJ dan Polis Kedah hendaklah diberikan kepada kerajaan negeri Kedah.
Jika begitu, Kerajaan Pusat hanya boleh mengambil cukai dari rakyat yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja. Bagi perlis yang kurang kutipannya kerana rakyat tidak ramai dan negerinya yang sempit, bolehlah mengistiharkan diri sebagai Wilayah Persekutuan Perlis.
Oleh kerana negeri-negeri yang diperintah oleh BN adalah sama parti dengan kerajaan pusat, maka agihkan kutipan dari wilayah persekutuan itu ke negeri-negeri Pahang, Terengganu, Perak, Johor, Neg 9, Melaka, Sabah dan Sarawak. Maka, bolehlah kerajaan pusat mendabik dada mengatakan kami bermurah hati menyalurkan peruntukan pembangunan kepada rakyat negeri-negeri yang memilih BN. Kerajaan PR hanya tahu bercakap tetapi tidak ada wang untuk melaksanakan pembangunan!
Itu kita tak jumlahkan lagi cukai langsung dan tidak langsung yang dikenakan dalam barangan dan perkhimatan pengguna yang dibayar oleh rakyat di negeri PR.
Noh kena ingat, semua aktiviti sektor pertanian berlaku di negeri2, tak ada pokok pisang sebatang pun di Wilayah Persekutuan Putrajaya, apatah lagi padi dan ternakan lembu kerbau. Semua ni ada di negeri2. Rakyat malaysia kebanyakkannya ada di negeri2, bukan di wilayah persekutuan.
.
Macam mana kebodohan menteri macam ini boleh diterima sebagai Dasar Kerajaan Pusat? Memang kebodohan ini tak perlu ke mahkamah kalaupun ia boleh dilakukan, cukup saja orang utara menjueh bibir dan menyebut BODO NOH!!!
Bayangkan saja pada 16 September 2009, semua negeri PR mengistharkan diri keluar dari Malaysia dan menjadi wilayah autonomi atau negara berasingan. Saya yakin semua pejabat kerajaan negeri akan dikepung, pemimpin-pemimpin negeri ditangkap dan di ISA kan. Darurat akan diistiharkan dan semua sektor akan lumpuh. Saya mencadangkan Noh dan Zahid ditangkap juga kerana telah membuat arahan mengistiharkan kerajaan Pusat memisahkan dari negeri-negeri yang diperintah oleh PR!

Wednesday, July 22, 2009

Sik - Daerah Pertama Anjur Kempen Bulan Sembahyang


Tahniah kepada seluruh kakitangan Pejabat Daerah, Majlis Daerah,Pejabat Agama, PAS Kawasan Sik dan seluruh penggerak yang diterajui oleh Pegawai Daerah Sik, Tn Haji Azmi Bin Din di atas Penganjuran Kempen Bulan Sembahyang Peringkat Daerah Sik.


Dalam ucapan perasmian oleh YAB Dato'Seri Ustaz Azizan sebentar tadi, beliau menzahirkan kebanggan dan kesyukuran di atas inisiatif yang sangat mulia itu. "Ringanlah beban saya sikit .....". Kata beliau. Ustaz Azizan sepanjang ucapannya yang penuh dengan petikan ayat Al-Quran dan Hadis tentang tuntutan dan kewajipan solat, menegaskan tugas utama orang yang diberi kuasa oleh Allah s.w.t pada peringkat mana sekalipun ialah menyeru manusia mendirikan solat. Beliau memetik hadis yang panjang kisah Muaz bin Jabal yang diutuskan oleh Rasulullah sebagai Gabenor di Yaman.

Majlis Perasmian yang diadakan di Masjid Al-Islah, Bandar Baru Beris Jaya dihadiri kira-kira 1,000 orang. Tn Guru Haji Salleh Musa memulakan acara dengan mengkisahkan kewajipan solat yang diarahkan oleh Allah s.w.t secara terus kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Isra' dan Mikraj. Bulan Rejab ialah bulan solat mula-mula difardhukan.



Dalam ucapan aluan Pegawai Daerah, beliau memperincikan program-program sepanjang Kempen Bulan Solat yang akan diadakan sehingga bulan November 2009. TnHj Azmi Din juga memetik beberapa potong ayat suci Al-Quran dan hadis bagi dijadikan asas program itu dicetuskan.


Program ini juga mendapat sumbangan orang ramai dan agensi kerajaan serta GLC untuk tabung Kempen Bulan Sembahyang. Sumbangan terkumpul pada malam ini sahaja mencecah lebih RM30,000.00



"PAS Kawasan Sik juga telah dan akan memainkan peranan yang besar sepanjang kempen ini. Seluruh jentera parti semua peringkat dalam kawasan Sik akan dikerahkan untuk menjayakan program yang julung-julung kali diadakan di Negeri Kedah sejak kita mencapai kemerdekaan". Tegas Ustaz Ismail Mahmud, Ahli Majlis Daerah yang juga bekas ketua Pemuda PAS Kawasan Sik. Beliau diberikan tugas untuk menerajui program ini di peringkat Majlis daerah. Turut Hadir dalam Majlis Perasmian tadi ialah YB Cikgu Yahya Abdullah, Adun Jeneri yang juga YDP PAS KAwasan Sik, Adun Kuala Ketil, Cikgu Hj Zuki Yusof, Pegawai Pejabat Menteri Besar, Adun Belantek, YB Tajuddin Abdullah yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik, Pegawai-pegawai Kerajaan, Pelajar pondok dan jemaah dari seluruh Daerah Sik, Baling dan Jerai. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat!

Sunday, July 19, 2009

Malam yang penuh GERAM! Macam-macam hal terjadi sepanjang hari...hadapilah dengan tenang.. beremosilah bila ketenangan dirampas!

Banyak hal berlaku sehari dua ini di seluruh negara. Kematian, bantahan, tunjuk perasaan, rungutan, tuduh menuduh, umpan 11 +1, bomoh, menang dan kalah pilihanraya.

Pihak yang kalah pula bertabiat seperti telah menang, dengan ulasan pimpinan berjela-jela setiap hari. Tak malu ka? Tapi yang menang diam pula (menjaga hati yang kalah kah?!)

Paling tragis ialah 'kematian mengejut' Sdr Teoh, Setiausaha Politik YB Seri Kembangan. Jatuh bangunan Pejabat SPRM Selangor! Awas kakitangan SPRM Selangor! Pejabat anda tidak selamat untuk didiami, anda mungkin terjatuh dan mati!!!.

Takziah untuk seluruh keluarga, sahabat dan rakan seperjuangan Sdr Teoh..anda akan dikenang selamanya, terpahat dalam sejarah hitam negara..
**************************************
Banyak pertanyaan yang tiada jawapan sahih dan yakin, semakin lama tidak dijawab, semakin banyak pula persoalannya. Jawapan yang seluruh rakyat mahukan ialah JAWAPAN YANG BENAR dengan keterangan yang munasabah.
Jawapan-jawapan 'spot' yang biasa diberi oleh pihak berkuasa, sudahpun dikeluarkan di banyak media, kebanyakannya untuk cover-up kepentingan penguasa dan yang berkuasa. Jawablah SPRM dan Polis Selangor! Rakyat tunggu dengan sabar dan rasional. Emosi akan meruap-ruap jika jawapan tuan terus bersembunyi.
************************************************************
UMNO Hanya Berpantang dengan HARAM BABI, yang lain tidak???
Bantahan dan demo tentang babi semarak semula, kali ini oleh JKKKP (Ketua Cawangan UMNO) di tempat yang dicadangkan oleh Jab. Verterinar, Sg Tok Pawang. Saya mendapat satu SMS dari seorang kawan beberapa jam sebelum demo itu dibuat. Mesejnya begini..
"Salam...suka saya maklumkan bahawa penduduk di persekitaran Kg Sg Toh Pawang akan berdemontrasi pada hari ini, Jumaat 17/07/09 jam 3.00 petang bagi membantah penempatan sembelihan babi...saya harap agar mereka akan mendapat kejayaan...Terima Kasih. Mohd Suhaimi Abdullah, Ketua Umno Bahagian Jerai. 012-2828228."
Mereka ini memang suka benar berputar atas isu yang sensitif ini. Berapa lama mereka biarkan tempat sembelihan di Kg Berjaya beroperasi tanpa lesen dalam serba kedaifan sistemnya? 30 tahun! Mengapa? Mereka hendak menjaga hati MCA dan Gerakan dan menawan undi kaum cina, pemakan babi.
Bila undang-undang dikuatkuasakan, mereka juga berdemo membantah pusat itu dipindahkan..mereka biarkan saja MCA dan Gerakan memberontak kepada undang-undang. Bila ada cadangan di Kg Cina, Pendang, UMNO jugalah yang mengepalai demontrasi. Tak apa jika tidak suka, tapi kena tengok juga hak kaum pemakan babi. Babi hanya haram bagi orang Islam memakannya, najis mukhallazah kalau terkena, kena samak dengan air tanah. Bagi bukan Islam, makanlah berapa ekor pun sehari...
Memakan babi tidak kena hukum hudud, tapi zina kena hudud, bunuh orang kena hudud, minum arak kena hudud, mencuri kena hudud, murtad kena hudud..tapi UMNO tak pulun pun banteras mungkar ini macam depa pulun isu babi! Padahal bukannya mereka dipaksa makan babi!
Sama-sama haram ialah rasuah..Rasulullah berpesan "Rasuah..penerima dan pemberi sama-sama dalam neraka". Berbomoh dan berdukun di luar kaedah Islam juga haram, malah Syirik, dosa yang tidak diampun Allah. Berbohong juga haram, salah satu sifat munafik...dalam neraka paling bawah. Tapi benda-benda ni semua berlegar putar dalam UMNO setiap hari. Tiap-tiap kali pemilihan UMNO, ada rasuah politik (politik wang).
Isteri pemimpin UMNO berbomoh dan berdukun, dituduh puaka oleh adiknya sendiri. Dibuat video yang tak pernah dinafikan. Cakap bohong pun berlaku setiap hari.. Apa dia yang dibohongi? Mereka kata mereka pejuang melayu, tetapi sejak merdeka hingga sekarang, orang melayu dalam semua aspek sangat kronik dan semakin kritikal. Tun Mahadhir sewaktu bersara mengaku bahawa beliau gagal mengubah kaum Melayu. Mereka kata pembenteras rasuah, tetapi mereka sendiri merasuah untuk menang dalam pemilihan. Bohong ke tidak?
Ada Ketua Bahagian UMNO kutip anak-anak melayu di rumah-rumah KEDA masuk kolej jururawat swasta, janji semuanya percuma, atau paling kurang pun dapat pinjaman. Lepas tahun pertama, budak-budak tu balik seorang demi seorang kerana tak dapat bayar yuran, pinjaman tak dapat, bantuan UMNO pun tak dapat! Kolej nasihat mereka balik cari duit dulu! Mereka dobohongi pemimpin UMNO, walau nampak macam baik, bohong juga tu.. Mereka kini mengadu ke hulu ke hilir tentang pembohongan 'mamak' itu! Sayang sungguh nasib melayu, percaya sangat dengan janji bohong UMNO seorang itu!
Tapi depa tak pulun tolak dengan berdemo dan berbantah-bantah habis habisan dalam bab ini, berbanding babi, kenapa? Padahal babi tidak haram kepada bukan Islam, mereka suka pula memakannya. itu makanan depa. Menjadi tanggungjawan pemerintah berikan hak yang menjadi hak kepada rakyat...termasuk hak bukan Islam.
Di satu sudut mereka berpeluk, di satu sudut mereka bertikam! Pakatan jenis apa ini?
*****************************************************************
Kenapa dan ada apa di Sg Toh Pawang???
Sg Toh Pawang berada dalam kawasan Parlimen Jerai, tidak jauh dari Bedong dan Gurun. Disana ada banyak ladang kelapa sawit swasta. Salah satu ladang sawit itu diusahakan juga dengan ternakan babi, tetapi jauh ke dalam ladang, jauh dari pandangan dan pengetahuan orang ramai. Ada ratusan ekor babi di situ. Sejak bila diternak? Puluhan tahun juga. Ada lesen? Tak ada.
Kementerian Pertanian Malaysia (MOA) dalam bab babi telah membuat zon penternakan babi seluruh Semenanjung Malaysia. Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pahang ialah zon bebas dari ternakan babi. Negeri2 ini tidak boleh menternak, tapi boleh mengguna. Sejak bila? Lama tapi tidak dikatahui.
Pada tahun 2007, BN di Kedah meluluskan satu tapak penternakan babi sistem moden di Bukit Selambau. Bila dibangkitkan dalam Sidang DUN, projek itu dibatalkan oleh kerajaan baru! Siapa yang batalkan? Kerajaan PR. Kenapa? Tiada keperluan! Siapa yang lulus? BN! Siapa yang bangkitkan? BN! Siapa yang bantah? BN! Siapa yang berbelit-belit? BN!
Apakah cara terbaik mendapatkan lokasi yang diluluskan membantai (sembelih) babi? Dapatkan nasihat dan pandangan jabatan teknikal seperti Jab. Alam Sekitar, Jab Pertanian, Jab Verterinar, selain pihak berkuasa tempatan, pejabat tanah, pejabat daerah dll. Siapa yang cadangkan tapak di Sg Toh Pawang? Jab Verterinar dan JAS! Apa syarat-syaratnya? Sangat ketat, antaranya zero discharge..tiada aliran keluar sama sekali. Di rawat dan guna semula.
Kenapa perlu ada rumah sembelih di Kedah? Kerana ada hampir 0.5 juta penduduknya boleh dan memang memakan haiwan itu. Kenapa Sg Toh Pawang? Kerana sesuai dari segi teknikalnya, seperti jauh dari orang ramai, tiada aliran air, dan sudah ada aktiviti ternak ratusan ekor babi yang tidak pun dibantah, di larang oleh JKKKP dan tidak diketahui orang! Ternak babi dengan sembelih babi, aktiviti mana lebih meloyakan baunya atau melimpahkan lebih banyak najis?? Yang diternak - setiap hari hinggalah disembelih, yang disembelih - sekali itu saja, Kan??! MCA dan Gerakan, Marahlah pada UMNO!

Saturday, July 18, 2009















Esok, sejarah akan tercatat lagi di Kedah. 51 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Pesuruhjaya Negeri dan Wilayah Persekutuan akan berkampung di Kedah untuk Program Retreat (HIWAR) dan Mesyuarat Bulanan AJK PAS Pusat.


Antara lain, Pimpinan PAS Pusat akan diberikan taklimat tentang perjalanan dan prestasi Kerajaan Negeri Kedah oleh MB dan Exco Kerajaan. Beberapa kertas kerja akan dibentang dan dibincangkan sepanjang program tersebut.


Presiden PAS dan Setiausaha Agong dijangka tiba di Lapangan Terbang Kepala Batas dengan penerbangan Firefly jam 11 pagi bersama beberapa pimpinan lain. Sebahagian lagi hadir dengan kenderaan masing-masing. TG Nik Aziz Nik Mat dijangka tiba melalui penerbangan MAS jam 2.50 petang.


Selamat Bermesyuarat.....

Friday, July 17, 2009

An Interview With Mike Castillo - Editorial Director Asia-Pacific, World Report - London.













Mr Mike Castillo, Elizebeth and Eric with YAB DS Ustaz Azizan during the interview.
MB was giving brief introduction on the State of Kedah and on his political agenda and achievements as Menteri Besar, it has huge potential in natural resoruces, commodities, human resources and tourism.
Also explained as a matter of fact Kedah were the country's leading FDI recipient in the year 2006 with Rm11 billion, but there still seem to be quite some room for improvement. Also detailing present State Goverment struggling to 'walk the talk'.
The State is also putting huge efforts to migrate from an agro-based economy (the Rice Bowl's of Malaysia) to aknowledge & brain intensive economy. Jewel of Kedah (Langkawi) play in the State's development.
What is being done in terms of improving the rule of law and to root out corruption and not well redistributed and so on.....
An exclusive report to distributed with THE INDEPENDENT DAILY. LONDON.

The full transcript are on its way...

Thursday, July 16, 2009

Signing Ceremony Merapoh Refinery Project - Kejayaan Yang Pasti Dicemburui












Alhamdulillah, pemacu ekonomi Kedah telah memasuki Fasa baru di bawah pemerintahan PR Kedah. Tidak sampai sehari memerintah, projek ini telah berubah tapak dari tanah sawah ke laut. Selamatlah tanah rakyat seluas 4,300 ekar di kawasan sawah tersubur dalam kawasan MADA.

Setelah 4 bulan berbincang, perancangan baru dibuat dan diluluskan segera. Ketelusan dan kerja keras Pimpinan Kerajaan Kedah di bawah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan, telah menarik lebih banyak syarikat untuk terlibat dalam projek ini. Pelaburan telah meningkat sebanyak 32 bilion (dari 51 bilion kepada 83 bilion). Projek ini akan mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan baru dalam sektor industri minyak bagi rakyat Kedah. Ini adalah satu pencapaian besar dalam sejarah Kedah. Ia dicipta hanya pada penggal pertama pemerintahan PR pimpinan PAS di Kedah.
Ia akan menjadi projek penapisan minyak terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Dengan kebijaksanaan pimpinan kerajaan, daripada ditawarkan syer 5% dalam projek (yang diunjurkan akan mendatangkan hasil kepada Kedah setelah keuntungan diperolehi, setelah 40 tahun operasi), telah meminta ditukar kepada komisyen bagi setiap tong yang diproses, dan dibayar terus kepada kerajaan yang dijangka mendatangkan hasil sebanyak RM400 juta setahun. Ini bermakna, walaupun projek ini belum mendatangkan margin keuntungan kepada pelabur, tetapi kerajaan negeri Kedah tetap mendapat hasil untuk dinikmati oleh seluruh rakyat negeri ini. Inilah hasil kepimpinan yang mendahulukan rakyat.... Ini belum termasuk industri hiliran daripada anchor project ini.

Esok kita sambung lagi....

Seminar Maqasid Syariah- Kota Bharu, Kelantan
















Alhamdulillah, lebih 500 peserta hadir menggilapkan kefahaman tentang Maqasid Syariah (Tujuan/matlamat Pelaksanaan Syariah) di Kota Bharu pada hari Isnin lalu. Sekitar 10% daripadanya adalah dari Kedah, KCS pun ramai yang hadir. InsyaAllah, kefahaman ini akan menjadi tapak asas di kalangan pentadbir, penggubal dasar dan ahli akademik untuk pelaksanaan Syariah di Malaysia dan di Kedah.




YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir merasmikan seminar tersebut.

Sunday, July 12, 2009

Kedah Sejahtera


Oleh Ahmad Lutfi Othman


Pergolakan politik di Kedah baru-baru ini memang menarik perhatian ramai. Sebagai salah sebuah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat dalam tsunami politik Mac 2008, apa jua perkembangan di Kedah dilihat berupaya mempengaruhi kecenderungan pengundi di peringkat nasional, seterusnya boleh membayangkan keputusan pilihan raya umum akan datang.


Hasrat untuk melihat Pakatan retak dan berpecah tidak kesampaian. Pemimpin Umno-BN terpasa menggigit jari kempunan. Isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar, mungkin bagai tiupan angin kencang yang hanya meneguhkan lagi akar mengikat bumi.


Pertemuan dan perbincangan dari hati ke hati antara pimpinan PAS, KeADILan dan DAP diharap dapat merumuskan gerak langkah yang lebih mantap, di samping mengenal pasti wilayah sensitif yang adakalanya mudah dilupakan.


Negeri yang pernah melahirkan dua perdana menteri dan seorang presiden PAS - yang dikagumi kawan dan lawan itu - disifatkan agak terlewat jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, sebelumnya dikenali sebagai Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan Ummah dan PAS secara solo.


Pemerhati politik menyifatkan sejak kebangkitan PAS dalam pilihan raya umum 1969, yang menyaksikan antara lain calon Perikatan, Dr Mahathir Mohamad dan Senu Abdul Rahman tewas mengejut, majoriti pengundi Melayu dianggap sentiasa lebih memihak parti Islam itu. Penyelamat BN hanyalah pengundi bukan Melayu.


Keadaan berubah dalam pilihan raya umum ke-12. Kemenangan awal calon PAS mula dikesan di kawasan yang jumlah pengundi bukan Melayunya agak signifikan. Ada kerusi majoriti Melayu yang dimenangi PAS pada 1999 tetapi kali ini tewas. Akhirnya PAS membentuk kerajaan bersama KeADILan dan kemudiannya DAP turut dilibatkan, walaupun tidak mendapat peruntukan kerusi Exco.


Hal sama berlaku di Pulau Pinang apabila DAP menerajui kerajaan dengan majoriti lebih selesa dan Adun tunggal PAS juga tidak diberi jawatan Exco. Bagaimanapun keadaan itu tidaklah sampai menggugat persefahaman dalam Pakatan.


Keunikan politik Kedah


Kebijaksanaan PAS mengemudi kerajaan negeri teruji di Kedah, sebuah negeri yang berbeza dari segi komposisi penduduknya berbanding Kelantan dan juga Terengganu.


Justeru, MenteriBesar Ustaz Azizan Abdul Razak, seperti pernah diakui oleh Dr Mahathir sendiri, begitu cermat dan berhati-hati untuk melakukan perubahan, dan bagi bekas PM itu, ia menyukarkan peluang BN untuk menawan semula Kedah.


Mungkin sesetengah kalangan agak tidak sabar untuk melihat pembaharuan, atau sekurang-kurangnya suatu kelainan ketara berbanding pemerintahan BN. Namun, Ustaz Azizan pastinya sudah merencana pendekatan terbaik agar kepentingan rakyat tidak terjejas, kestabilan politik terus utuh dan kemenangan dapat dipertahan. Apatah lagi ada pihak meramalkan, selepas 'rampasan kuasa' di Perak, ia mungkin berjangkit ke negeri Kedah.


Bukan sedikit usaha dan gerak diatur bagi memburukkan kerajaan Kedah. Isu babi dan hubungan PAS-DAP hanya senarai hujung daripadanya. Mungkin melalui media, ia seperti bergegar tetapi di peringkat akar umbi rakyat tidak mudah dipengaruhi tuduhan sensasi.


Malah, difahamkan pengarang akhbar-akhbar milik Umno-BN di Kuala Lumpur hadapi kesukaran untuk 'memaksa' wakil mereka di Alor Setar untuk memanipulasi berita Kedah, khususnya yang membabitkan menteri besar. Ini disebabkan wartawan-wartawan negeri 'malu alah' dengan Ustaz Azizan sendiri.


Bagi PAS, Kedah adalah pengalaman terbaik untuknya menunjuk teladan merintis kejayaan di negeri-negeri yang lain. Petugas PAS Kedah misalnya dikenali sebagai pekerja terbaik dalam hal-ehwal pilihan raya. Komitmen mereka juga sudah teruji dalam beberapa insiden tragis yang menelan korban nyawa. Semoga kemenangan tidak merencatkan istiqamah mereka.


Dan, jika sokongan pengundi bukan Melayu dapat dipertahan terutama melalui urustadbir kerajaan yang antirasuah dan mesra rakyat, serta kepemimpinan Ustaz Azizan dapat menambat hati lebih ramai masyarakat Islam, maka impian BN untuk merebut kembali Kedah, seperti dibayangkan Dr Mahathir, tentu bertambah sukar dan kelam.


Jika institusi menteri besar dalam BN sarat dengan daki rasuah (ya, dengan mudah kita dapat menamakan daripada Rahim Tamby Chik, Ali Rustam, Muhammad Muhd Taib, Isa Samad, Khir Toyo, Khalil Yaakob dan banyak lagi) tetapi dalam PAS, seperti ditunjukkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Ustaz Abdul Hadi Awang dan kini Ustaz Azizan (juga tidak lupa Ir Mohamad Nizar Jamaluddin), ia tetap tidak tercemar.

Saturday, July 11, 2009

Sunggguhka…Telah Terpesong Jauh Dari Kebenaran

Mula tengok blog ni rasa macam nak baca apa dia tulis tentang Kedah. Blog ‘tertop’ KedahLanie pun ada beberapa kali memetik coretan blog ini untuk tatapan pembaca. Tapi ternyata semakin di baca, semakin mengarut. Terkini, laporan tentang balak (yang dinamakan siri balak che had) telah tersasar jauh dari kebenaran, walaupun ada surat-surat dan dokumen yang disertakan. Ia hanyalah dokumen biasa seorang pengusaha balak yang bertambun-tambun di Pejabat Jabatan Perhutanan.
Walaupun saya tidak ada sebarang maklumat tentang hal yang dikisahkan itu, tetapi plot cerita di peringkat ini (siri 4) mempamerkan diri penulis yang sebenar..... pembohong dan pemfitnah. Plotnya yang cuba membongkar penyelewengan sudah terhenti kerana ia ternyata tidak wujud, maka tuduhan terkini tentang perjalanan proses permohonan kawasan balak adalah ciptaannya sendiri. Sekali berbohong, sambungan ceritanya juga adalah rantaian pembohongan.

Proses permohonan kawasan pembalakan bukan semudah seperti yang digambarkan, apatah lagi setelah polisi tander terbuka dilaksanakan oleh kerajaan negeri sekarang. Memang sesiapapun boleh memohon jika ada keupayaan kewangan, seperti yang disyaratkan, dan ada lessen pembalak, tetapi bukan semudah itu dalam polisi tander terbuka. Siapa yang membuat sebutharga tertinggi, akan berjaya... jalan lain tertutup rapat.

Dakwaan terakhir dalam blog ini ialah keanggotaan Jawatankuasa Hasil Bumi. Memang MB adalah pengerusi jawatankuasa itu, tetapi keanggotaannya bukanlah exco-exco kerajaan negeri. Tahu siapa?? Selain pengerusi, jawatankuasa ini dianggotaiu oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri dan Setiausahanya ialah Penolong Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran). Itu saja! Setelah sesuatu keputusan dibuat, ia akan dibawa ke mesyuarat Exco Kerajaan untuk diluluskan.

Bila blog paria itu menyatakan Ahli Jawatankuasanya ialah Dato’ Phahrol, Dato’ Taulan, Dato’ Amirudin…jelas nyata blog itu berbohong dan memfitnah. Katanya lagi, keputusan JK Hasil Bumi tidak dibawa ke mesyuarat Exco juga satu pembohongan…maka cerita yang diplot tentang balak untuk memfitnah individu tertentu dalam kerajaan bolehlah dilupakan begitu saja. Saya percaya ada plot-plot lain yang sedang direka untuk ‘memanjangkan lidah syaitan’ untuk mengeliru dan menyesatkan manusia. Saya juga pernah dituduh merancang menjatuhkan PKR di Kedah, logikkah?? Blog ini akan menjejaki blog-blog picisan seperti Dariyan dan dengaq habaq yang tidak bertuan lagii.. mati tak berkubur.

Carilah cerita lain yang lebih berintegriti & berwibawa …………………

Sidang MediaSelepasPertemuan MB dan DAP

video

Friday, July 10, 2009

RUMAH MB KEDAH - SERBA SEDERHANA



Ini rumah YAB MB Di Jalan Sultanah, rumah pusaka keluarge sebelah isterinya yang pertama. YAB MB tidak memiliki rumah di Kedah, walaupun sudah menjadi wakil rakyat sejak 3 penggal lalu dan dalam penggal ini menjadi YAB Menteri Besar. Rumah milik beliau dibina sekitar tahun 1989 di Teras Jernang, Bangi, sewaktu menjadi Pensyarah UKM selama 20 tahun.

Rumah di Sungai Limau dalam KedahLanie tu disewa dari PAS Kawasan Jerai, setahu saya RM1,000 sebulan..Ia adalah sebahagian daripada bangunan Markaz yang diubahsuai menjadi kediaman. Di situ beliau tinggal bersamaisteri keduanya dan 6 orang anak...

Hidupnya serba sederhana sejak remaja, belajar, bekerja hinggalah kini menjadi Menteri Besar Kedah.

DAP DAH RUJUK...PERKAUMAN ATAU KESAKSAMAAN

Janji nak ulas perjumpaan dengan DAP, tapi memo yang depa hantaq tu tak bawa balik pulak dah!!! Tapi tak pa...beberapa isu dalam rakaman tu ada dalam simpanan, hajat nak post saja video tu, tapi tak bolehlaaa..mana tau ada rahsia pulak kan?

Hal dalaman PR ni kena bincang elok-elok..tak bulehlaa mengamok sakan pakai media setan macam TV3 tu .pastu baru ajak bincang..kesan negatif sudah menular, kan susah nak perubat tu. Seingat saya, PR ni untuk semua kaum..Malaysia Baru.. tidak ada yang terpinggir dan teriniaya sebagai warganegara. Ini asas pakatan antara parti dalam PR.

Ini juga adalah kaedah yang diajar oleh Islam sepanjang sejarahnya. Orang pertama mendapat bantuan terus baitulmal di bawah Khalifah Umar Al-Khatab ialah Yahudi, bukan orang Islam. Landasan inilah yang memandu Pemerintahan PR di Kedah diterajui oleh PAS. Takada seinci pun dari prinsip-prinsip Islam diketepikan...dalam suasana seluruhnya (syumulnya) belum dapat dipenuhi dan dilaksanakan.

Adakah merobohkan rumah sembelih babi berdasarkan undang-undang, melaksanakan kuota perumahan berasaskan komposisi dan keperluan kaum, dan memberi ruang sepenuhnya kepada pelaksanaan undang-undang berjalan - boleh dikira mengkhianati PR dan melanggar tuntutan Islam?

Selepas ini, bila diarahkan PBT menghadkan pemberian lesen premis penjualan arak,judi dan hiburan, apa pula kata depa? Sedangkan ini adalah satu kaedah untuk melaksanakan tuntutan Islam dan mengawal public interest. Berikan satu hujjah bahawa judi, arak dan hiburan yang mendatangkan kebaikan kepada public! Ia mendatangkan bisness kepada pengusaha, tapi kesan sosialnya sangat berat untuk dirawat. Tetapi, kerana agama mereka tidak melarang, mereka boleh teruskan, tetapi memadai jumlahnya dengan jumlah orang bukan islam di negeri ini.

Kita terlibat dengan PR bukan berasaskan kaum kita, tapi kefahaman kenegaraan kita. Jika kaum jadi misi seorang Adun atau MB, rujuk lah sistem BN yan telah meranapkan negara ke kancah yang sangat parah.

Bab prestasi Ahli-ahli Majlis perlu perhatian serius...MB berjanji akan mengadakan program khas kepada Ahli-ahli Majlis supaya kefahaman mereka jelas dan fungsi mereka berkesan di PBT.

Bab beberapa pegawai KCS yang dituduh sabotaj memang wujud,tapi terlalu sedikit untuk menuduh semua mengambil sikap itu. Ramai KCS yang bersama Kerajaan memikul amanah rakyat..secara profersional...serve the goverment of the day..tapi tak dak pula yang bagi pengiktirafan kepada kelompok ini..ish! ish ! dunia..dunia...

Tapi saya tetap sedar bahawa politik adalah satu kewajipan, menguasainya adalah satu seni.. gunanya untuk agama dan negara, perjalanannya punya pasang surut. Tunggulah apa pulak nak mai lepas ni!!!

SEBENARNYA BUKAN SAHAJA BABI.....

Semalam, 8 Julai 09,jam 3.30 petang, YB Lim Kit Siang, YB Thomas Su,YB Lee Guan Aik dan 4 pimpinan DAP bertemu dengan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan di Pejabat Kedah Invest Centre, Magan Avanue, Jalan Yap Kuan Seng, Kuala Lumpur.

Perbincangan panjang lebar dan agak panas berlangsung di sebuah bilik yang agak sempit(ada yang terpaksa berdiri) tetapi berjalan dengan baik. YAB MB disertai oleh Dato' Phahrolrazi dan saya sebagai pencatat. Kerana terlalu sukar untuk mencatat kerana perbincangan agak panas, saya telah membuat rakaman guna telefon bimbit. Perbincangan tersebut berlangsung lebih kurang 30 minit,dan DAP telah menyerahkan memorandum kepada YAB MB yang merangkumi berbagai isu. YAB MB telah dapat menguasai dan mengendalikan perbincangan tersebut dengan baik dan mantap. Inilah hebatnya 'orang lama'....

Setelah menganalisa rakaman tersebut, ada 3 isu utama, tentulah melibatkan isu-isu masyarakat cina dan perkara-perkara sensitif. Berbanding isu babi, isu kuota 50-50 lebih banyak mengambil masa perbincangan dan memanaskan suhu bilik itu. Saya dapati YB Lee Guan Aik sukar berbincang dengan cermat dan terarah, tetapi dapat melontarkan kehendak dan pandangannya. Satu perkara yang saya kurang gemar ialah stail beliau yang dilihat memaksa pandangannya diterima begitu sahaja. Dia kurang seni 'give and take'.

Perbincangan berakhir dengan persetujuan YAB MB untuk melihat dan mengkaji memorandum tersebut secara detail dan akan memberi jawapan balas. Di akhir pertemuan, satu sidang media diadakan oleh YAB MB dan YB Kit Siang. Saya sifatkan pertemuan itu berjaya menjernihkan hubungan kedua-dua parti dalam PR di Kedah. PR di Kedah tidak goyah, malah sedang melalui proses kematangan.

Dengan perbincangan seumpama itu, YB Lim Kit Siang yakin, PR dapat menggantikan BN memerintah negara ini dalam pilihanraya akan datang.

Rupanya yang lebih pedih bagi DAP ialah isu kuota, berbanding isu babi.

P/S. Saya akan mengulas berbincangan dengan DAP itu dalam posting akan datang.
********************************************************************

Petang tadi YAB MB menghadiri mesyuarat NCIA di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Saya ditugaskan menyampaikan sepucuk surat rasmi Kerajaan Negeri kepada Perdana Menteri. Kerana mesyuarat itu, surat itu hanya dapat disampaikan kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas YAB Perdana Menteri, Dato' Ghazali Ibrahim..orang Kedah juga..bahasanya macam saya juga...Sik dengan Padang Terap!

Semua YAB MB negeri-negeri utara hadir termasuk Lim Guan Eng, Mat Isa Sabu dan Dr Zambri. Saya hanya sempat makan mee gorang dan kopi 'o' di bilik sebelah.

Sakan sungguh pejabat PM ni...InsyaAllah, PAS akan memanfaatkan semua itu untuk agama, bangsa dan negara bila menguasai pejabat itu kelak.. menggunakan politik untuk agama, bukan menggunakan agama untuk politik.

Monday, July 6, 2009

Laporan Polis DiTangguhkan!!

Setelah menimbangkan semua kemungkinan, semua kepentingan dan hasil perbincangan yang serius, laporan polis yang dijadualkan hari ini ditangguhkan. En Thomas Su akan dinasihatkan mendapatkan penjelasan dari pihak Kerajaan Negeri sebelum membuat sebarang dakwaan.

Bukti surat notis yang ditunjukkan semalam dalam Buletin Utama TV3 adalah notis lama kepada sebuah kuil kecil (tok keramat) hindu dan tokong cina kecil yang didirikan di atas tanah lapang yang dikhaskan untuk padang permainan (play ground) sebuah taman perumahan di Jalan Tengku Bendahara, Alor Setar.

Pihak MBAS telah mencari tapak ganti untuk ditempatkan semula tok keramat tersebut. Hal ini tidak berbangkit lagi kerana perbincangfan antara kedua -dua pihak telah diadakan dan mereka sedia berpindah secara sukarela ke satu tapak lain. Tanag tersebut telah digazetkan sebagai padang permaian penduduk taman itu. Surau yang pernah dicadangkan untuk dibina di tapak itu juga tidak diluluskan, dan ia tidak diteruskan.
Sekian untuk makluman En Thomas Su dan semua pembaca. Terima kasih.

LAPORAN POLIS YANG DICADANGKAN AKAN DIBUAT HARI INI JAM 10.30 PAGI DI IPD ALOR SETAR

Nama : Muhammad Sanusi Bin Md Nor

No. K/P : 740804-02-5689 Umur : 34 Tahun 11 bulan

Alamat : 2476, Taman Lumba Kuda, 05503 Alor Setar Kedah.

Pekerjaan : Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Kedah.

No. Tel : 04-7312136 (Pejabat) / 012-5969220 (HP)

Tarikh Report: 6 Julai 2009

Jam:……………………………………..

Penerima Report:…………………………………....................

No Report:……………………………………………………………………

Laporan ini dibuat terhadap Encik Thomas Su, Pengerusi Democratic Actions Party (DAP) Negeri Kedah/Perlis yang telah membuat beberapa kenyataan berunsur hasutan pada 4hb Julai 2009 dan 5hb Julai 2009 di Ipoh Perak, yang telah disiarkan oleh akhbar tempatan, televisyen dan akhbar dalam talian pada kedua-dua hari tersebut.
Kenyataan beliau antara lain mengandungi dakwaan berikut:

1. Kerajaan Negeri bukan sahaja merobohkan rumah sembelihan babi tetapi merancang untuk merobohkan kuil-kuil hindu dan tokong-tokong cina.

2. Tindakan-tindakan Kerajaan Negeri Kedah tidak menggambarkan suasana Malaysia untuk semua (kaum).

3. Kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak (MB) menafikan hak kebebasan beragama di negeri Kedah dengan meluluskan tindakan meroboh kuil dan tokong.

4. Rumah sembelihan babi di Kampung berjaya tidak wajar dirobohkan kerana hanya melibatkan soal pemakanan.

Kenyataan-kenyataan tersebut mengandungi unsur hasutan terhadap keamanan antara kaum dan penganut berbilang agama di seluruh Negeri Kedah. Kerajaan Negeri telah menjelaskan bahawa tindakan yang telah diambil adalah berasaskan undang-undang yang telah diluluskan dan dikuatkuasakan. Ia tiada kaitan sama sekali dengan isu perkauman dan keagamaan. Saya memohon Encik Thomas Su disiasat kerana kenyataan-kenyataan tersebut yang dikhuatiri merupakan satu hasutan untuk berlaku kekacauan antara kaum dan agama di Negeri Kedah. Sekian laporan saya.

Tandatangan: ……………………………………………..
(MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR)
K/P: 740804-02-5689

Saturday, July 4, 2009

Lega dan karut marut

Bersua kembali....Saya dimaklumkan oleh beberapa orang kawan wartawan malam ni, petang tadi di Alor Setar Lim Kit Siang membuat sidang akhbar dan membabitkan 4 perkara pokok, yang amat melegakan..

1. Adalah dalam bidang kuasa DAP Pusat untuk membuat sebarang keputusan berkaitan penarikan diri dari Pakatan Rakyat.

2. Mengambil tindakan penguatkuasaan (meroboh) rumah sembelih babi adalah hak kerajaan negeri selaras dengan undang-undang. DAP menghormati keputusan dan tindakan tersebut.

3. Adun Kota Darul Aman kekal sebagai Adun DAP dan tidak timbul isu menjadi Adun bebas seperti yang di dakwa. Itu adalah satu kesilapan pemberitaan, dan satu andaian yang melampau. Haaa..lega ..tak lompat pun..sapa yang tulih berita tu memang haprak!

4. Beliau akan segera bertemu YAB Dato' Seri Menteri Besar untuk memperjelaskan kedudukan dan pendirian DAP, selain mendapatkan penjelasan.

Kenyataan ini sangat melegakan...

*******************************************

Laporan Bernama Semalam...

Semalam di Ipoh, Thomas Su, Pengerusi DAP Kedah Perlis membuat tuduhan melulu dan melampau. Beliau mendakwa Kerajaan Negeri melalui MBAS telah meluluskan tindakan untuk meroboh kuil-kuil hindu dan tokong-tokong cina sekitar Alor Setar.

Katanya lagi, Menteri Besar Kedah tidak menghormati perjanjian dalam Pakatan Rakyat, seorang pembohong dan tindakannya tidak menggambarkan Malaysia adalah negara untuk semua (kaum).

Katanya, rumah sembelih itu hanya soal pemakanan, bukan soal lain.

Saya katakan, Thomas (saya tulis Tommy sebelum ini - kerana saya tidak mengenalinya,tidak pernah dengar namanya)telah membuat kesilapan besar yang sangat serius untuk dimaafkan. Laporan polis kerana menghasut dan mengganggu gugat keharmonian antara kaum sedang dipertimbangkan! Kalau Pengerusi peringkat negeri hanya sekadar ini kualiti dan pemikirannya,saya cadangkan supaya diganti segera dengan orang lain!

*********************************************

Petang tadi Bernama dan RTM menemubual Dato' Seri Ustaz Azizan hal tersebut. Katanya, itu adalah satu hasutan terhadap keharmonian dan keamanan antara kaum di Negeri Kedah. (Di siarkan dalam Berita jam 8 tadi dan disiarkan dalam web Bernama).
Beliau harus bertanggungjawab dengan kenyataan tersebut.

MB menegaskan tidak terdapat sebarang perbincangan, apatah lagi kelulusan untuk mengambil tindakan merobohkan kuil dan tokong. Masyarakat berbilang kaum di Kedah hidup aman damai dan bebas. Mereka bebas mengamalkan amalan agama masing-masing, saling menghormati dan memahami.

Hanya orang Kedah yang memahami situasi dan senario rakyat Kedah. Kenapa orang luar mahu campur tangan dalam kehidupan rakyat Kedah, untuk mengeruhkan keadaan.

Saya lihat sepanjang isu ini, MB Kedah tenang, matang, sabar, cermat dan waspada dalam melayani semua pihak dan semua keadaan. Beliau seorang pimpinan berprofile tinggi, sukar ditandingi. Kedah patut berbangga diberikan pemimpin seperti beliau.

********************************************

UMNO dan BN Kedah sehari dua ini tidak keruan lagi..mereka seperti sedang memerhati beribu-ribu ikan besar sedang berenang melintasi mereka. Kata orang kampung saya...ikan kikir...tapi pukat dan jerut yang ditahan tak mengena. Sauk dan bubu pun ikan tak masuk. lompat kot ataih ka perluih ka?. Umpan nyok makan bulan (nyok masam) pun ikan tak lalu... nak hulur tangkap dengan tangan takut kena keli atau sembilang, kena sengat boleh bengkak bawah ketiak. Jenuh ligan budak belum sunat cari taik kalat..ubat disengat sembilang (petua Dato' Shahnon Ahmad). Nak tangkap sorang pun payah apa lagi nak bagi cukup 5..aduh!

Ada satu blog UMNO atau suku sakatnya (saya tau sapa dia!!), tuduh saya merancang menjatuhkan PKR Kedah. Katanya blog Kedahlanie milik penuh pegawai MB Kedah (saya la kot tu). Dua tiga hari ni sering menyiarkan berita konspirasi, menuduh itu dan ini...hebat depa ni. Saya hanya tahu bab blog dan blogger ni sekitar bulan Mac atau April 2009 yang lalu, sebab tu saya hanya membuat blog saya yang sangat cokia ni bulan May 2009, itupun setelah disyarahkan betapa blog sangat penting dizaman IT ini. Kesian kepada pemilik kedahlanie...lembu punya susu, sapi dapat nama... kalaulah saya ada kepandaian untuk buat blog secanggih itu?? Memang depa ada mengirim email bertanya itu dan ini, dan minta izin untuk petik tulisan2 saya, saya kata jika ada manfaatnya, silakan..otherwise, leave it like that. Wajah dan rupa pun saya tak kenal depa, apa lagi batang hidung.

Bos saya 'buta komputer'..hanya kenal tikus hidup, tetikus komputer beliau tak tahu usik. Sama lah dengan Tan Sri Profesor Koy Kay Kim. Mungkin dia tak pernah rasa pentingnya menguasai/melayari internet..baru sehari dua ini beliau sering bertanya...internet kata apa hari ni?? Saya tidak diarahkan menghabiskan masa kerja saya dengan blog. Sejak ada blog sendiri, saya hanya mengoperasikannya selepas jam 12malam. Aik! kenapa ada posting jam 8 pagi..itu sedang saya baiki, time zone salah la tu..tak jumpa2 lagi nak buat gena.

Tugas hakiki saya ialah memastikan kestabilan politik, mengesan pergolakan,'move' dan 'mode' orang-orang politik. Selain itu saya memantau tindakan-tindakan pegawai yang memberi kesan kepada politik... Tugas saya membantu seluruh rakyat, semua Exco dan Adun di mana-mana dan pada masa-masa yang perlu...dalam bab apa saja. Saya tidak ditugaskan mengharu-harakan politik sesiapa pun.Jauh sekali menjatuhkan sesama sendiri...Jahat sekali tuduhan itu. Sudah jadi darah daging mereka barangkali, membuat fitnah seperti itu.

Di sebalik semua kejadian, peristiwa dan senario di atas, Kedah tetap teguh dan tidak goyah. Semua rancangan sedang berjalan mengikut jadual. Kedah bakal muncul sebagai sebuah negeri yang sejahtera dinikmati oleh semua. Tunggulah dalam kesabaran. Kedah - tempat selamat untuk berteduh orang-orang miskin dan tempat berlabuh orang-orang berada, dipimpin oleh orang-orang yang bertaqwa. JUMPA LAGI!!!

KEDAH TEGUH- PAKATAN RAKYAT TIDAK GOYAH

Malam ini, lebih kurang jam 11.45, ada yang menghantar sms kepada saya, dari nombor 012 4466387 berbunyi "Kedah akan jadi macam Perak kerana hampa. Tq". Barangkali maksudnya ialah berpunca dari tindakan dan sikap pemimpin dan pegawai kerajaan (macam saya - tetapi tidak termasuk KCS) di Kedah sekarang, maka nasib Kedah akan jadi macam Perak. Jatuh tersungkur di tengah jalan, walaupun hakikat kejatuhan itu unlawfull dan belum muktamad. Mungkinkah begitu?

Ada kebimbangan dalam mesejnya itu, tetapi menghadapkan sebab musabab kepada "orang macam hampa(saya)" itu memang liar. Apa pula 'orang macam dia' buat untuk menghalang Kedah jadi macam Perak?Cukupkah dengan menghalakan puncanya kepada orang lain? Saya rasa, mesej yang dihantar itu adalah salah satu sebab musabab Perak jatuh!

Saya tidak nampak hal ini akan berlaku di Kedah kerana:

1. Tidak ada ADUN lain di Kedah yang akan manarik diri (melompat) seperti yang berlaku di Perak.

2. Keluarnya DAP dari PR dan menjadi ADUN bebas tidak sama seperti Perak kerana beliau tidak menyatakan sokongan kepada BN. Jika beliau masuk Gerakan sekalipun, BN cuma ada 15 kerusi sedangkan PR masih ada 21 kerusi.

3. Dalam isu babi, pimpinan PKR (Negeri dan Pusat) dan Pimpinan PAS Negeri telah bersemuka dan penjelasan yang diberi telah diterima dan difahami. Pimpinan Parti, Adun-Adun dan seluruh rakyat telah memahami bahawa isu babi bukan isu perkauman, penindasan atau isu hak asasi, tetapi adalah persoalan undang-undang. Kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik dalam isu ini, telah membantu, memberi peluang dan tiada diskriminasi.

4. Tidak ada Exco dan kawan-kawannya yang menerima rasuah wang atau sex seperti di Perak. Semua Adun masih dapat dihubungi dan menyatakan komitmen teguh (tidak diculik).

5. Tidak ada isu-isu pentadbiran yang menimbulkan konterversi dan melampaui kebiasaan di buat di Kedah. Semua tindakan dilaksanakan secara berhikmah, bijaksana, telus, adil, saksama, sama rata, terbuka dan konsisten.

6. Semua pihak diberikan peluang dan hak yang sama.

7. Banyak lagi la (tak tersenarai) yang baik-baik selaras dengan slogan "Kedah Sejahtera - Nikmat Untuk Semua" sedang dibuat di Kedah. Kenapa nak jadi macam Perak???

8. Semua kerja intelligent, "psywar", fitnah, adu domba, tawaran, lagaan, tekanan, sekatan, dan tuduhan telah dapat diatasi, di hadapi, dipatahkan dan diuruskan dengan baik.

Pada waktu ini,setelah diselami semua "lubuk-lubuk politik", saya simpulkan Pakatan Rakyat di Kedah Teguh, tidak bergoyang dan tidak tercabar. Tak mungkin BN/UMNO yang hampir karam di Kedah dan seluruh dunia menjadi pilihan rakyat dan wakil rakyat kita.

Iman kita ialah - Di hujung ikhtiar dan kerja buat sekelian hamba dan makhluk, ada Qada dan Qadar Allah s.w.t. Itulah yang telah berlaku di Perak. Qada' dan Qadar Kedah belum tahu lagi... Dia Maha berkuasa untuk memberikan kuasa kepada sesiapa yang dikehendaki....Dia Maha Berkuasa menghilangkan kuasa dari sesiapa yang Dia kehendaki....

Wallahu a'lam.

Friday, July 3, 2009

DAP DISEMBELIH PARTI GERAKAN DAN MCA

Sejak dari awal lagi, DAP nampak kelam kabut dengan desakan MCA dan Gerakan dalam isu rumah sembelihan babi. DAP yang berada dalam kerajaan negeri di Kedah tidak mampu mempertahan kelangsungan rumah sembelihan babi di Kg Berjaya yang tersohor dihari runtuhnya. Di hari rumah itu diranapkan, seluruh dunia sedar bahawa wujud sebuah premis seumpama itu di Kg Berjaya. Ia berjaya mengekalkan dirinya selama hampir 40 tahun dengan operasinya yang tidak disenangi walaupun oleh pihak yang memakan apa yang keluar dari dalamnya.

Berbeza dengan MCA dan Gerakan sewaktu memerintah bersama UMNO dan MIC berjaya mempertahankan premis haram (tanpa lesen) itu selama 30 tahun lebih. Selama 30 tahun itulah UMNO memejam mata kepada pelanggaran peraturan rumah itu untuk menjaga hati MCA dan Gerakan.

Penyokong MCA dan Gerakan mengharapkan DAP dapat menjalankan fungsi yang digalas oleh mereka dalam kerajaan sebelum ini. Tetapi DAP gagal. Kegagalan ini menyebabkan masyarakat cina menuding jari dan menjuehkan bibir kepada DAP. Tudingan jari, jeritan, booo, caci maki dan cemuhan oleh Gerakan dan MCA kepada DAP menyebabkan mereka terpaksa berundur selangkah mengosongkan tempat asal mereka.

Gerakan dan MCA mengharapkan DAP menjadi pelanggar undang-undang seperti mereka, tetapi DAP tidak seperti itu. Mereka akur dengan peraturan, tetapi tidak tahan dengan cemuhan. Maka berundur akan menyelamatkan diri dari kutukan dan mengembalikan kepercayaan bahawa mereka masih berprinsip seperti yang diharapkan oleh masyarakat cina kepada mereka.

YB Lee Guan Aik, dan pembantunya menjadi ADUN buat kali pertama, pengalaman sebagai ahli politik sedang ditimba (selama 16 bulan ini) sewaktu cubaan ini datang melanda mereka. Tommy Su datang dari Perak, negeri di mana DAP ramai menjadi Adun, Exco dan Ahli Parlimen. Ramai YB DAP di Perak menjadi Adun dan MP serentak. Tommy mengharapkan suara mereka didengar di Kedah seperti mereka di dengar di Perak. Tetapi ia tidak berlaku. Rules of Law masih segar di Kedah. Tommy juga barangkali masih muda dan orang muda cenderung untuk terburu-buru. Maka mesyuarat yang dipengerusikannya memutuskan penarikan diri dari PR di Kedah, tetapi nampaknya telah mendahului DAP Pusat. Kenapa negeri boleh membuat keputusan mendahului pusat dalam hal sebesar ini? Inilah contoh sikap terburu-buru Tommy.

YB Lee Guan Aik pula malam tadi mengatakan MB Kedah angkuh! Kerana tidak memujuk dan merayu mereka kembali ke dalam kerajaan. Saya tidak nampak di mana ayat dan ungkapan big boss saya itu hingga Lee Guan Aik mengatakan beliau angkuh. Beliau masih berlembut, sabar dan berada di atas landasan yang betul. DAP masih kekal dalam kerajaan PR sehingga surat penarikan diserahkan kepada beliau. Beliau masih rasional. DAP nampak ‘terlajak’ banyak dalam tuduhan ini.

Saya tidak nampak selain daripada DAP telah berjaya disembelih oleh MCA dan Gerakan dalam isu rumah sembelihan babi di kampong Berjaya. Berjayalah MCA dan Gerakan.

Saya Sokong Pandangan Pak Teh Aris

Masalah BABI.. Janganlah Sampai Bercerai Berai..
oleh Aris Awang

Secara dasarnya saya menyokong tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar, mengambil tindakan meroboh Pusat Pemotongan Babi tanpa lesen yang beroperasi sejak 30 tahun lalu. (28 tahun 7 bulan di bawah UMNO/BN).

Saya juga menyeru kepada pimpinan DAP Kedah supaya tidak mengambil tindakan yang terburu-buru untuk bertindak keluar dari Pakatan Rakyat. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Sepatutnya tempoh 30 tahun dan ditambah sebulan lagi yang diberikan oleh MBAS sudah cukup untuk 28 orang peniaga mencadangkan tempat baru operasi Pemotongan Babi secara yang lebih bersih, tersusun dan selesa. Malangnya tiada tindakan dibuat seolah-olah ingin terus kekal disitu walaupun mendapat bantahan bukan sahaja dari masyarakat Islam bahkan dari bukan Islam sendiri yang tidak selesa dengan kekotoran dan pencemaran bau yang berlaku, lebih-lebih lagi dalam situasi wabak Selsema Babi sekarang ini

Kita sebagai rakyat Malaysia, perlu bertanggung jawab kepada sekitaran dan masyarakat kita tanpa mementingkan diri sendiri. Janganlah isu-isu tidak mengikut peraturan, tidak mematuhi arahan, dilihat oleh rakyat terbanyak kita sebagai parti yang memerintah pula yang melanggarinya. Apakah DAP Kedah jika diizinkan memerintah Kedah atau Negara Malaysia akan mempopularkan pendekatan negeri atau negara tanpa undang-undang? Dengan slogan "Buatlah Apa Sahaja Asal Bahagia". Sudah tentu tidak dan tidak pernah terlintas pun begitu difikiran DAP Kedah, tetapi jika tindakan untuk keluar Pakatan di Negeri Kedah terus juga dilakukan maka rakyat akan menafsirkan DAP Kedah hanya mahu orang lain yang patuh kepada undang-undang, tetapi tidak kepada dirinya sendiri.

Walau bagaimanapun, dalam isu penguatkuasaan selepas ini, pihak berwajib yang mewakili Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah mestilah bertindak dari awal, janganlah membiarkan sesuatu yang melanggar undang sehingga berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan, bertahun-tahun bahkan mungkin berdekad-dekad untuk diambil tindakan.

Contoh mudah: Pembinaan Gerai Haram - Hari pertama gerai haram dibina, petugas MBAS lalu, Ketua Kampung lalu, Penghulu lalu, Exco lalu, Aris Awang lalu, YB Hj Nan lalu.... singgah pulak tu....... tiada apa-apa teguran, tegahan atau notis dikeluarkan. Gerai Haram teruskan operasi masuk seminggu tiada apa-apa juga, diteruskan lagi sehingga sebulan, tiada apa tindakan lagi, masuk tiga bulan perniagaan makin maju, pelanggang makin ramai, tuan punya gerai haram tambah simen, bulan keempat, buat bumbong zink yang asalnya tikar plastik biru/orange. bulan kelima bina dinding bata. Bulan keenam MBAS keluar notis saman gerai haram akan diroboh dalam tempoh 3 hari dari tarikh tertera. Tuan punya telah mengeluarkan belanja beribu-ribu ringgit, walaupun pada mulanya mengetahui tempat yang dibina adalah bukan tapak yang dimilikinya, tetapi akibat tidak ada tindakan pencegahan lebih awal maka tindakan mengikut undang-undang dan peraturan yang terlalu lewat oleh Ketua Kampung, Penghulu, MBAS, YB dan EXCO serta Aris Awang (saya turut terlibat kerana saya PAS, begitu juga ahli PAS yang lain-lain) dilihat sebagai menzalimi rakyat.

Semoga pihak penguatkuasa MBAS, khususnya Setiausaha MBAS tiada mempunyai sebarang niat merosakkan imej kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, dengan sengaja menumpukan kepada kes-kes yang melibatkan sentimen perkauman agar sedikit demi sedikit kepercayaan dan sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat semakin terhakis. Amat malang jika tindakan penguatkuasaan yang kita lakukan bukan untuk mendisplinkan rakyat tetapi untuk memuaskan hasrat dan cita-cita tersembunnyi.

Perbetulkanlah niat kita, kerana manusia sentiasa alpa, marilah bersama-sama kita mendisplinkan diri sendiri dalam sumpah etika kerja sebagai penjawat awam dan seterusnya mendisplinkan rakyat kita dalam menjaga alam sekitar dan kehidupan masyarakat berbilang kaum dengan mengambil Islam sebagai rujukan utama.

Islam menuntut ketegasan - Islam juga menuntut bertimbang rasa.
Islam menuntut kesucian persekitaran - Islam juga menuntut kesucian jiwa.
Islam menuntut penghakiman - Islam juga menuntut kebajikan.
Islam menuntut kebersihan - Islam juga menuntut nasihat menasihati

Rakyat kita mempunyai berbagai pemikiran, layanilah mereka seadanya sebagai rakyat, tegurlah mereka ketika salah, belailah mereka ketika berurusan, dendalah mereka jika tetap degil......

Semoga Isu-Isu Islam sebagai rujukan utama yang dinanti-nantikan akan mendominasi Pemerintahan Kita.

Didoakan
Selamat Memerintah Sepenggal Lagi.

Thursday, July 2, 2009

DAP KELUAR KERANA BABI??

Berkocak juga politik Kedah gara-gara sebuah bangsal tua yang dibuat tempat membantai (sembelih) babi, binatang yang dimakan oleh kebanyakan ahli DAP, MCA, Gerakan dan sesetengah Ahli UMNO....jangan marah la, sebab ada ahli UMNO keturunan siam beragama budha, memang depa makan menatang tu..

Bangsal tua tu usianya dan hampir 40 tahun, dulu berselang sepintudengan tempat sembelih kerbau lembu.Bila lesen tak dikeluarkan untuk aktiviti sembelih di kawasan itu, kerbau lembu pun berpindah, babi tak mau pindah. Politik orang cina memang begitu, mereka akan pertahan apa yang dirasa betul untuk kepentingan mereka tanpa kira parti apa mereka wakili. Melayu tidak begitu. DAP sanggup keluar dari kerajaan gara-gara bangsal usang itu, yang pada mereka adalah perjuangan untuk semua pemakan dan pengusaha babi. Melayu UMNO sanggup bunuh sekolah agama yang melahirkan ilmuan dan agamawan, setidak-tidaknya melahirkan lebai yang jauh dari kejahilan.

Mari kita tengok kronologi hal bangsal sembelih babi yang membawa DAP Keluar dari Pakatan Rakyat Di Kedah.


KRONOLOGI RUMAH SEMBELIH KHINZIR MERGONG


21.7.93
Cadangan supaya kerja-kerja pembersihan dalaman rumah sembelih khinzir Mergong diambil alih oleh AWS.

26.7.93- Tawaran AWS khidmat mencuci, membersih, mengorek longkang dengan seorang pekerja RM450.00 sebulan.

16.12.93 - Majlis bersetuju dengan Tahap Piawaian Efluen bagi sektor ladang dan pemprosesan ternakan.

11.4.94- Rungutan pemindahan tempat ternakan/ penyembelihan khinzir oleh Harta Usahawan Sdn. Bhd.

30.4.94 - Majlis akan membina dinding untuk memisahkan kawasan awam dengan rumah penyembelihan.

19.6.94 - Permohonan laporan mengenai tempat ternakan dan penyembelihan khinzir di Majlis.

11.7.94 - Majlis memberi maklumbalas atas per. (06) bahawa tiada tempat ternakan khinzir dan tempat penyembelihan khinzir terdapat di Mergong.

11.10.94 - Aduan dari Othman Lebai Saad, JKKK Kg Telok Yan dan pohon ubah tempat sembelih.

5.1.95 - Majlis pohon maklumat mengenai rumah bantai khinzir yang sedia beroperasi dari lain-lain PBT untuk cadangan penempatan semula Rumah Bantai Khinzir.

13.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Taiping bahawa Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak ada apa-apa peranan dalam pengurusan rumah bantai khinzir.

19.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Bandaraya Ipoh bahawa rumah pembantaian di bawah Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah bahawa rumah sembelih dikendalikan oleh Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Klang bahawa tidak terdapat rumah bantai khinzir.

26.1.95 - Mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri Kedah membangkitkan rumah sembelih khinzir tidak dibina baru. Disyorkan tunggu rumah sembelih di Butterworth siap dan dipusatkan di sana.

6.2.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Kuantan bahawa MPK belum melesenkan aktiviti rumah bantai khinzir tersebut di bawah kawalan Jabatan Haiwan.

18.6.95 - Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan Semula Rumah Khinzir di MPKS.

5.6.96 - Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bersidang 11.10.95 dan persetujuan dicapai antara PKB dengan MPKS untuk menutup rumah sembelihan khinzir di Kampong Berjaya perlu dilaksanakan.

29.4.97 - Majlis menghantar surat kepada Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah supaya berusaha mencari tapak yang sesuai bagi menggantikan rumah sembelih sekarang yang akan ditutup tidak lama lagi.

29.6.97 - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 14 Mei 97 telah membuat keputusan “Majlis bersetuju supaya dikenalpasti kawasan tapak yang sesuai untuk dipindahkan pusat penyembelihan khinzir berhampiran kilang tayar Alor Setar.”

29.9.97 - Surat daripada Pegawai Perancang Bandar, MPKS memaklumkan bahawa tapak di sekitar belakang kilang tayar Mergong tidak sesuai dan kawasan tersebut telah pun diluluskan untuk projek perumahan.

11.3.98 - Majlis menerima surat dari Dato’ Chor Chee Heung mengatakan Persatuan Khinzir telah bersetuju untuk berpindah tetapi menunggu keputusan muktamad oleh Kerajaan Negeri Kedah.

3.10.98 - Surat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk mendapatkan maklumat kedudukan terkini kerana Majlis Perbandaran Sungai Petani telah mengenalpasti satu tapak untuk pembinaan rumah sembelih di Padang Lembu.

8.12.98 - Surat kesinambungan 21 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

20.3.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Penyembelih Khinzir Kampung Berjaya iaitu Notis Berhenti Operasi Menyembelih Khinzir.

31.3.99 - Surat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mengenai langkah-langkah mencegah wabak Japanese Encephalities.

2.1.99 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Sungai Petani bahawa tiada tanah kerajaan di kawasan Padang Lembu. Sekiranya cadangan hendak dilaksanakan juga, maka ianya perlu kepada proses pengambilan balik tanah persendirian. Walau apa pun, Majlis menunggu arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri.

12.1.99 - Menerima aduan dari orang awam mengenai ladang khinzir mengeluarkan bau yang busuk.

27.4.99 - Mesyuarat untuk menyelesaikan masalah khinzir diadakan di MPKS.

9.5.99 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah dengan memberikan panduan Keselamatan Pekerja dan Kebersihan di rumah sembelih khinzir.

9.5.99 - Surat kepada Pengarah Kesihatan Daerah Kota Setar/ Padang Terap memberikan senarai pekerja-pekerja bagi mencegah dari wabak J.E.

22.5.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah bahawa Majlis akan berhenti daripada kutipan hasil sembelih khinzir seperti arahan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Masyarakat Bil 3/99 dan berikutan jangkitan J.E dan rungutan daripada penduduk tempatan, Majlis membuat keputusan untuk menutup rumah sembelih terbabit.

22.5.99 - Surat kepada En. Tan Tian Wan Jabatan Haiwan Negeri Kedah memberhentikan elaun pemeriksaan.

1.8.99 - Surat daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan cabutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 23.6.99 bahawa Majlis bersetuju mengambil ketetapan operasi pusat penyembelihan boleh diteruskan sehingga satu tempat baru dikenalpasti. Tindakan susulan perlu dibuat bagi mendapatkan tapak gantian dengan segera.

14.10.99 - Menerima bil air rumah sembelih RM1,102.80

11.1.2000 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah memaklumkan bahawa Majlis telah meletakkan semua kos bayaran pekerja, bil dan api di bawah tanggungan Persatuan mulai 1.1.2000

7.8.2001 - Surat daripada JKKK Kg Telok Yan supaya ubah rumah sembelih.

11.8.2001 - Surat Majlis kepada Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memohon kebenaran untuk meruntuhkan rumah sembelih khinzir.

26.8.2001 - Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah memaklumkan bahawa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang membenarkannya. Memohon untuk dilantik ebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang membuat keputusan dalam pembinaan rumah-rumah sembelih.

20.8.2001- Surat daripada Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan surat dari Pengerusi JKKK (rujuk 35)

19.9.2001 - Majlis memberi maklumbalas kepada Pengerusi JKKK Kg Telok Yan bahawa Majlis telah membuat permohonan meruntuhkan rumah sembelih khinzir dan telah memberhentikan kutipan dan semua kos perbelanjaan ditanggung oleh Persatuan.

20.8.2001 - Menerima surat darpada Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar pohon mengubah kandang sembelih khinzir.

31.5.2006 - Mesyuarat UPEN bersetuju supaya pusat penyembelihan khinzir di Kg Berjaya ditutup.

Sehingga peringkat ini, MBAS memaklumkan tiada sebarang permit baru dikeluarkan untuk operasi rumah sembelih tersebut.


15-05-09 - Pada 15-05-09, dalam mesyuarat Majlis Bandaraya Alor setar (MBAS) telah dibangkitkan isu tempat penyembelihan babi yang telah dikaitkan dengan masalah penyakit A H1N1. Oleh yang demikian majlis sebulat suara telah bersetuju sesuatu tindakan harus diambil bagi menangani masalah ini. Keputusan mesyuarat telah melantik ahli majlis Pn Teh (DAP) dan En Hamid (PAS) untuk mengepalai majlis untuk berunding dengan para pengusaha pusat tersebut.

20.05.09 - Ahli-ahli majlis telah dihubungi oleh pengusaha pusat tersebut bahawa mereka telah menerima notis perobohan yang telah dikeluarkan pada 19-05-09 dan proses penguatkuasaan akan diadakan pada 01-06-09.


Satu jawatankuasa kecil telah diwujudkan selepas itu bagi membolehkan operasi tersebut dilaksanakan (diketuai PSu Pn Aminah). Walaupun Pn Teh sebagai Ahli Majlis membantah rancangan tersebut dan merayu supaya dilanjutkan tempoh meroboh, tetapi telah ditolak.


31.5.09 - YB Lee Guan Aik telah menghubungi Sdr Muhammad Sanusi memohon campurtangan YAB Menteri Besar supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan.

31.5.09 - Pertemuan diadakan antara wakil Persatuan Peniaga dan Penyembelih Khinzir bersama YB Lee Guan Aik dengan YAB Dato’ Seri Menteri Besar di rumah MB Jalan Sultanah. Persatuan memohon penangguhan selama sebulan sementara memproses permohonan tapak baru. YB Lee Guan Aik memaklumkan bahawa persatuan mempunyai enam tapak cadangan baru. YAB Dato’ Seri meminta supaya proses permohonan segera dilakukan.

YAB Dato’ Seri MB menguhubungi YB Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memaklumkan kepada Dato’ Bandar supaya ditangguhkan operasi meroboh.

MCA dan Gerakan mengadakan demontrasi di lokasi rumah sembelih pada masa yang sama.

1.6.09 - Penguatkuasa MBAS menggerakkan jentera dan petugas ke lokasi untuk meneruskan Operasi. YAB Dato’ Seri segera mengeluarkan surat yang ditandatangani sendiri memohon penangguhan operasi selama sebulan kepada Dato’ Bandar. (Serahan tangan). Satu salinan surat tersebut diberikan kepada YB Lee Guan Aik. Operasi ditannguhkan oleh MBAS selama sebulan atas permintaan tersebut.


2.6.09 hingga 25.6.09
YAB Dato’ Seri MB melalui Setiausaha Politik mengikuti perkembangan permohonan tapak baru hampir setiap hari. YB Lee Guan Aik melalui Pegawai Khas beliau memaklumkan proses sedang dijalankan.

Beberapa penduduk di kawasan Jabi, Pokok Sena mengadakan demontrasi dan menaikkan kain rentang membantah cadangan penempatan semula rumah sembelih di kawasan tersebut.

Timbul isu Kerajaan Negeri lebih mengutamakan babi daripada penduduk Kampung Bidan yang terlibat dalam penguatkuasaan perobohan rumah-rumah yang terlibat dalam pengambilan balik tanah.

Pegawai Khas memaklumkan mereka telah mendapat tapak di Kg Cina, Pendang. Tanah milik persendirian yang dikelilingi sawah padi milik kaum siam. Setiusaha Politik MB Mengarahkan permohonan lengkap perlu segera dibuat kerana masa kian suntuk.

YAB Menteri Besar membuat panggilan telefon kepada Pegawai Daerah Pendang untuk bertanyakan permohonan daripada Persatuan tersebut. Pegawai Daerah Pendang memaklumkan bahawa permohonan belum diterima.

Jabatan Verterinar memberhentikan pengeluaran permit menghantar dan memproses babi di lokasi terbabit.

26.6.09 - Pegawai Khas YB Lee Guan Aik menyerahkan surat permohonan tapak baru di kampong Cina, Pendang ke Pejabat Mnteri Besar. Setiausaha Politik MB mengarahkan permohonan diserahkan ke Pejabat daerah Pendang.

Surat tersebut telah didiserahkan kepada Pejabat Daerah Pendang.


28.6.09 - YB Lee Guan Aik berjumpa Menteri Besar di Pejabat memohon penangguhan kali kedua sehingga permohonan yang dihantar di Pejabat daerah Pendang diluluskan.

MB memanggil Exco Kerajaan Perumahan & Kerajaan Tempatan (Dato’ Phahrolrazi) dan Pegawai Daerah Pendang agar permohonan segera diproses.

Pegawai Daerah memaklumkan bawaha semua jabatan teknikal seperti Jab Alam Sekitar, Jabatan Verterinar, Jab Pertanian dan Jab Kesihatan telah dihubungi untuk membuat lawatan tapak pada 29.6.09.

29.6.09 - Lawatan tapak dilakukan melibatkan semua Jabatan Teknikal pada jam 3 petang.

30.6.09 - YB Tommy Su (Pengerusi DAP Kedah/ Perlis) mengadakan pertemuan dengan YB Tan Wei Tsu dan YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi memohon penjelasan dan penangguhan kali kedua.

1.7.09 - Operasi penguatkuasaan notis perobohan dijalankan pada jam 3 petang dengan sedikit bantahan dari sebahagian masyarakat cina dan pimpinan DAP dan beberapa ADUN PKR.


Perobohan dan penangguhan mempunyai implikasi tersendiri. Dari sudut MBAS yang menguatkuasakan Undang-Undang Kecil PBT, semua prosedur telah diikuti sebagaimana menangani premis-premis haram yang wujud di dalam kawasan pentadbiran MBAS.

Kerajaan negeri telah mengumumkan dasar tidak campur tangan dalam bidang kuasa Pegawai Kerajaan termasuk kuasa dato’ Bandar Alor Setar dan Majlis Kerajaan tempatan MBAS.

Dalam MBAS, terdapat ahli Majlis yang dilantik dari kalangan parti politik termasuk DAP. Keputusan ini juga melibatkan keputusan mesyuarat Majlis MBAS.

Campurtangan Menteri Besar kali pertama sehingga operasi pada 1.6.09 ditangguhkan selama sebulan adalah atas permintaan pihak persatuan penyembelih, bukan masa itu ditetapkan ioleh YAB MB.

Terdapat kelewatan yang meragukan di pihak persatuan dan YB Lee Guan Aik yang mengambil tanggungjawab memproses permohonan tapak baru di enam lokasi yang dicadangkan dalam pertemuan dengan YAB MB pada 29 .5.09.

Penangguhan kali kedua akan mengundang implikasi bahawa terdapat campurtangan kerajaan untuk mengekalkan premis haram yang ternyata menyalahi undang-undang.

Pihak lain juga akan menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil tindakan keatas premis yang menyalahi peraturan dan undang-undang. Pihak UMNO akan mengadakan demontrasi jika premis ini dibiarkan walaupun hal ini adalah lanjutan daripada kerja buat mereka.

Pihak MB telah berusaha untuk menyegerakan proses permohonan dan kelulusan tapak baru di lokasi yang dicadangkan tetapi pihak persatuan didapati lambat bertindak, padahal dalam pertemuan sebelumnya, mereka memaklumkan bahawa tapak baru sudah ada.

Kerajaan bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan peraturan, bukan mempertahankan pelanggaran undang-undang. DAP juga memperjuangakan perkara yang sama.

Isu ini bukan isu perkauman seperti yang didakwa, tetapi persoalan undang-undang dan maruah sebuah Kerajaan Negeri.